cuteback
Friday, November 16, 2012
hijrah tanpa mimpi
1 Muharram 1434 bersamaan 15 November 2012, jatuh pada hari Khamis, bersamaan hari jadi Adik saya yang keempat yang ke 15 tahun.
sigh~ kalau tak berubah jugak, aku taktau anak sape la ni. :)
actually, bru isnin lepas aku perasaan, awal muharam hari khamis. tapi deepavali aku alert plak. ish! ish! ape nak jadila orang Islam macam aku ni. dah hanyut sangat dah ni.
ramai yang persoalkan aku berhijab,
sesetengah bertanya;
- permanent ke?
- ke saje2 ke?
-dapat hidayah bila?
-dah dapat mimpi ke?
-dah ade orang ceramah ke?
-g kerja macam mane? aku jawab berselendang, terbatuk-batuk orang yang mendengar dalam corong telefon yang sorang bertanya ni, selendang nampak jambul ke? ceh! apekehey soalan kau ni naaa.... huh
- lagi satu, sebab kau nak kawen ke?
Tiada siapa yang pernah menyuruh
Tiada siapa yang ceramah membingit telinga
Tiada siapa yang mendorong
No one ever pushing me to change my attitude
It's all happen in sudden,
Mengapa persoalkan siapa yang suruh?
Hanya Allah sahaja yang suruh, bukan manusia, kenapa nak kena dengar cakap 'SIAPA SURUH'?
SIAPA SURUH itu hanya penasihat, yang suruh itu Allah. yang menasihat, ambil yang jernih buang yang keruh through positive minded. jangan perlekehkan siapa2 yang bagi nasihat.jangan pula maki mereka. kita dengar sahaja, dua2 dapat pahala, kalau kita dengar dan kita maki, depa dapat pahala berganda, kita habuk dalam poket pun belum tentu ada.
Mengapa persoalkan siapa yang dah ceramah?
aku tidak pun berkawan dengan ustaz ustazah, paling tak pun aku jumpe ustazah waktu sekolah agama dulu. hehehehe.. sekolah agama beb, sekurang2nya ada jugak belajar agama, tak adalah jauh aku jatuh.
tak pun, aku jumpe ustazah masa mengaji alQuran dulu. aku pun tak dengar mana2 event ceramah.
beb, aku dah 24 tahun, tiada siapa yang CERAMAH aku, yang CERMAHA aku hanya berdasarkan keliling aku.Macam2 aku nampak. aku takut aku tak sempat bertaubat sebelum masa. Kejadian dalam Alquran dah terbukti dah ada depan mata. makin banyak. makin tak tenang. Kau tak akan tenang selagi kau belum menemui jalan Allah semula.
Mengapa persoalkan bila dapat hidayah?
bila masa dalam nas Islam, wanita Islam akan dapat hidayah dari free hair ke bertudung? cuba tunjuk bukti? aku rasa HIDAYAH tu wujud sejak azali, cuma didikan sekeliling merubah kehidupan kebaratan. cara pembawaan kita yang menyimpang sedikit terikut keseronokan. macam rasa tak bersalah je. aku pernah rasa semua tu. sebab tu aku berani cakap.
Lagi satu, haa, mengapa nak persoalkan aku dapat mimpi ape nak bertudung?
aku sangat pelik dengan mentaliti Melayu..errr..Islam liberal.. errr entah,.. siapa2lah.
mengapa nak tunggu MIMPI baru nak berubah? Aku kadang terfikir, sebelum terima mimpi yang menakutkan, lebih baik aku beranikan diri. DI ATAS DIRI SENDIRI. Mimpi datang sebab amaran. Aku tak mahu tunggu mimpi tu. Buat lagi tak tenang terfikir2 kalau-kalau mimpi itu terlalu menakutkan.
Alhamdulillah, dalam keadaan tidak kuat untuk beranikan diri mulakan hal ni, aku cuba dan cuba kuatkan diri,
Bila masa pulak aku nak kawen sebab tu aku kena pakai tudung?
nak kena tunggu kawen baru pakai tudung ke? kira masuk agama Islam yang sebenar bru pakai tudung ke?
macam tu ek?
aku calon pun tak nampak batang hidung inikan nak kawen tang mana.
Lagipun, dah lama terfikir hal ni, sejak2 kecewa dengan cinta awal tahun ni. rasa kosong. tak tenang. cuba mencari ketenangan. Ramadhan dilalui dengan penuh makna. Awal Muharram yang meyakinkan lagi aku untuk terus berubah ke arah kebaikan ke arah mencari jalan syurga. dah nak akhir tahun, 2012 tahun paling bererti dalam hidup aku. aku pasti akan rindu momen 2012 ini..
Banyak benar perkara yang jadi, dugaan bertimpa-timpa. Allah sayangkan kita, itu sebab Dia bagi ujian. Redha dengan ketentuan Dia, bukan redha dengan perubahan yang bukan di bawah suruhan Dia, di dalam Ad-Din yang sedia indah. :)
Memang benarlah, nak jadi baik, macam2 dugaan besar atau kecil kita dapat. tapi yang susah itulah yang nampak manis bila dah senang.
dari dahulu aku percaya, doa itu senjata paling kuat bagi orang Islam. jangan terus putus doa, sekalipun tidak atau lambat termakbul. Allah akan berikan yang paling baik dalam hidup dan mati kita dunia akhirat. :)
kalau penat berdoa, itu tanda orang putus asa. yakin dengan kuasa DOA. yakin kita boleh berubah arah lebih baik.
doakan semoga kita semua ni sentiasa terima berkat dan rahmat lebih baik dari hari dan semalam. inshaAllah.
amin~ doakan kesejahteraan ke atas rakyat Palestin, doa terbisik kepada Allah dengan ikhlas dan redha, inshaAllah makbul. amin ya rabbal alamin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment