cuteback

Tuesday, May 17, 2011

Holiday....Holiday...~


Dah hampir seminggu lebih melangkah ke fasa cuti 4 bulan yang agak membosankan ni. Last day final paper hari tu terus hentak2 lantai. Lepas tensi yang berat dalam kepala yang penuh dengan tulisan2 jawapan.... rrgghhh...  dah hentak ape lagi, pecah la semuanya! hhehehe... Lalu, ringan sudah la sume.HAHAHAHHA! suke hati. 

Tanggal 10 Mei yang lalu, ATOK WAN saya kembali ke Rahmatullah, menyusuri PAPA dan MEK pula. Sedihnya Ya Allah tidak tergambar di dalam hati. ATOK WAN pergi tanpa sedar, tanpa tanda. 2hari sebelum arwah pergi, sempat lagi memotong dahan di atas pangkin depan rumah saya. Dengan berbekalkan tulang empat kerat, yang sememangnya hanya tinggal tulang dan organ sahaja, arwah cukup kuat dan kental menempuhi jalan2 hidupnya. Memang semua tak sangka dengan pemergian arwah kerana sememangnya arwah sangat kuat. Boleh berjalan walaupun sudah lama menghidap pennyakit paru2 berair. Melainkan UMI yang sememangnya penuh dengan naluri kuat seorang anak sulung dan ibu tunggal, dapat merasa ATOK WAN mungkin sudah tak lama, memandangkan ATOK WAN sudah batuk2 berdarah menandakan paru2 sudah pecah dan tidak kuat lagi. UMI langusng tidak boleh tidur pada malam ATOK WAN hembuskan nafas terakhir tepat pukul 12 tengah malam. Selepas dimandi dan dikafankan, saya sebagai cucu sulung hanya sempat mencium arwah walaupun tidak sempat cium arwah MEK dulu. Tuhan selalu menduga benda yang kita mahu tapi kita tak mampu boleh ada. Apakah hikmah itu pun satu manusia tidak akan tahu kecuali hanya Dia. 

Tidak cukup 100 hari PAPA pergi, ATOK WAN susur. Betapa kuatnya seolah kuatnya iman Sumayyah, UMI tempuh dugaannya. Kalau adik2 UMI menangis kerana kehilangan MEK dan ATOK WAN, tapi UMI kehilangan MEK, ATOK WAN dan PAPA dan saya adik beradik kehilangan sama seperti UMI. Walaupun kami kehilangan ketiga-tiga yang kami sumpah kami sayang, belum cukup mampu menanding UMI. Segala masalah UMI tanggung sendiri. Sebagai anak sulung daripada 9 adik beradik, sebagai ibu tunggal kepada 6 0rang anak, banyak lagi UMI perlu tanggung. Segala hal keluarga seolah2 UMI yang menjadi tunjang. Kala dulunya, PAPA ada, UMI agak senang sedikit. Kini, PAPA, ATOK WAN  dan MEK dah tak ada. UMI sudah betul2 tiada tempat brgantung. Siapa lagi kalau bukan anak2 yang dia kasihi. Walaupun berat menanggung anak2 yang cukup degil dan panas, tapi UMI sememangnya cukup tabah. Seolah mahu menggantikan tempat UMI tapi rasa seperti menanggung api yang berat. Takut ambil risiko. Memang tidak berani. Hanya yang benar2 kuat sahaja mampu mengganti tempat UMI, tapi tiada siapa. Benar. Kalau ibu tunggal lain, mungkin masih ada ibu dan ayah. Atau, si isteri yang hanya kehilangan ibu dan ayah kerana sakit tua. Tapi UMI, hanya sempat meluang masa hayat kasih dan cinta dengan arwah PAPA setengah abad. Mana lagi setengah abad dia mahu menagih kasih melainkan anak2nya sahaja. 

Benarlah pepatah Cina yang pernah saya dengar,

"lagi lama ayah sakit, lagi rosak perangai anak2"

Saya ambil dan renung,
PAPA sakit pun, belum tentu anak2 boleh tolong sembuhkan, tolong rawat. Biarlah PAPA pergi. Hikmah yang saya dapat renungi di sini, kami adik beradik sememangnya hanya sempat boleh menjaga UMI dengan sepenuh perhatian. InsyaAllah. Bukan tidak mahu menjaga PAPA, tapi Tuhan telah menentukan segalanya. Bagi saya, PAPA adalah hero dunia akhirat. Tenat terlantar di atas katil hospital pun, masih bertanya khabar persekolahan anak2, cukup ke tak duit belanja, fatah mana dan lain lain lagi lah. 

Sekarang tugas kami adik beradik berdia untuk kami berjaya dan bantu UMI. Sorang tu, bakal doktor, sorang tu bakal pencinta seni, orang tu bakal wartwan, lagi 3 di bawah menunggu kejayaan yang baik. Semuanya hanya berkat dari UMI dan keredhaan dari Allah. Walaupun kami adik beradik memang degil, tapi satu sahaja dalam lubuk hati kami tak kan degil, "Mencapai cita2 untuk bahagiakan UMI setelah berjaya nanti". InshaAllah.

Melihat UMI yang keseorangan di rumah, kadangkala teman UMI 'join' aktiviti badan NGO UMI. Sambil2 UMI lepaskan bosan dirumah. Cuti yang panjang ni banyak sangat pelan, nak ajak UMI pergi bercuti, nak ajak UMI pergi round2 KL, nak ajak UMI buat itu ini, tapi kekangan saya adalah saya ni rajin bekerja. Tak kisahlah kerja apa pun, mesti nak kerja. Asal berbaloi dengan tenaga saya. Tak apa, kumpul duit perlahan2 dan bolehlah enjoy!!.

Walaupun bosan2 duduk di rumah, sempat pula saya dibrainwash mengenai Cosway. Haih. Pernah dengar kan? Di brainwash pulak oleh orang Cina. Tapi sebenarnya, Cina tu mahu duit. tapi kalau lihat dari sudut positif, Cina tu nak kita jadi businesswman berjaya. Buka premis Cosway, cari downline. Bunyi macam familiar. MLM?? Sistem piramid?? Tapi, kalau tak cari downline pun, kedi kita masih ada, boleh berniaga macam biasa. Kita tahu semangat Cina bekerja, selagi tak ada kereta, rumah, bisnes sendiri, selagi tu tak akan kahwin. Betulla tu. Tapi Cina ni suruh kita orang muda jangan lengah2 dan buang masa dengan kerja makan gaji buta semata2. tapi mesti ada bisnes sendiri yang mampu diwarisi turun temurun. Kalau kerja kerajaan memang bagus, tapi tidak boleh diwarsi. Tapi kalau kita kerajaan, dan ada 'advantage' ada bisnes sendiri tak kira lah bisnes kedai makan ke, kedai jual baju ke, kedai jual spare part ke, itu bisnes kita sendiri yang akan diwarisi turun temurun. Jadi anak2 masa depan tidak akan miskin kelaparan. 

Teringat kata2 suami warden Ustazah Rohana asrama sekolah Raja Ali 2005'05 dulu,

"Berfikir cara Cina, Bertindak cara Melayu, tapi Hati cara Islam Ad-din"


Itulah sebenarnya insan cemerlang dunia akhirat. Mampukah kita? Renungilah....~




p/s: tiada kata.

No comments:

Post a Comment