cuteback

Monday, May 2, 2011

Kembaralah Wahai Anak Adam

rentetan hati,

Kembara la wahai anak ku ke dunia yang belum kau teroka.
Kembara lah engkau tika senang keadaan
Kembara lah engkau tika kau sedang payah bangun
Kembara lah sejauh mana kau mampu...
Lagi jauh kau kembara
Lagi banyak yang kau akan temu.

Di depan perjalanan kembara mu
Banyak yang nak menghalang
Banyak yang merentang penghalang-penghalang itu
Mereka inilah 
yang cemburu
Cemburu dengan kekuatan dan ketabahan hati
Kerana kau tegar kembara selama mampu
Walaupun tiada tuju kau menghala
Kerana titik akhir kembara mu hanya sakaratulmaut

Kembara lah anak ku dengan bermaruah dan jaga diri
Kembara lah baik-baik
Jika kau sudah hilangkan maruah itu,
Jika kau tak pandai jaga diri
Kelak kembara kau akan tiada daya
Penghalang-penghalang sebentar tadi 
suka, gembira, takbur 
dengan cara mereka
Yang hanya tahu melihat sinis

Kau pasti lemah.
Kau pasti jatuh sakit, 
Kau pasti terjelepok di atas bumi Tuhan

Jadi, 
Kembara lah Wahai Anak Adam
Kembara lah dengan bermaruah dan jaga diri

Kerana maruah itu tinggi nilainya dari setiap harga sebutir bintang seperti MATAHARI.


- yuyu-
p/s: pesan arwah PAPA, jaga maruah diri..  :.(   

No comments:

Post a Comment