cuteback

Tuesday, July 9, 2013

kejaayn adik sebab dulu susah

Kemewahan tidak dipandang kerana kesenangan, tetapi kepayahan dari belakang.
Tak suruh beranjak ke belakang, tetapi lihat kembali perkara yang membuat hidup jadi mewah.

Adikku nombor tiga,
Tak perlu lah mention namanya di sini. Bagiku, cukup sekadar perkongsian yang patutu sangat ambil iktibar.
IKTIBAR! Taw!


Dia ketika belajar dulu, paling susah,
(Kenapa aku dah start nak menangis ni????....belum apa2 lagi..haih)
Nak imbau kembali kepayahan dan kesusahan dia sebagai anak yang soleh sukar ditelah,
Aku yang hanya mampu melihat pun sudah sebak, apatah lagi dia yang menanggung beban...
Namun, siapa aje yang tahu ketabahan hati dia berbanding aku.
Orang kata aku tabah, mungkin kerana aku perempuan, dan 
dan dia seorang lelaki, kalau tak tabah, TAK SASA LA BRO!..

Balik kepada dia belajar di PTPL dulu sebagai pelajar jurursan diploma gragik komputer.
Aku faham benar kursus yang tawarkan pengkhususan seni ni, memang banyak pakai duit.
Seni, macam2 benda. orang kaya isketambatu dan isketambola je mampu kursus ni.
Aku tak mahu merendahkan ahli keluarga , tetapi inilah hakikatnya apabila ada perasaan berat sebelah tanpa siasat usul bukti.
Adikku sering mengadu pada aku, dia sangat susah dulu. Padahal ada seorang abang yang sepatutnya menjadi tempat bergantung, sebagai ketua keluarga.
Tetapi, kini dah terbalik.
Dulu, waktu  belajar, kdang-kadang naik motor arwah papa, Jaguh. Mortorbike besar tu.sekarang dah tak ada, sebab dah jual, tak mampu nak maintain, bila rosak bukan sebab dia, tapi orang lain. 
kadang2 dia berjalan kaki di tengah panas dari TTDI Jaya ke pusat kolej tu. Aku tidak dapat membayangkan tahap kepanasan yang dia lalui sepanjang jalan kaki ke kolej, sedangkan ada cara lain, teksi,tapi kami keluarga tidak senang, jadi dia buat keputusan untuk berjalan kaki ke kelas setiap hari.
Barang kursus yang pun tidak menang tangan untuk di bawa, terpaksa mengagahkan diri juga.

masuk pasal bab duit. tang ni yang satrt nak menangis.
ibuku selalu salah tafsir dengan apa yang dia pinta.
setiap bulan minta duit, bukan! bukan!, setiap minggu minta duit
tapi ibuku salah tafsir, guna duit untuk berjoli,
padahal aku yang selalu pantau keadaan dia, tapi ibuku tetap tidak memahami,
kadang2, aku rasa nak menangis, kerana sifat berat sebelah ibuku,
kerana lebih mementingkan anak yang lain.
kadang2 aku marah, tapi dia ibuku.
anak yang lain minta duit senang dapat, alasan sebab status ijazah kedoktoran yang memerlukan lebih banyak duit.
Phuih! aku pernah melalui kursus itu, dua2 aku lihat based on pengalaman aku. Aku faham benar,
Kursus seni itu elbih banyak perlukan duit sebenarnya, walaupun kos yuran kursus masing2 jauh tinggi.


itu masa dia belajar, tak ingat tahun bila
dia berusaha sampai dia boleh berjaya sekarang, mampu kembalikan kepercayaan umi pada dia.
berkat kesabaran yang Allah tuntut untuk dia.
umur dia kini 22, dan sudah milik kereta dan rumah sendiri.
Orang tidak akan menyangka usia seawal itu sudah mampu miliki aset sendiri.
Ya!! Sebab dia berusaha untuk jaminan keluarga, bukan untuk diri sendiri dan barangan peribadi.
Dia buat untuk keluarga, walaupun tiada wang, daripada 1.00, dia mampu bagi 0.99 kepada keluarga, dia tidak kisah. kerana dia yakin, duit tak bagi kekuatan dunia akhirat pada dia, hanya keluarga tersayang di sisi saja.
aku hanya mampu beri semangat pada dia supaya bertenang, banyakkan sabar kerana keluarga tetap utama walau buruk mana sekalipun.


YANG PALING HARU,
adikku itu sebenarnya tidak sabar nak tayang kereta baru dia pada aku, sampai tunggu aku balik rumah, tapi aku tidak berkesempatan.
Akhirnya, suatu malam dia datang dari kenduri kesyukuran nak balik rumah, semapt telefon bertanyakan aku di mana.
Rupanya, dia mahu aku lihat kejayaan dia, dan aku jadi sebak.
suka benar nadanya ketika mahu aku lihat kereta dia.
Aku ambil hati dia, aku cuba pandu keretanya. 
Sangat selesa. Alhamdulillah.


Ya Allah, 
doaku sentiasa kau jauhkan aku dan keluargaku dari segala bala, maksiat dan kejahatan, dan limpahkan rezeki kepada kami,
berikan kami kejayaan dan pertolongan, hidayah dan inayah kepada kami.
Sesungguhnya, kami insan lemah. Bantulah kami ke jalan yang benar

amin~