Tahu tak, 25 Feb lepas, ada kejadian ragut di depan 7e, Pusat Komersial, Sek 7 Shah Alam??? Perempuan. Berumur lebih kurang awal 20an.
Dekat dengan rumah saya tu! Alhamdulillah, dia selamat. Cepat2 dia call laki dia, kawan2 dia. Last2, kawan2 dia datang ambil pergi buat report polis terus yang kebetulan balai polis dekat belakang sekali dalam Pusat Komersial tu. Laki dia datang kemudian. SampaI di balai polis, rupanya ada orang lain kena ragut dekat tempat yang sama, tapi bukan ragut beg, tapi kena ragut motor. Jahat tak peragut pencuri zaman sekarang.
Saya pun ada pengalaman kena ragut juga. Di tempat yang sama. Hanya Tuhan sahaja yang boleh mendengar keluhan hati dan sakit jiwa raga masa tu. Mungkin saya cuai sebab bawa beg perempuan bak kata Kekasih saya. Dah nama pun perempuan. Takkan nak bawa beg lelaki kut. Waktu itu, saya terkejut sangat, ingatkan kawan2 dari belakang nak tepuk saya, nak main sergah dengan saya. Tak sampai beberapa saat, saya rasa beg saya ditarik kuat. Sakitnya Ya Allah, hampir rasa nak terkoyak je kulit tangan. SAKIT. Tak sempat nak menjerit, umpama terlihat bayangan hantu, lidah kelu nak menjerit. Barang dalam beg laptop, mp3, hp brand lama, purse. Senua itu saya beli dengan duit sendiri. Bukan senang saya nak kumpul duit semata-mata untuk benda yang penting macam tu tambah2 bila saya ni seorang pelajar. Nak cari duit makan pun susah. Tapi saya redha walaupun hilang banyak barang, lebih baik dari hilang nyawa.
Bukan apa, masalah bertimpa-timpa. Datang dari masalah peribadi, tiba2 datang masalah yang sebegini. Banyak dugaan yang datang. Tapi, makin lama saya rasa makin kuat. Biar tangisan mengalir tapi hati tetap kuat, dan masih mampu bertahan dari rosaknya iman saya. Orang tidak tahu, mungkin saya nampak tenag dan bahagia tapi sebenarnya? begitu juga orang2 yang mungkin mengalami masalah seperti saya atau lebih teruk lagi. Hakikatnya, kita semua ada masalah. Makin banyak dugaan datang, makin banyak pahala kita dapat kalau kita kuat hadapinya. Itulah nikmat dugaan yang Tuhan bagi sebenarnya.
Pengalaman kena ragut umpama memberi saya kesedaran lebih terhadap bahaya nya dunia luar tambah2 bila sudah semakin meningkat dewasa. Walaupun duduk di rumah sekali[pun tetap ada bahayanya juga. Cuma takdir saja yang menetukan qada & qadar hidup kita. Makin banyak ragam hidup kita kenal. Tidak seperti waktu kanak2, hanya tahu menerima dan melihat.
Peragut tak kenal usia tua muda tempat semua. Biarlah apa dah jadi, Sumpah seranah dan solat hajat orang yang lemah adalah kaedah terbaik untuk kita berdoa agar Tuhan memberi balasan terbaik pada dia.
Disini, saya ingin berkongsi tips untuk mengelak dari dicuri dan diragut, sekurang2nya ada cara dari pengalaman lepas.
- Kalau boleh bawalah beg sempang bahu.
- Semasa melintas, tolong jangan lupa pegang beg tangan dengan kemas dan sentiasa beringat bahaya ada dimana. Mungkin bahaya sedang perhati kita
- Sebaiknya jika nasib tidak baik anda kena ragut, JERITLAH! TOLONG!!!!!!!!!!!!!!
- Barang yang dibawa haruslah minima dan jangan bawa beg terlalu berat dan besar. Berkemungkinan bahaya yang sedang perhati itu dapat mengagak kita membawa barang berharga di dalam beg.
- Akhir sekali, jangan lupa baca bismillah semasa melangkah keluar dari rumah supaya tidak ada kejadian tidak diingini berlaku semasa kita melangkah keluar dari rumah.
p/s : semoga Tuhan makbulkan doa orang yang teraniaya tambah2 doa anak yatim perempuan. Amin.
No comments:
Post a Comment