cuteback

Saturday, July 9, 2011

Kadang Tenang, Kadang Gelora


(OK RASA NAK MENJERIT SEBAB GERAM TENGOK BLOG TAK UPDATE!, fine.)

Macam-macam perkara berlaku selepas saya lama tak menulis blog. Sejak sebulan lebih sibuk dengan aktiviti kerja yang berbagai, dengan kesedihan yang tak putus selepas satu momen yang sangat pahit dan getir, job enjoyable, love and joy, friends appreciation, ragam orang asing di tempat sendiri macam orang asing di tempat sendiri (-.-'), phm2 jela  


Sejak kerja berbagai ni, sampai detik ketika saya sedang mengarang di blog di waktu ini, masih belum dapat berjumpa dengan UMI tercinta dan adik2 tersayang. teringat sewaktu sebulan sebelum bekerja, seminggu sebelum itu, Tok Wan menyusur tinggalkan dunia fatamorgana ini bersama PAPA. Tidak habis pantang arwah PAPA, UMI untuk berdiam di rumah, ayah UMI, Tok Wan pula .........  UMI lebih tabah dari apa yang saya rasa. 3 tahun lalu, Mek, tahun ini berturut PAPA dan Tok Wan. Tidak boleh dibayang dengan air mata yang keluar dari mata dengan tangisan sedu dalam hati. Puasa bulan 8 bersambung dengan raya aidilfitri.........sigh~
Cinta dan kematian yang penuh pengertian, tidak langsung dapat diungkap dengan huruf dan numerik. Mungkin sesiapa tidak faham dengan puncak perasaan ketika merasa cinta dan kematian sekaligus. Atau mungkin saya ini hanya pandai merosak dan mencalar bahasa. Tapi itulah yang datang dari hati saya. Like we know, blog is for everyone. No guilty. Tidak dapat dibayang bagaimana mahu bersua dengan bulan Ramadhan, Teringat suatu tika dulu, saya suka membaca AlQuran setiap kali selepas waktu sahur dan solat Subuh. Tak pernah tinggal. Tapi yang tak bagusnya, lepas mengaji, mesti pasang lagu kuat2 siang hari. Rasa bebas dengar musik ber'volume' tinggi. Tapi PAPA tak kisah pun. Cuma ada sekali dua, dia ada menegur, kerana terlupa waktu azan kena hormat. Sekarang..... tak ada lagi. Kalau PAPA ada, PAPA akan selalu buat western platter ala2 Melayu dia tu, kadang makan bread icecream la. Terkenang hidup PAPA yang pernah ke luar negara, Australia, Jerman, itu jelah kut. Bila la saya ingin rasa. Orang dulu2 cakap, tapak kaki kalau ada tahi lalat, boleh pergi jauh, boleh pegi luar negara. Tapi saya ada dua2 di kedua2 belah tapak kaki, tak de pun ke luar negara. Tak mengapa, kalau ikutkan kita semua udah pun mengelilingi dunia. Yelah, Bumi ni berputar 360 darjah di atas paksi kan? :D


Kerja. Baru perasan, minat untuk bekerja 'freelance job' ni makin membuak2. Ya, setiap orang punyai cara masing2. Seperti yang saya lihat, kawan2 kelas ada menyertai sesi modeling, pencarian model, kerja ofis everything lah. Itu semua 'partime job' juga. Rezeki masing2. Tapi bagi saya, saya suka freelance job yang boleh 'improve communiction skills' saya menerusi 'marketing product'. Ya, saya perasan dari diploma lagi, semasa saya cuba menjawab soalan yang diaju oleh penilai subjek ETR, subjek paling 'tough' untuk 'final semester' waktu itu. Penilai akhirnya sangat faham dan tersenyum lebar seolah sangat puas hati dengan penerangan saya kerana penerangan yang diberi oleh ahli kumpulan saya yang lain tidak begitu jelas. Tapi bukan saya mahu bangga disini, cuma apa yang saya lihat pada diri saya sehingga kini, saya ada potensi untuk maju. Semua orang ingin mau, tapi masih juga tercari2 identiti dan peluang yang sesuai dengan diri. Jadi apa salahnya kita cuba juga pelbagai aktiviti harian kita. Tak kisahlah dari kerja berat seperti kerja di restoran sebagai kitchen staff ke, pembancuh kopi di firma guaman ke, atau apa2 sahaja. Bila kita tahu yang mana sesuai dengan keadaan diri kita, kita teruskan hingga kita boleh capai matlamat. Walaupun kita mungkin akan terjatuh sepanjang usaha itu, itu bermakna kita harus beringat selepas kita terjatuh supaya jangan terjatuh lagi. Bukan kita terjatuh kerana kita tak boleh teruskan lagi. :D


