cuteback

Friday, May 24, 2013

selamat bahagia sahabat



Macam mimpi.

Sahabat baik, Nisa selesai pertunangannya tahun lalu.
Menunggu saat bahagia 26 Mei..

Sahabat baik lagi, Alyn
Menunggu saat pertunangan pula..

Terdahulu,
Sahabat baik di ibu negara, satu persatu menjadi milik sang kumbang

Lepas ni sahabat baikku yang mana lagi akan tinggalkan dunia single mcm aku.
Macam mimpi aku masih single.
Wlupun sblm ini memang aku pernah mempunyai kekasih,
Bekas kekasih yang kini sudah ada kekasih baru.
Kekasih yang baik. Tak jahat macam aku dulu.
Aku redha. Dan tidak pernah menyesal.

Tahap single aku sudah kembali pada perangai lama aku
Meramaikan kawan...errr, skandal, errrkkk
No, kawan. Nak kawan, ON, nak skandal, aku tinggal.
Nak buat baik, aku buat balik
Nak ambil kesempatan, aku tak layan.
BOOOO!!!
Tah heran, bagi aku, tak kisah nak kata perempuan BAJET...
Janji tak langsung buat masalah pada hidup orang lain

Namun, perangai lama kini, makin rasional
Dulu ye la, keje asik nak main perasaan je, pastu nak enjoy!
Sekarang, masih enjoy, tapi berpada-pada.
Aku bukan 20 tahun lagi, 25.
25 tu banyak saat tau.
Setiap saat tu mesti jadi benda tak duga.
Banyak benda jadi tu maknanya, banyak perkara dah lalu.
banyak perkara, banyakla pengalaman.
Setiap saat. fuhh!



Sunday, May 19, 2013

perit payah puteri sulung


Aku nampak manja tapi sebenarnya tidak
tapi,
Aku semakin kuat aku melawan masalah dengan cuba untuk bahagia, semakin banyak msalah dekat padaku..
Ya Allah,
Apakah ujian yang Engkau beri ini
Ujian menguji hati aku
Hati aku penat sangat ya Allah...
Aku penat tempuh seorang diri, walau aku tahu,
Kau pasti ada setiap detik

Aku bersyukur kepadaMu,
Setiap kesusahan yang aku lalu,
Kau tak pernah membiarkan aku leka dan alpa.
Kau tau sebab apa..
Ya, Kau Maha Mengetahui segala isi perut dunia ini
Tapi, tiada seorang manusia pun dapat memahami hati dan perasaan manusia lain...
Diteka-teka pun terkadang terkhilaf tafsir,
Kebarangkalian yang belum tentu sama telus dengan jawapan yang Kau ada..

Ya Allah,
Setiap bangunku untuk mencari pahala dan melakukan ibadah..
Pekerjaanku adalah sebahagian dari ibadah ku, demi mencari jumlah nilai mata wang yang selama ini didambakan manusia..
Manusia hanya mengejar satu untuk hidup, DUIT.
Tiada duit, tiadalah makan, sedangkan air minuman pun kena caj 20 sen.. Apatah lagi karipap 50 sen sebiji, RM1.00 tiga biji.
Ada beza anjakan disitu.
Tapi, manusia lupa mengejar satu untuk mati, pahala..

Aku melalui kepayahan, tetapi aku anggap itu semua kesenangan..
Payah didunia, senang diakhirat..
Sempat aku mengalir air mata di atas motorsikal yang aku tunggang... Di lewat malam, di laluan yang gelap, di tempat Altantuya dibunuh...
(buat-buat berani, hanya aku sahaja yang lalu payah itu)
Namun, aku tetap senyum kerana Mu Ya Allah.. Kerana itu ujian untuk aku. Bukan ujian payah macam dalam dewan periksa, tapi ujian yang memerlukan kekuatan semangat dan ketabahan diri.
Tiada siapa yang akan mendengar keluhan aku, kecuali Engkau Ya Allah.
Sepanjang kepayahan aku, hanya Engkau saja yang sentiasa ada dengan aku. Allah yang Maha Segalanya..
Bila aku sedih, aku ingat pada Allah,
Bila aku menangis, aku senyum ingat Allah,
Bila aku senang, aku sentiasa beringat pada Allah kerana kesenangan tidak selamanya panjang,
Bila aku gembira, Allah beri kebahagiaan dan peringatan..

Walau mengadu pada manusia, tetap tiada siapa peduli..

Aku bangga dengan diri aku sebagai seorang wanita
Tidak perlu ihsan simpati dari orang lain terutama lelaki.
Lelaki tidak layak mendampingi aku. Kerana aku sudah lalui bermacam dugaan dan ujian.. Tiada siapa pernah peduli aku sebagai wanita.
Tapi aku tidak cepat melatah, kerana jauh di sudut hati
Aku percaya pada Yang Esa,
Dia sudah ada yang terbaik untuk aku. Yang akan menjaga aku dengan penuh kasih sayang, yang akan terus membahagiakan aku seperti arwah papaku menjaga bagai menatang minyak yang panas. Aku bangga kerana aku bukan dimanjakan dengan kemewahan barang dan wang tetapi diajar kemewahan untuk berdikari sendiri.
Papa, yang tidak akan sesekali melakukan perkara yang akan membuat aku sedih lagi, kerana aku sudah banyak lalui perkara sedih..


p/s : selalu ingat pesan papa, menangis nampak macam loser