cuteback

Wednesday, February 16, 2011

Pergilah.. Tuhan Lebih sayang Papa.


Dah hampir 6 hari berlalu. Rasa macam PAPA masih berada di rumah. Setiap pagi pukul 7, PAPA dah gerak pergi kerja. Kalau dulu PAPA pergi dengan motosikal 125z yang dah bertukar wajah sekarang oleh adik, Faiz. Dulu, dengarlah bunyi ketak-ketak nak hidupkan motosikal pagi2. Selalu teringat beberapa hari ini. Kalau balik, PAPA balik pukul 6 petang. Sampai bawah rumah, Anis dah bunyi sorak gembira dia sambut PAPA balik. Kakyuyu rindu momen2 itu PA. 

Kakyu tahu PAPA dah lama sakit. Sakit jantung. Sakit yang makin menjadi2 dengan semakin banyak organ penting turut rosak. Kakyu tengok PAPA dari jauh. Kakyu tahu, pagi2 buta pukul 3, 4 pagi, mesti PAPA terbangun. Terbangun sebab tengah tahan sakit PAPA. Hari2 terakhir PAPA ada kat rumah, kakyu tengok PAPA jalan berdikit-dikit. Perlahan-lahan. Sayu hati Kakyu. Bukan tak nak tolong, tapi rasa sebak, PAPA semacam kuat. Taknak siapa2 tolong PAPA. PAPA tak pernah susahkan anak2 PAPA mintak tolong ambik itu ini. PAPA tak nak ganggu tidur nyenyak anak2 PAPA yang mungkin tengah bermimpi indah. 


PA...
Kakyu masih terkenang masa PAPA minta Kakyu bacakan Yasin untuk PAPA sebelum PAPA kene bedah potong kaki. Padahal, PAPA potong kaki je. Tapi PAPA pinta Kakyu bacakan Yasin untuk PAPA. Lepas Kakyu keluar dari bilik PAPA sebelum PAPA dibedah kaki, Kakyu ada terbaca, PAPA tulis pada PokWa, "Aku rasa tenang dengar Kakyu boleh baca Alquran"...
Kakyu baca Yasin untuk PAPA, depan PAPA sambil menangis. Sudah habis baca Kakyu baca doa untuk PAPA, PAPA pun berdoa sekali. Rupanya PA, tak sangka itu adalah Yasin terakhir dari Kakyu untuk PAPA. PAPA dah lama tak dengar Kakyu mengaji kat rumah kan? sebab Kakyu sibuk kat U. Seminggu sebelum PAPA pergi itulah Yasin mungkin paling berhagra dari Kakyu untuk PAPA. Mesti PAPA rasa lega, dalam hidup PAPA dah didik anak PAPA sampai anak perempuan PAPA yang sulung ini boleh mengaji Alquran dengan baik. 

Kaki PAPA yang dah dipotong sebelah seminggu sebelum PAPA pergi, kaki itulah juga yang banyak sangat berjasa. Kaki itu lah yang menghidupkan enjin motosikal dari jauh Sg Buloh ke SMK Jalan 3 Bangi, semata2 nak ambil Kakyu balik Kajang. Kaki itulah yang menekan pedal minyak dan clutch kereta dari Rawang <> Sg Petani beratus2 kilometer untuk ambil dan hantar Kakyu. PAPA sanggup. PAPA tahu PAPA tak larat nak ambil Kakyu, tapi PAPA ambil juga. PAPA dingin dengan Kakyu tapi sanggup belikan DELL speaker untuk ambil hati Kakyu. Macam2 lagi PAPA buat untuk anak sulung PAPA.

PAPA....
Kakyu teringin nak bercakap dengan PAPA lagi..Sebab Kakyu tak banyak luang masa berborak dengan PAPA masa hidup PAPA. PAPA nak tahu, 11.02.2011 itu tarikh cantik, PA. Hari Jumaat, PA. PA nak tahu, PAPA punya liang lahad PokWa cakap cantik. Indah. Itulah liang lahad yang sebenar. PAPA nak tahu, tempat semayam PAPA bawah pokok rendang, PA. Tanah pun cantik PA. PAPA pergi, ramai nak tolong keluarga PAPA. Hayat hidup PAPA, baru Kakyu tahu, PAPA pergi dengan 3 perkara penting sebagai seorang manusia. Pertama, ilmu yang PAPA turunkan semasa PAPA mengajar anak2 murid PAPA, kedua amal jariah yang PAPA selalu tak ambil wang kalau PAPA ikhlas nak tolong orang macam tolong selesaikan kad kahwin yang banyak. PAPA tak ambil kesempatan tapi PAPA bagi lagi pinjam. Akhir sekali, doa anak2 yang soleh. PA, Kakyu dan adik2 belum cukup sempurna untuk dipanggil anak soleh untuk UMI dan PAPA. Tapi, sekurang2nya, kami adik beradik selalu berdoa untuk kebahagiaan dan ketenangan jiwa dan rohani untuk UMI dan PAPA.  Walaupun Kakyu tak redha pada mulanya kalau PAPA pergi, sekarang Kakyu bersyukur. Kakyu dah lepaskan PAPA pergi. Pergila PAPA. PAPA dah terlalu lama sakit, menderita dari dalam. PAPA pergi dengan senyum dan tenang. Alhamdulillah, semua anak2 PAPA dan UMI ada di sisi PAPA semasa PAPA hembus nafas terakhir. Kakyu tak nak bagi PAPA sakit seksa lagi. Kakyu dah tak nak PAPA seksa lagi. UMI pun dah cukup penat. Kesian UMI. Kehilangan PAPA sudah UMI redha, seolah-olah UMI sudah tahu, UMI pun sudah 2 kali rasa kepergian orang tersayang iaitu MEK(nenek) dan PakCik Suri (adik UMI). UMI cukup tabah sepanjang hidup dia, PA. PAPA mesti tak nak UMI susah lagi kan? PAPA nak Kakyu dan adik2 jaga UMI, kan?

PAPA, 

Kakyu dan adik2 tak sempat nak buat PAPA bangga dengan harapan PAPA dari anak2. Walaupun PAPA sempat lihat Kakyu graduasi, tapi Munir sedih, PAPA tak sempat tengok dia grad. 

PAPA, terima kasih kerana menjaga Kakyu dan adik2 dan UMI sepanjang hayat PAPA. Moga PAPA tenang ya. Amin ya Rabbal alamin.

p/s: Terima kasih, PA. :.)


5 comments:

  1. be strong gurl k sistah...u makes me cry...sy pon penah lalui perkara yg sama..but, family and frens so important right now..selalu2 doakan for papa k..

    ReplyDelete
  2. dear...mgkin i x dpt rsai p yg u rsai...tp coretan u ck0p utk wt i sayu... be str0ng syg...sb i tw u kuat... byk kn d0a buat arwah...

    ReplyDelete
  3. awk.sabab ea.Allah lebih menyayangi beliau.tabah ea:)insyaallah..die doakan beliau tenang di sane...

    ReplyDelete