cuteback

Tuesday, July 9, 2013

kejaayn adik sebab dulu susah

Kemewahan tidak dipandang kerana kesenangan, tetapi kepayahan dari belakang.
Tak suruh beranjak ke belakang, tetapi lihat kembali perkara yang membuat hidup jadi mewah.

Adikku nombor tiga,
Tak perlu lah mention namanya di sini. Bagiku, cukup sekadar perkongsian yang patutu sangat ambil iktibar.
IKTIBAR! Taw!


Dia ketika belajar dulu, paling susah,
(Kenapa aku dah start nak menangis ni????....belum apa2 lagi..haih)
Nak imbau kembali kepayahan dan kesusahan dia sebagai anak yang soleh sukar ditelah,
Aku yang hanya mampu melihat pun sudah sebak, apatah lagi dia yang menanggung beban...
Namun, siapa aje yang tahu ketabahan hati dia berbanding aku.
Orang kata aku tabah, mungkin kerana aku perempuan, dan 
dan dia seorang lelaki, kalau tak tabah, TAK SASA LA BRO!..

Balik kepada dia belajar di PTPL dulu sebagai pelajar jurursan diploma gragik komputer.
Aku faham benar kursus yang tawarkan pengkhususan seni ni, memang banyak pakai duit.
Seni, macam2 benda. orang kaya isketambatu dan isketambola je mampu kursus ni.
Aku tak mahu merendahkan ahli keluarga , tetapi inilah hakikatnya apabila ada perasaan berat sebelah tanpa siasat usul bukti.
Adikku sering mengadu pada aku, dia sangat susah dulu. Padahal ada seorang abang yang sepatutnya menjadi tempat bergantung, sebagai ketua keluarga.
Tetapi, kini dah terbalik.
Dulu, waktu  belajar, kdang-kadang naik motor arwah papa, Jaguh. Mortorbike besar tu.sekarang dah tak ada, sebab dah jual, tak mampu nak maintain, bila rosak bukan sebab dia, tapi orang lain. 
kadang2 dia berjalan kaki di tengah panas dari TTDI Jaya ke pusat kolej tu. Aku tidak dapat membayangkan tahap kepanasan yang dia lalui sepanjang jalan kaki ke kolej, sedangkan ada cara lain, teksi,tapi kami keluarga tidak senang, jadi dia buat keputusan untuk berjalan kaki ke kelas setiap hari.
Barang kursus yang pun tidak menang tangan untuk di bawa, terpaksa mengagahkan diri juga.

masuk pasal bab duit. tang ni yang satrt nak menangis.
ibuku selalu salah tafsir dengan apa yang dia pinta.
setiap bulan minta duit, bukan! bukan!, setiap minggu minta duit
tapi ibuku salah tafsir, guna duit untuk berjoli,
padahal aku yang selalu pantau keadaan dia, tapi ibuku tetap tidak memahami,
kadang2, aku rasa nak menangis, kerana sifat berat sebelah ibuku,
kerana lebih mementingkan anak yang lain.
kadang2 aku marah, tapi dia ibuku.
anak yang lain minta duit senang dapat, alasan sebab status ijazah kedoktoran yang memerlukan lebih banyak duit.
Phuih! aku pernah melalui kursus itu, dua2 aku lihat based on pengalaman aku. Aku faham benar,
Kursus seni itu elbih banyak perlukan duit sebenarnya, walaupun kos yuran kursus masing2 jauh tinggi.


itu masa dia belajar, tak ingat tahun bila
dia berusaha sampai dia boleh berjaya sekarang, mampu kembalikan kepercayaan umi pada dia.
berkat kesabaran yang Allah tuntut untuk dia.
umur dia kini 22, dan sudah milik kereta dan rumah sendiri.
Orang tidak akan menyangka usia seawal itu sudah mampu miliki aset sendiri.
Ya!! Sebab dia berusaha untuk jaminan keluarga, bukan untuk diri sendiri dan barangan peribadi.
Dia buat untuk keluarga, walaupun tiada wang, daripada 1.00, dia mampu bagi 0.99 kepada keluarga, dia tidak kisah. kerana dia yakin, duit tak bagi kekuatan dunia akhirat pada dia, hanya keluarga tersayang di sisi saja.
aku hanya mampu beri semangat pada dia supaya bertenang, banyakkan sabar kerana keluarga tetap utama walau buruk mana sekalipun.


