Aku mahu menangis sekuat hati !!!!!!!
Batin aku menjerit namun tiada siapa yang mampu dengar.
Sumpah sakit. Sedaya upaya aku menjerit namun tidak kedengaran oleh sesiapa pun.
Kau tau sebab apa aku begitu??
Kenapa aku begitu??
Aku terlalu terharu dengan usaha bos di tempat kerja aku, usaha kawan2 lain dan senior wartawan yang membantu aku untuk tingkatkan motivasi diri.
Kau tau sebab apa aku tak mampu meningkatkan diri algi??
Sebab tiada siapa yang drive aku to catch the success.
Selama ini, aku hanya berdikari sendiri,
Sebelum ini, aku mempunyai boyfren, ia! dia banyak membantu. secara fizikalnya. Namun bukan dari emosi dan semangat. Kerana dia sendiri pun tidak tahu bagaimana cara.
Aku rindu papa. Tiada siapa lagi yang mampu bangkitkan semangat aku seperti aku mahu.
Ya! Sepatutnya aku bangkit diri sendiri.
Aku malu dengan bos. Walaupun banyak cerita yang dicanang seolah hanya dia saja melalui semua itu, namun aku patut rasa malu dengan kesungguhan beliau yang berdiri sendiri.
Dia sendiri kata pada aku, "aku bangun tanpa dipayungi sesiapa, aku sendiri"
biarlah dia berkata begitu, janji dia sudah berjaya dan mampu memiliki segalanya. Jangan dipertikaikan kejayaan masing-masing. Hanya Allah dan dia saja yang tahu.
Aku???
Aku di mana?
Bos dah banyak bantu aku. Pelbagai cara sampai mungkin rasanya bos sudah hampir putus asa untuk bantu aku.
ya Allah, kenapa aku begitu benak sekali.
Kenapa aku masih beku di sini.
Aku nak berjaya macam orang lain.
Kawan2 sekeliling tak putus bagi kata semangat setiap hari, ada yang cuba menggembirakan aku.
Tapi aku masih suram.
Kenapa ya Allah?
Apa sebenarnya yang aku nak?
Bantulah aku di jalan yang lurus, dan nampak cahaya hidayah.
Aku mahu bangkit!!!
Aku mahu ke depan!!
lepaskan beban sebenar yang bersarang dalam hati aku ini.
Aku nak bahagia, aku cuba untuk senyum dan positifkan diri setiap kali bangun pagi.
namun masih tidak berhasil.
Apa sebenarnya ya Allah?
No comments:
Post a Comment