cuteback

Wednesday, December 5, 2012

Menasihati Manusia Secara Tertib


Imam Asy-Syafi'ie berkata:
"Nasihatilah aku ketika sendirian dan jauhi nasihat didepan jamaah. Kerana nasihat ditengah manusia adalah salah satu macam mencaci maki yang aku tidak suka mendengarnya."
(Mawa'idz Imam Asy-Syafi'ie 1/23)
Inilah cara menasihati teman yang sesuai dengan syari'at Islam yang mulia. Ketika melihat sesuatu yang kurang berkenan dihati kita, ada baikya kita mengambil sedikit waktu untuk meluruskan niat memberikan nasihat hanya kerana Allah dan menunggu waktu yang tepat untuk menyampaikannya (tidak ditengah keramaian).

Aku sangat bersetuju dengan hal ini, 
walaupun kebelakangan ini, aku dilanda kemarahan dan kekecewaan tak terhingga sampai ada yang sampaikan aku terpesong, walhal teman paling akrab. Hamba Allah yang aku sayang. Kes dia sebab aku cakap aku jatuhkan dia melalui cerita mimpi aku depan orang ramai. 
Huh, padahal, aku bercerita tentant perihal mimpi, tak sikit pun sentuh bab sensitiviti. Biarlah, Hanya Allah Maha Mengetahui. Aku salah, aku mengaku.
Ok, tutup cerita caci-maki. :) 

No comments:

Post a Comment