YANG PALING HARU,
adikku itu sebenarnya tidak sabar nak tayang kereta baru dia pada aku, sampai tunggu aku balik rumah, tapi aku tidak berkesempatan.
Akhirnya, suatu malam dia datang dari kenduri kesyukuran nak balik rumah, semapt telefon bertanyakan aku di mana.
Rupanya, dia mahu aku lihat kejayaan dia, dan aku jadi sebak.
suka benar nadanya ketika mahu aku lihat kereta dia.
Aku ambil hati dia, aku cuba pandu keretanya. 
Sangat selesa. Alhamdulillah.


Ya Allah, 
doaku sentiasa kau jauhkan aku dan keluargaku dari segala bala, maksiat dan kejahatan, dan limpahkan rezeki kepada kami,
berikan kami kejayaan dan pertolongan, hidayah dan inayah kepada kami.
Sesungguhnya, kami insan lemah. Bantulah kami ke jalan yang benar

amin~



Tuesday, June 18, 2013

NAK BANGKITTTTTT!!!! LEPASKAN BEBAN DI HATI

Aku mahu menangis sekuat hati !!!!!!!

Batin aku menjerit namun tiada siapa yang mampu dengar.
Sumpah sakit. Sedaya upaya aku menjerit namun tidak kedengaran oleh sesiapa pun.
Kau tau sebab apa aku begitu??
Kenapa aku begitu??


Aku terlalu terharu dengan usaha bos di tempat kerja aku, usaha kawan2 lain dan senior wartawan yang membantu aku untuk tingkatkan motivasi diri.
Kau tau sebab apa aku tak mampu meningkatkan diri algi??
Sebab tiada siapa yang drive aku to catch the success.

Selama ini, aku hanya berdikari sendiri,
Sebelum ini, aku mempunyai boyfren, ia! dia banyak membantu. secara fizikalnya. Namun bukan dari emosi dan semangat. Kerana dia sendiri pun tidak tahu bagaimana cara.

Aku rindu papa. Tiada siapa lagi yang mampu bangkitkan semangat aku seperti aku mahu.
Ya! Sepatutnya aku bangkit diri sendiri.
Aku malu dengan bos. Walaupun banyak cerita yang dicanang seolah hanya dia saja melalui semua itu, namun aku patut rasa malu dengan kesungguhan beliau yang berdiri sendiri.
Dia sendiri kata pada aku, "aku bangun tanpa dipayungi sesiapa, aku sendiri"
biarlah dia berkata begitu, janji dia sudah berjaya dan mampu memiliki segalanya. Jangan dipertikaikan kejayaan masing-masing. Hanya Allah dan dia saja yang tahu.
Aku???
Aku di mana?
Bos dah banyak bantu aku. Pelbagai cara sampai mungkin rasanya bos sudah hampir putus asa untuk bantu aku.
 ya Allah, kenapa aku begitu benak sekali.
Kenapa aku masih beku di sini.
Aku nak berjaya macam orang lain.
Kawan2 sekeliling tak putus bagi kata semangat setiap hari, ada yang cuba menggembirakan aku.
Tapi aku masih suram.
Kenapa ya Allah?
Apa sebenarnya yang aku nak?
Bantulah aku di jalan yang lurus, dan nampak cahaya hidayah.
Aku mahu bangkit!!!
Aku mahu ke depan!!
lepaskan beban sebenar yang bersarang dalam hati aku ini.
Aku nak bahagia, aku cuba untuk senyum dan positifkan diri setiap kali bangun pagi.
namun masih tidak berhasil.
Apa sebenarnya ya Allah?


Friday, May 24, 2013

selamat bahagia sahabat



Macam mimpi.

