Tuhan dah bawa aku sampai dunia sini. Dunia yang terlalu misteri buat aku untuk menggali erti kehidupan yang tinggal. Lama ku ambil masa bersendirian, sampai ke mana sahaja aku seperti disorongkan jalan. Rasa seperti terhuyung hanyang di dalam dunia sendiri. di dalam kalut, ribut, celaru, dan terbantut untuk berfikir lebih rasional dalam meneruskan hidup. Membenarkan sesuatu seperti syaitanirojim memperlakukan pada aku apa sahaja yang ia suruh. Ke sana, ke sini. Tapi aku sedar, umpama hamba abdi pada tuannya. Mengikut tanpa rasa apa, tapi masih mempunyai hati dan perasaan bahawa aku terlalu terseksa dan keseorangan. Siapa lagi manusia, binatang atau tumbuhan, yang perlu aku adu. Sedangkan batu pun tidak boleh berbuat apa.
Maka disampaikan pada mereka orang yang baik-baik sekiranya hati kita berniat baik dan ikhlas. Alhamdulillah. Ajakan dan semangat terkadang menyuntik dalam diri. Namun, tuan punya badan, tiada siapa yang dapat rasa. Dalam hambar, ada lirik cahaya menyuluh ke sini. Di mana sinarnya?? Dari mana datangnya?? Siapa yang bawakan sinar itu??
Bila masa, di mana dan bagaimana, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui ceritaNya. Bagaimana harus aku percaya lagi. Aku hanya percaya pada diri sendiri. Hanya Allah Maha Besar yang berhak ke atas setiap perlakuan hambaNya, dan aku salah seorang dari barangNya yang tak terkira 7 petala langit dan bumi. Jadi hanya Dia sahaja aku percaya, kerana Dia tak pernah mungkir janji.
Sampai ku ketemu sesuatu yang tak bisa aku halang. Sukarnya menjadi teman atau sahabat manusia itu sendiri. Sedangkan tidak banyak lagi waktu. Aku pernah mendengar sesuatu hadis, doa seorang sahabat untuk sahabat akan termakbul. Begitu juga aku. Bukan sekadar doa kepada kedua Papa dan Umi ku. Bukan sahaja untuk adik2ku, bukan sahaja untuk masa depan diriku. Tapi orang2 sekelilingku. Aku tidak sebijak mana, tapi aku mampu beza baik dan buruk. Pada pokok pangkal pandangan manusia, aku hanya kecil dan naif. Ya! Tapi aku mampu berfikir secara logikanya mana letaknya fitrah alam. Jadi aku tidak salahkan mereka.
Mohon aku pada setiap satu doa, setiap seorang yang ku kenali, aku sudah bersedia memaafkan segalanya. Berkali2 mana pun silap dan khilaf, aku bukan Tuhan untuk menentukan hukuman. Sentiasa sahaja mohon ku agar mereka teruskan hidup dengan lebih baik dan sempurna. Ikhlas ku bukan dari lubuk hati, tapi lebih dari lubuk hati sendiri. Aku bukan terlalu baik untuk menjadi yang baik, dan aku juga tidak mahu jahat sehingga timbul kebencian dari mereka terhadap aku. Aku mahu yang terbaik dunia dan akhirat bersama.
Papa selalu dirindui, Umi selalu dikasihi...
p/s: Ketika kita membuka mata, kita tersedardari tidur bahawasanya kita bernafas dengan nyawa Allah. Untuk kita terus menikmati hidup dan mencari ibadat. Terutamanya, mereka yang tahu tak punya masa lagi.