cuteback
Friday, February 22, 2013
sabar dengan sebaik-baik manusia.
Huh, lame sudah rasanya tak jenguk blog sendiri. Sekian lama menyepi dari merawat hati melalui blog tulisan peribadi ni. Err, peribadi ke? Nak tanya, masih adakah yang sudi membaca?
Tak kisahlah, janji, dapat luah terus dari tulisan hati ke atas blog ni.
Dah hampir sebulan aku jejak kaki ke balai berita bukit jelutong ni. sudah bermacam perkara aku lakukan sepanjang berada disini. Bekerja untuk mencari sesuap makan disamping menimba pengalaman menjadi jurnalis kontrak.
Bukan senang, tapi kalau rajin boleh jadi senang. Aku bukan seorang yang rajin, tetapi aku tak suka jadi pemalas. Kadang-kadang akan timbul rasa menyesal bila jadi pemalas.
Bila imbas kembali tahun 2012, banyak benar dugaan aku dapat. pada masa yang sama, aku juga dapat hidayah Allah,. maksud aku, aku baru dapat membuka mata dan hati untuk jadi lebih baik. aku cuba untuk menjadi lebih baik dari semalam. dan hari seterusnya.
Hari ini, aku menaip. Semalam aku alami tekanan perasaan. tapi iddokklah sampai nak teeghhjun bangunan, bak kate kome frust nonggeng p tegghjun bangunan tinggi. Puihhh. :P
Sementara tunggu next assgment, aku ambil kesempatan ini untuk bercakap dengan komputer depan aku. Haha!~ PSIKO.
dah lama tak dengar khabar berita dari bekas teman lelaki. semalam dia datang. kebetulan aku belum pulang ke rumah selepas urusan, kemudian kami berjumpa lewat tengah malam dan berborak sehingga 2 pagi.
Pengisiannya, "How's life'.
Bermula dengan dia. Aku tadahkan telinga sambil menguntum senyum. Kisah dia, semakin lama dengar semakin mendesak hati aku untuk menjadi semakin sakit. Aku cuba tahan dengan perkataan gembira dari mulut dia mengenai perancangan perkahwinan dengan wanita yang dipilihnya.
Mesti korang fikir hati aku sakit sebab dia nak kawen ann?? Doklah cenggitu....
Aku lagi suka apabila mendengarkan khabar baik itu. Malah aku sangat menyokong dengan niat dia.Cuma.........
Cuma, aku terkilan dan sedih dengan tingkahlaku dia. Sepanjang setahun kami putus, bermacam perkara sudah dilakukan dia. Perkara yang buat aku rasa aku tidak perlu lagi kembali pada dia dan menunggu masa untuk jauhkan diri. Allah dah tunjuk jalan. tetapi keadaan belum lagi mengizinkan. Aku hanya berharap dan sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa tnjukkan jalan dan hikmah disetiap kejadian. AMIN~
Aku?
Aku hanya bercerita tentang siapa aku berkawan dan sedikit cerita bosan dengan kerjaya aku. Bosan. Ya. Aku masih sendii dan masih kecewa. Masih kecewa dengan sang arjuna. Aku sebak dengan tingkahlaku mereka yang memilih wanita terbaik, dan solehah padahal mereka sendiri tidak sebaik wanita solehah. Itu yang aku sakit hati. Lelaki ini sejahat2 mana sekalipun, akan tetap memilih wanita solehah. Mereka pentingkan diri sendiri. Menunggu wanita sebaik solehah tetapi tidak memimpin, sebaliknya dipimpin. Mana pergi waris khalifah atas bumi ni???... T_T
aku tidak mencari terbaik, tapi yang boleh menjadi pemimpin isteri dan zuriat. penghibur dan. waktu yang sama menjadi penstabil ekonomi keluarga. tak lebih. kerana aku sedang cuba belajar menjadi yang terbaik. tak sempurna, perlukan sesuatu untuk melengkapi ketidaksempurnaan itu. inshaAllah pasti bantu.
Subscribe to:
Posts (Atom)