Sahabat baik, Nisa selesai pertunangannya tahun lalu.
Menunggu saat bahagia 26 Mei..

Sahabat baik lagi, Alyn
Menunggu saat pertunangan pula..

Terdahulu,
Sahabat baik di ibu negara, satu persatu menjadi milik sang kumbang

Lepas ni sahabat baikku yang mana lagi akan tinggalkan dunia single mcm aku.
Macam mimpi aku masih single.
Wlupun sblm ini memang aku pernah mempunyai kekasih,
Bekas kekasih yang kini sudah ada kekasih baru.
Kekasih yang baik. Tak jahat macam aku dulu.
Aku redha. Dan tidak pernah menyesal.

Tahap single aku sudah kembali pada perangai lama aku
Meramaikan kawan...errr, skandal, errrkkk
No, kawan. Nak kawan, ON, nak skandal, aku tinggal.
Nak buat baik, aku buat balik
Nak ambil kesempatan, aku tak layan.
BOOOO!!!
Tah heran, bagi aku, tak kisah nak kata perempuan BAJET...
Janji tak langsung buat masalah pada hidup orang lain

Namun, perangai lama kini, makin rasional
Dulu ye la, keje asik nak main perasaan je, pastu nak enjoy!
Sekarang, masih enjoy, tapi berpada-pada.
Aku bukan 20 tahun lagi, 25.
25 tu banyak saat tau.
Setiap saat tu mesti jadi benda tak duga.
Banyak benda jadi tu maknanya, banyak perkara dah lalu.
banyak perkara, banyakla pengalaman.
Setiap saat. fuhh!



Sunday, May 19, 2013

perit payah puteri sulung


Aku nampak manja tapi sebenarnya tidak
tapi,
Aku semakin kuat aku melawan masalah dengan cuba untuk bahagia, semakin banyak msalah dekat padaku..
Ya Allah,
Apakah ujian yang Engkau beri ini
Ujian menguji hati aku
Hati aku penat sangat ya Allah...
Aku penat tempuh seorang diri, walau aku tahu,
Kau pasti ada setiap detik

Aku bersyukur kepadaMu,
Setiap kesusahan yang aku lalu,
Kau tak pernah membiarkan aku leka dan alpa.
Kau tau sebab apa..
Ya, Kau Maha Mengetahui segala isi perut dunia ini
Tapi, tiada seorang manusia pun dapat memahami hati dan perasaan manusia lain...
Diteka-teka pun terkadang terkhilaf tafsir,
Kebarangkalian yang belum tentu sama telus dengan jawapan yang Kau ada..

Ya Allah,
Setiap bangunku untuk mencari pahala dan melakukan ibadah..
Pekerjaanku adalah sebahagian dari ibadah ku, demi mencari jumlah nilai mata wang yang selama ini didambakan manusia..
Manusia hanya mengejar satu untuk hidup, DUIT.
Tiada duit, tiadalah makan, sedangkan air minuman pun kena caj 20 sen.. Apatah lagi karipap 50 sen sebiji, RM1.00 tiga biji.
Ada beza anjakan disitu.
Tapi, manusia lupa mengejar satu untuk mati, pahala..

Aku melalui kepayahan, tetapi aku anggap itu semua kesenangan..
Payah didunia, senang diakhirat..
Sempat aku mengalir air mata di atas motorsikal yang aku tunggang... Di lewat malam, di laluan yang gelap, di tempat Altantuya dibunuh...
(buat-buat berani, hanya aku sahaja yang lalu payah itu)
Namun, aku tetap senyum kerana Mu Ya Allah.. Kerana itu ujian untuk aku. Bukan ujian payah macam dalam dewan periksa, tapi ujian yang memerlukan kekuatan semangat dan ketabahan diri.
Tiada siapa yang akan mendengar keluhan aku, kecuali Engkau Ya Allah.
Sepanjang kepayahan aku, hanya Engkau saja yang sentiasa ada dengan aku. Allah yang Maha Segalanya..
Bila aku sedih, aku ingat pada Allah,
Bila aku menangis, aku senyum ingat Allah,
Bila aku senang, aku sentiasa beringat pada Allah kerana kesenangan tidak selamanya panjang,
Bila aku gembira, Allah beri kebahagiaan dan peringatan..

