cuteback

Friday, December 31, 2010

Tolong kuatkan aku!



Masing2 dengan isu bola. Masing2 sudah 'happy' dengan kemenangan negara. Tapi bila sedih, ada tak yang 'happy' lagi? Mesti balik maki hamun."Apalah pemain Malaysia ni, hampeh lah, itu la inila." Masing2 berdoa " tolonglah menang, tolonglah menang, tolonglah". Bagus tu. Tapi tak semua semangat berdoa untuk Dia. Dia yang merancang menang atau kalah. 


Saya di sini sama sahaja. Neutral. 'Happy' pun ada, sedih lagi ada. :)

Tolong kuatkan aku.
Tuhan tolong beri hidayah & nur kepada kami.
Tuhan tolong beri peluang untuk kami bertaubat.
Tolong jangan biarkan jasad itu pergi dulu.

Oh Tuhan,
Jangan biarkan kami seperti tubuh kaku tak bergerak.
Jangan biarkan kami bingung di tengah2 lautan manusia.
Jangan biarkan kami terus alpa.

Oh Tuhan,
Hati dan fikiran sentiasa aktif berdoa kepadamu.
Mungkin solatku tak sempurna, wudukku tak sesuci-sucinya.
Mungkin hati masih hitam dengan tompok2 dosa.

Tapi aku tahu,
Aku insan hina & dina,
Aku insan sejahil manusia,
Aku tahu,
Semua tahu

Kau Maha Pengasih,
Kau Maha Penyayang,
Kau Maha Pengampun.
Kau sahaja mampu mengubah segala sistem alam.

Aku mohon, kuatkan lah semangat aku, kuatkan. Aku tidak mampu berdiri lagi dengan kata2, dengan cara, dengan niat. Ubahlah pendirianku lebih beriman. Ubahlah sikapku lebih matang. Kuatkanlah aku.

p/s: saya mahu kuat.

Sunday, December 12, 2010

ATV Motor 4x4

Ooomygoodaamnit!!! I just saw one of my friend list's album. Inside? whoa! It's ATV. Cool!
Dari dulu lagi pernah nampak dalam 'role veetee' di saluran REMAJA TV3 suatu ketika dahulu. Pada masa tu, sesiapa yang telah menjadi ahli MyTV3, secara tidak langsung dapat merasai 'one of Adventure Park Kuala Lumpur' extreme activities and one of my dreamoouuhhmannncool!!!, it's ATV ride! They have packages & rates for you to choose depend on your budget. heheheheh.. Tapi kat Kl macam agak 'costing' jugakla. but if don't mind, just go and ride as to the fullest!




for more info on this extreme stuff, start surf on ATV ADVENTURE PARK Malaysia
WOOOHOOO!!

Not to late if i mention the ATV-ezzyride.
It was near here. If i'm not mistaken, it was located in Kota Kemuning, Shah Alam. Is it still in Shah Alam? korek mi if am rong, plis? This place i would say that it's affordable and even your 5 years old brother still can ride, dude! Tak! Saya yang terlebih 'excited' sebenarnya. Mana taknya, sudah lama tak buat aktiviti lasak sejak diploma ni. Pernah sekali, tapi tak habis, Horseride! I miss my Rainbow in SP, Kedah. My coach had told me, "Rainbow really loves me, you can see through the way everywhere you stand, he stares at you at the moment. When you start to ride on him, you can easily became a fast learner".  Hahhh! ok, lupakan sekejap pasal Rainbow. Ok, ATV-ezzyride ada menyediakan pakej murah dan berpatutan. Tambahan lagi, 'new learners' yang baru nak belajar, servis ciri keselamatan juga dititkberatkan. Selain kembara dengan moto empat roda ekstrim ini, pada masa yang sama juga, anda dapat menikmati keindahan flora & fauna dan terlepas dari suasana bingit bandar penuh sesak. Nampaknya, setiap tahun lah agaknya saya akan kerja lepak di situ. Hahahaha!!

Kebetulan dekat betul dengan rumah my aunt, so it will be easier for me, after taking hours for the ride, i can go back to my aunt house and take a nap there for awhile. Hhahahahha! kejam.
Tapi sukan seperti ini taklah selalu dijadikan aktiviti wajib, sukan ini memakan kos juga. Sesiapa yang mampu, pergilah. Kalau belum mampu, kumpul duit banyak-banyak ya! :D

p/s : dah makin menjadi2 nature lover saya ni.

Wednesday, December 8, 2010

Kisah Hidup Punca Kosong


Selalu sahaja aku berjalan...
Selalu sahaja aku melihat sambil berjalan..
Selalu sahaja aku terfikir ketika aku melihat sambil aku berjalan-jalan..
Selalu sahaja aku terdengar kiri kanan telinga ku sambil menghidu bau hidup..
Dan terus tiba-tiba aku kosong...
Fikiran aku jadi kosong.. 
Untuk apa lagi aku berjalan...
Untuk apa lagi aku melihat lagi..
Untuk apa aku mendengar dan menghidu apa-apa yang telah membuat fikiran aku kosong?

Sepanjang perjalanan,
Aku melihat hidup di hadapan, sempat menoleh ke kiri dan ke kanan..
Namun sesekali aku juga melihat di belakang, 
Melihat di belakang takut2, hidup yang serba menakutkan itu masih ada di belakang aku.
Hidup yang cukup telat, pekat dan hitam untuk dilihat kembali.
Untuk apa lagi aku menoleh ke belakang..
Seharusnya aku harus terus pandang ke hadapan..

Sepanjang perjalanan aku...
Jasad-jasad seolah-olah datang berlari menerpa aku...
Datang untuk memberi aku sesuatu
Seolah-olah ingin memberi sesuatu untuk membantu aku..
Jasad-jasad itu juga sempat menunjuk arah ke hadapan.. 
seperti di alam maya...
gerakan yang terlalu perlahan...
Tiada bunyi...
Jasad-jasad itu menyuruh aku maju terus ke hadapan..
Sambil berkata tiada bunyi...

Ohh, hidup, 
aku datang dari punca kosong..
Aku telah lari dari hidup yang serba hitam..
Punca aku kosong..
Punca untuk aku terus membentuk warna, huruf dan angka sekali lagi...
Aku tidak harus lagi sendiri..
sendirian berjalan sambil melihat dan mendengar juga menghidu bau hidup
Aku ada jasad-jasad itu..
Jasad-jasad yang suci, pergerakannya halus dan rapuh namun masih kuat untuk membantu.
Aku harus sedar, hidup dengan punca kosong tidak pernah ada.
Yang ada hanyalah punca dibelakang.
Punca yang telah menjadi hidup aku kosong..

Majulah ke hadapan..
Jangan cari lagi punca itu..
Punca yang kosong.
Tapi cari cara.
cara dan jaya.
Jasad-jasad itu telah membantu aku sedikit sebanyak..
Mereka tidak mampu memberi banyak, 
Kerana mereka juga seperti aku..

p/s: Ini bukan karya,tapi luahan rasa. bukan untuk mencari seni berpuitis. Minta maaf jika terdapat bahasa yang tak kena. Sila beri tunjuk ajar. Sila betulkan saya, ya? :D