Selalu sahaja aku berjalan...
Selalu sahaja aku melihat sambil berjalan..
Selalu sahaja aku terfikir ketika aku melihat sambil aku berjalan-jalan..
Selalu sahaja aku terdengar kiri kanan telinga ku sambil menghidu bau hidup..
Dan terus tiba-tiba aku kosong...
Fikiran aku jadi kosong..
Untuk apa lagi aku berjalan...
Untuk apa lagi aku melihat lagi..
Untuk apa aku mendengar dan menghidu apa-apa yang telah membuat fikiran aku kosong?
Sepanjang perjalanan,
Aku melihat hidup di hadapan, sempat menoleh ke kiri dan ke kanan..
Namun sesekali aku juga melihat di belakang,
Melihat di belakang takut2, hidup yang serba menakutkan itu masih ada di belakang aku.
Hidup yang cukup telat, pekat dan hitam untuk dilihat kembali.
Untuk apa lagi aku menoleh ke belakang..
Seharusnya aku harus terus pandang ke hadapan..
Sepanjang perjalanan aku...
Jasad-jasad seolah-olah datang berlari menerpa aku...
Datang untuk memberi aku sesuatu
Seolah-olah ingin memberi sesuatu untuk membantu aku..
Jasad-jasad itu juga sempat menunjuk arah ke hadapan..
seperti di alam maya...
gerakan yang terlalu perlahan...
Tiada bunyi...
Jasad-jasad itu menyuruh aku maju terus ke hadapan..
Sambil berkata tiada bunyi...
Ohh, hidup,
aku datang dari punca kosong..
Aku telah lari dari hidup yang serba hitam..
Punca aku kosong..
Punca untuk aku terus membentuk warna, huruf dan angka sekali lagi...
Aku tidak harus lagi sendiri..
sendirian berjalan sambil melihat dan mendengar juga menghidu bau hidup
Aku ada jasad-jasad itu..
Jasad-jasad yang suci, pergerakannya halus dan rapuh namun masih kuat untuk membantu.
Aku harus sedar, hidup dengan punca kosong tidak pernah ada.
Yang ada hanyalah punca dibelakang.
Punca yang telah menjadi hidup aku kosong..
Majulah ke hadapan..
Jangan cari lagi punca itu..
Punca yang kosong.
Tapi cari cara.
cara dan jaya.
Jasad-jasad itu telah membantu aku sedikit sebanyak..
Mereka tidak mampu memberi banyak,
Kerana mereka juga seperti aku..
p/s: Ini bukan karya,tapi luahan rasa. bukan untuk mencari seni berpuitis. Minta maaf jika terdapat bahasa yang tak kena. Sila beri tunjuk ajar. Sila betulkan saya, ya? :D
No comments:
Post a Comment