Walau mengadu pada manusia, tetap tiada siapa peduli..

Aku bangga dengan diri aku sebagai seorang wanita
Tidak perlu ihsan simpati dari orang lain terutama lelaki.
Lelaki tidak layak mendampingi aku. Kerana aku sudah lalui bermacam dugaan dan ujian.. Tiada siapa pernah peduli aku sebagai wanita.
Tapi aku tidak cepat melatah, kerana jauh di sudut hati
Aku percaya pada Yang Esa,
Dia sudah ada yang terbaik untuk aku. Yang akan menjaga aku dengan penuh kasih sayang, yang akan terus membahagiakan aku seperti arwah papaku menjaga bagai menatang minyak yang panas. Aku bangga kerana aku bukan dimanjakan dengan kemewahan barang dan wang tetapi diajar kemewahan untuk berdikari sendiri.
Papa, yang tidak akan sesekali melakukan perkara yang akan membuat aku sedih lagi, kerana aku sudah banyak lalui perkara sedih..


p/s : selalu ingat pesan papa, menangis nampak macam loser


Monday, March 4, 2013

Perangsang atau Hencap?!

Aku perlukan kata semangat dan perangsang,
bukan kata Hencap!
Kata perangsang sahaja yang boleh buat aku hidup,
boleh buat aku terus ceria, buat aku tahu apa perlu aku huat,
tapi bukan kata hencap yang aku rasa aku dah buat terbaik, tapi dihencap kerana dituduh bukan-bukan
aku bukan mesin pembetulan la, aku juga bukan mesin sempurna
aku manusia wey,
macam korang jugak,
pernah kena maki, pernah kena perli, pernah kena marah,
pernah kena hentam, pernah kena buli,
tapi aku tak ambil hati semua kena-kena tu,
bila aku tahu aku salah.
aku jadi marah, lalu down, bila aku buat benda betul, tapi disalah tafsir,
sekurang-kurangnya aku nak berubah,
jadi, bantulah aku untuk jadi betul. bukan menghencap.
kalau rerus menghencap, aku tak tahu salah aku.
terima kasih sebab menghencap, mungkin kerana kata hencap itu, aku jadi lebih baik dari itu.
amin~

Friday, February 22, 2013

sabar dengan sebaik-baik manusia.


Huh, lame sudah rasanya tak jenguk blog sendiri. Sekian lama menyepi dari merawat hati melalui blog tulisan peribadi ni. Err, peribadi ke? Nak tanya, masih adakah yang sudi membaca? 

Tak kisahlah, janji, dapat luah terus dari tulisan hati ke atas blog ni.
Dah hampir sebulan aku jejak kaki ke balai berita bukit jelutong ni. sudah bermacam perkara aku lakukan sepanjang berada disini. Bekerja untuk mencari sesuap makan disamping menimba pengalaman menjadi jurnalis kontrak.
Bukan senang, tapi kalau rajin boleh jadi senang. Aku bukan seorang yang rajin, tetapi aku tak suka jadi pemalas. Kadang-kadang akan timbul rasa menyesal bila jadi pemalas.
Bila imbas kembali tahun 2012, banyak benar dugaan aku dapat. pada masa yang sama, aku juga dapat hidayah Allah,. maksud aku, aku baru dapat membuka mata dan hati untuk jadi lebih baik. aku cuba untuk menjadi lebih baik dari semalam. dan hari seterusnya.

Hari ini, aku menaip. Semalam aku alami tekanan perasaan. tapi iddokklah sampai nak teeghhjun bangunan, bak kate kome frust nonggeng p tegghjun bangunan tinggi. Puihhh. :P

Sementara tunggu next assgment, aku ambil kesempatan ini untuk bercakap dengan komputer depan aku. Haha!~ PSIKO. 

dah lama tak dengar khabar berita dari bekas teman lelaki. semalam dia datang. kebetulan aku belum pulang ke rumah selepas urusan, kemudian kami berjumpa lewat tengah malam dan berborak sehingga 2 pagi.

