cuteback
Thursday, October 25, 2012
Just need someone to talk and hug to.
Buat beberapa ketika dan waktu berlalu
Alhamdulillah, urusan hidup seakan dipermudahkan
benarlah, solat itu paling sempurna , buat jalan hidup sempurna, walaupun ada payah duga,
tapi keadaan susah itu, semacam perencah, sedapkan lagi lauk kehidupan
Namun, beberapa hari ini,
jiwa dilanda gelora
hati kurang tenang
dah bermacam cara dicuba,
sujud di tengah malam, zikr, membuka lembaran kalamullah,
apa yang aku rasa seperti betul2 hilang sesuatu sekarang
bukan kosong
ya, bukan kosong
sebab aku pernah merasai kekosongan itu sebelum ini
mana hilangnya sesuatu tu?
dari mana ia hilang?
apa yang hilang sebenarnya?
Ya Allah....
Sungguh aku tiada tempat mengadu lagi.. bulan bintang, daun batu, sudah aku adu
macam orang gila la wei!
:.(
kawan2, keluarga atau sedara sedara?
ahh! mereka pun punya masalah
walaupun cuba membantu, aku masih di sini
aku dah bertekad untuk terus kuat, terus tabah..
kebelakangan ini aku rasa seperti benar2 kehilangan
Aku terlalu berat hati dengan situasi ini..
Aku terlalu bermohon pada Allah agar kuatkan dan tabahkan hati aku
bukakan pintu jalan syurga untuk aku, UMI dan adik2 aku
sumpah, mungkin tak seberat rasa yang UMI pernah lalui
bukan perbandingn yang aku letakkan
Cuma ikut akal logik sebaga seorang hamba-Nya,
tiada apa lagi yang dicari atas bumi selain redhaNya
terutama pabila usia dah cecah senja,
bukan hawa nafsu dunia lagi..
menangis? huh! PAPA tak pernah benar anak perempuannya menangis.
nampak bodoh.
(-,-'')
dalam gelap jauh di dalam sana,
di sana di mana hati terletak..
hati hanya mampu mengalirkan 'air mata' tanpa dilihat sesiapa
just need someone to talk and hug to: mungkin perempuan ini jalang!
Arrgh! persetan semua tu.
Monday, October 1, 2012
Beza Kau, Dia & Aku
Aku selalu bertemu, berjumpa, dengan setiap jenis manusia setiap hari
dari kecil hingga dewasa, aku di didik secara natural tentang kedewasaan dan pengalaman
bukan dari buku sekolah atau dari ujian dan kertas periksa
tapi dari penampakkan ragam dan tindak manusia
aku bukan fasih mentafsir hati dan naluri manusia,
sedangkan mimik muka disebalik topeng pun kita tak mampu mengagak
namun, aku ada perasaan, ada akal dan ada fikiran sebagai seorang manusia
begitu juga kau dan orang lain
Kau,
aku jumpa kau
Allah tuliskan dalam diari hidup masing2, aku dan kau bertemu
dalam diari masing2 tu, kisah2 dulu penuh corak, bukan sekadar pelangi, malah hitam putih sekali
kau aku kenal setelah beberapa waktu bertemu,
masih rapuh hati dengan kesan hidup seseorang dalam hidupmu sebelum ini
masih belum cukup kuat
diari, nota hati yang tiada siapa boleh baca.
aku mungkin hanya dapat mengagak kau hanya punya masalah paling berat dalam hidup kau
dengan hanya seorang insan
yang benar2 paling penting dalam hidup kau
tapi,
kau terlupa, kau terlalu serahkan hati kau pada cinta manusia
kau lupa serahkan 100% cinta kau pada Allah
kau alpa sekejap
kau patut sudah boleh mula kisah baru kau,
maksud aku, BUKU BARU.
BUKU LAMA kau sudah boleh simpan, dan boleh buat rujukan untuk dijadikan pengajaran
atau kalau kau perlu buang, buanglah pada Yang Maha Esa.
Dia,
aku tidak pernah bertemu dengannya
namun aku mengenalinya kerana dia punya NAMA
Dia hebat.
Ya, Dia memang hebat,
tapi pada pandangan dan komen aku, Dia hanya hebat dalam kerjaya
Dia tidak hebat dalam menangani permasalahan hati
Dia tidak punya rasionaliti
Mungkin ada, tapi Dia kejam
Kerana membiarkan hatinya menjadi keras seperti batu
Aku punya pandangan lagi,
Dia tidak perlu lagi kau rujuk,
Jika dia tidak mampu berterus terang tentang hal dewasa
apatah lagi pada hubungan seterusnya
Kau hanya memperbodohkan diri dengan Dia yang berhati kejam
Kau terlalu fikir kau punya hati terlalu sukar melepaskan
Tapi Kau janganlah lupa,
Bagaimana pernah Aku kisahkan tentang ceritatera Aku
Bukan berlagak, tapi Kau harus bersyukur pada Allah
Allah telah tunjukkan Kau siapa Dia sebenarnya sebelum kau sempat melafaz akad pada Dia
Allah Maha Mengetahui tentang setiap diari hambaNya
Aku,
tak perlu lagi Aku cerita tentang diri Aku
Aku tetap Aku yang sama, dulu, kini dan selamanya
Siapa yang kenal aku, pasti tiada kata seperti "Kau dah berubah, Yuyu/Fatiha/Nurul"
melainkan berubah penampilan sajala..
Belum,
Aku belum mendengar itu semua
DAN
Aku tak mahu dengar itu semua
Aku masih diri Aku
rapuh, lemah, hina dina, dan jahil
Sesiapapun mampu ambil kesempatan atas diri Aku,
walaupun Aku sedar tindakan itu patut aku elak
namun, aku hanya insan biasa, sebatang kara atas dunia
tiada harta benda kecuali umi dan adik2ku
*syukurlah dengan apa yang Allah beri sama ada bentuk ujian dan nikmat. Itu semua hanya untuk menguji iman, IMAN.....
Subscribe to:
Posts (Atom)