cuteback

Wednesday, April 6, 2011

Jangan sangka si kecil tak kenal Cinta.


Si kecil mana yang kenal erti cinta tu? Cinta yang macam mana? Cinta monyet ke, cinta lain? Cinta pada orang ke pada Tuhan?

Mari saya nak cerita kisah sedih saya sekejap. Kisah seorang adik perempuan saya yang satu-satunya menjadi penyeri hidup kami kerana celoteh kenakalan dia yang menghiburkan hati semua orang. Fatma Anis nama diberi oleh arwah PAPA. PAPA nak sangat nama Anis tu. Fatma pula UMI yang beri. Anis itu kegembiraan. Kegembiraan bagi PAPA. PAPA saya dah pergi hampir lebih sebulan sudah. Tapi kenangan bersama arwah di hati setiap ahli keluarga tak pernah luput terutamanya adik saya ni. Minggu lepas, makcik saya balik Rawang sekejap. Tiba-tiba dia terjumpa satu cebisan nota kecil. Tulisan cakar ayam. Siapa lagi kalau bukan tulisan si budak kecil itu. Dia baca. Subhanallah, apakah perasaan seorang budak kecil berumur 9 tahun tentang kepergian sesorang yang bermakna dalam hidup dia.

Lihat nota halus ni....Nota yang di postkan pada saya melalui FB oleh makcik saya sebab saya tak sempat nak balik rumah minggu lepas.


Apakah isu kandungan yang tercatit di dalam nota tu?

"Anis sayang-sayang sangat dekat Papa dengan umi tapi Papa dah takde,mintak-mintak papa gembira sangat dekat dalam tanah.betul tak papa..Betul..Papa sayang Umi rindu...Anis rasa Anis nak macam menangis,harap-harap Papa gembira sangat masuk syurge kan,itu jelah Anis nak cakap..Bai PaPa.Bai.."-


Manakah tidak saya menangis bila tahu adik kecil yang belum kenal erti kematian boleh menulis ayat sebegini rupa. Saya sangat terharu membaca nota ini. Apakan daya hati dan perasaan saya hancur dengan cerita ini. 

p/s: Semoga doa Anis dimakbulkan..Amin~ Kakak sayang Anis, sayang...  Jangan risau, kakak ada....umi ada lagi..abang Anis ada lagi...


CINTA ANIS PADA PAPA sama CINTA KAKYU, UMI & ABANG2 ANIS PADA PAPA.