Pengisiannya, "How's life'.
Bermula dengan dia. Aku tadahkan telinga sambil menguntum senyum. Kisah dia,  semakin lama dengar semakin mendesak hati aku untuk menjadi semakin sakit. Aku cuba tahan dengan perkataan gembira dari mulut dia mengenai perancangan perkahwinan dengan wanita yang dipilihnya.
Mesti korang fikir  hati aku sakit sebab dia nak kawen ann?? Doklah cenggitu....
Aku lagi suka apabila mendengarkan khabar baik itu. Malah aku sangat menyokong dengan niat dia.Cuma.........
Cuma, aku terkilan dan sedih dengan tingkahlaku dia. Sepanjang setahun kami putus, bermacam perkara sudah dilakukan dia. Perkara yang buat aku rasa aku tidak perlu lagi kembali pada dia dan menunggu masa untuk jauhkan diri. Allah dah tunjuk jalan. tetapi keadaan belum lagi mengizinkan. Aku hanya berharap dan sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa tnjukkan jalan dan hikmah disetiap kejadian. AMIN~

Aku?

Aku hanya bercerita tentang siapa aku berkawan dan sedikit cerita bosan dengan kerjaya aku. Bosan. Ya. Aku masih sendii dan masih kecewa. Masih kecewa dengan sang arjuna. Aku sebak dengan tingkahlaku mereka yang memilih wanita terbaik, dan solehah padahal mereka sendiri tidak sebaik wanita solehah. Itu yang aku sakit hati. Lelaki ini sejahat2 mana sekalipun, akan tetap memilih wanita solehah. Mereka pentingkan diri sendiri. Menunggu wanita sebaik solehah tetapi tidak memimpin, sebaliknya dipimpin. Mana pergi waris khalifah atas bumi ni???...  T_T

aku tidak mencari terbaik, tapi yang boleh menjadi pemimpin isteri dan zuriat. penghibur dan. waktu yang sama menjadi penstabil ekonomi keluarga. tak lebih. kerana aku sedang cuba belajar menjadi yang terbaik. tak sempurna, perlukan sesuatu untuk melengkapi ketidaksempurnaan itu. inshaAllah pasti bantu. 



Thursday, January 31, 2013

Aku Penat Berkerjaya, tapi berbaloi ke?



Dah hampir dua minggu aku dah kerja sebagai stringer di BH.  Memang penat, tapi aku suka dari duduk semata di pejabat. Aku suka jalan-jalan. Tapi yang agak payah, Moneyyyy!Moneyy!! Moneyyyy!!

jalan-jalan cari berita. aku jumpa orang-orang kebanyakkan, tapi semua itu aku biasa sahaja,
manusia atas bumi sama sahaja di sisi Allah. tak kira kau berpangkat tinggi atau bergaji tinggi, manusia tetap masuk tanah yang sama. Jangan risau. cuma beza dia kebanyakkan pahala atau dosa sahaja. hehehehe
Tapi, aku berjalan bukan bermakna aku suka bunag masa atas jalan raya, atau melepak buang masa,
aku isi masa lapang aku dengan perkara yang benar-beanr boleh buat masa aku terisi, aku tidak suka buang masa kecuali aku betul2 malas. heehhee.

penat sangat, sampai tiada tempat aku nak mengadu. (maksud aku bermanja). ceh! yela, hidup single an available ni pun banyak dugaan dia. tapi sekurang-kurangnya aku boleh terus isi rindu aku pada Dia. :)

kadang-kadang aku akan fikir, kekuatan aku datang dari rukun iman yang enam. Aku percaya pada Dia walaupun kita tak akan nampak bantuan dari segi apa yang Dia beri. sekurang-kurangnya, aku percaya Dia sahaja.

Aku harap, perjalanan kerjaya aku sebagai stringer di sini akan berkembang, amin~