First time bekerja dengan orang asing. Urggghh.. mengenangkan save duit dan tenaga nak kerja jauh2, kerja juga di sebuah kopitiam yang semua stafnya Nepal. WAKAKAAK! whatever. Berbekalkan pengalaman pernah bekerja di Pizza Hut Restaurant lepas SPM dulu, maka kerja sebagai runner tak adalah susah mana pun. Kalau dulu, 'fultime, but now part time'. Lagi senang.  Yang masalahnya, lately, tak boleh berdiri lama. Sakit tapak kaki. Sakit yang bukan biasa, Sakit yang mungkin ada kaitan dengan masalah saluran rahim. Urmm, ok, just forget about this. Pernah sekali break makan dengan dua orang staf. Tiba2 dorang bukak lagu Melayu. Hetty Koes Endang lah, lagu rock kapak lah. Bila tanya, "understand?". Ada sorang tu tak faham, tapi suka sangat dengan lagu2 tu. Ada sorang tu faham tapi tak pandai nyanyi. Apa2 jelah. Bila ikir2 balik, macam kita orang Malaysia, eh orang Melayu lah. Nepal=Melayu, Melayu=MatSaleh? Nepal suka lagu Melayu, Melayu suka lagu MatSaleh. MatSaleh suka lagu dorang sendiri. Kita lebih kurang macam Nepal lah kan? Bukan nak racism sangat, tapi kenapa kita tak mengagungkan lagu2 kita sendiri. Kalau kita ambil contoh MatSaleh yang terlalu agungkan karya2 seni dorang, kita sendiri pun gerun dan merasa mereka sangat hebat. Kan? Kita terlalu rendah dalam menilai kualiti lagu2 kita sendiri yang sememangnya lagu2 evergreen itu semua masih kuat fenomenanya di corong2 radio. 


Kawan, jika kita hilang kawan yang kita sayang dan bergantung harap suka dan duka, maka kelamlah dunia. Bagi saya, kawan itu ibarat lilin. Bila menyal, kita 'happy' sangat, bila tak menyala, kita mencari dalam gelap. Tapi kalau silap haribulan, api lilin tu boleh bakar kita. Tak kisah mentally or physically. Without realize, we had hurt them and vice versa. Too many times. But we also need to hold the risk of being hurt by them. Yeah! Hold it and u keep bear in mind, friends are we. We are one of million friends in the world. I am very thankful to God cus gave me the very superbestfriends in my world. Yup! They know when i'm in trouble, they are willing to help, even we had a catfight here and there, we still be together. Me, too always try to find the best way to treat them as much as them, but mungkin belum ada rezeki. Ahhh! Mcm orang bercinta plak nih. hhhahahha!  Tapi jauh di sudut hati, azam tetap tersemat, tunggu maa bila nak keluar je, Haahah! Thanks my dearet friend, i hope you read this, aku nak korang tau walaupun aku selalu susahkan korang tak kira apa jua bentuk fizikal dan perasaan, aku sayang korang sampai ujung nyawa. Kalau aku tak sempat nak balas jasa, Tuhan saja yang boleh balas. thanks friends. Especially friends who are very close to me and know the worth of friendship between us. :..D


p/s: Coretan pendek sepanjang everyday life yang tak tercatit.