cuteback

Friday, February 4, 2011

IJN, rumah ketiga.


Sudah hampir sebulan lebih. IJN aka Institut Jantung Negara, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Buat apa kat sini? Sebulan? Siapa sakit? Lamanya...

Ya, sebulan. Masakan tidak, penyakit tak habis-habis. Bukan merungut, tapi kalau dah sebulan terlantar, takkan bercuti 'heaven' dalam hospital. Kesian UMI, kena jaga PAPA. Waktu melawat sahaja boleh jumpa PAPA. Wad di CCU, tak kiralah CCU ke, ICU ke memang kawalan ketat. Eh, bukan semua hospital macam tu ke? Kalau duit banyak, boleh la 'stay' lama lagi kalau nak sembuh tu ambil masa. 


Sebulan itu lama bagi orang-orang yang kurang mampu. Mana taknya, terpaksa ulang alik. Kalau 'stay' IJN hari2, mati kejang jawabnya. Tahap kesejukkan melampau sangat, sampai nak mandi pun rasanya macam hidup luar negara je. (Fhm2 jele.. (-.-') ). Adik-adik lagi nak bersekolah. Kalau ada orang gaji, mesti senang hati je lepak di IJN ni. Memang mimpilah semua tu.


Sayu lihat UMI menyapu air zam-zam di muka PAPA. Setahu saya, walau teruk mana seseorang itu sakit tak kiralah ada pertalian atau tidak, UMI tetap layan dengan sepenuh jiwa dia. Memang nampak sangat air muka yang tak pernah meminta balasan. Sayu.~ Kadang-kadang UMI keseorangan. Dia mengukir senyuman bila ada datang melawat atau tegur menegur dengan keluarga pesakit yang senasib. Bila dia seorang, saya sendiri tak mampu bergurau dengannya. Saya akui, silap saya kerana biarkan dia sepi seorang diri menjaga PAPA. Namun, banyak kesulitan yang tak dapat saya elak. Saya lihat sendiri, UMI berdiri di hujung tangga, merenung jauh di luar pintu masuk utama IJN. Mahu bercakap dengannya, mahu bergurau dengannya, mahu menghilangkan bimbang di hatinya. Tapi, saya sendiri lemah. Dikala saya sedang berhilai tawa dengan rakan2 dan teman tersayang, sebesar mana pun nampaknya gigi yang dilihat terbuka dengan senyuman, sebesar mana lautan bergelora, seperti itulah hati ini tidak tenang. 


Bagi saya, mungkin rumah ketiga, Bagi UMI dan PAPA, ianya rumah kedua. 
Tapi, saya mengharapkan tiada lagi rumah kedua atau ketiga selain rumah kami. Papa baru lepasi pembedahan membuang kaki kiri. Nak ikutkan, doktor sendiri pelik kerana PAPA tak pernah ada kencing manis. Tapi terpaksa dipotong kerana sudah terlalu buruk. Jari-jari kaki di kaki rosak itu masih berfungsi, masih ada 'nyawa'nya. Tapi sayang, hidupnya tak panjang. 


p/s: Walaupun seburuk mana seseorang manusia di mata kasar kita, janganlah kita sesekali memandang prasangka buruk walaupun sampai ke liang lahad. Sedangkan kita sendiri sudah buruk dengan adanya prasangka buruk. Banyaknya dosa dan pahala hanya Allah sahaja yang tahu.

No comments:

Post a Comment