Masing2 dengan isu bola. Masing2 sudah 'happy' dengan kemenangan negara. Tapi bila sedih, ada tak yang 'happy' lagi? Mesti balik maki hamun."Apalah pemain Malaysia ni, hampeh lah, itu la inila." Masing2 berdoa " tolonglah menang, tolonglah menang, tolonglah". Bagus tu. Tapi tak semua semangat berdoa untuk Dia. Dia yang merancang menang atau kalah.
Saya di sini sama sahaja. Neutral. 'Happy' pun ada, sedih lagi ada. :)
Tolong kuatkan aku.
Tuhan tolong beri hidayah & nur kepada kami.
Tuhan tolong beri peluang untuk kami bertaubat.
Tolong jangan biarkan jasad itu pergi dulu.
Oh Tuhan,
Jangan biarkan kami seperti tubuh kaku tak bergerak.
Jangan biarkan kami bingung di tengah2 lautan manusia.
Jangan biarkan kami terus alpa.
Oh Tuhan,
Hati dan fikiran sentiasa aktif berdoa kepadamu.
Mungkin solatku tak sempurna, wudukku tak sesuci-sucinya.
Mungkin hati masih hitam dengan tompok2 dosa.
Tapi aku tahu,
Aku insan hina & dina,
Aku insan sejahil manusia,
Aku insan sejahil manusia,
Aku tahu,
Semua tahu
Semua tahu
Kau Maha Pengasih,
Kau Maha Penyayang,
Kau Maha Pengampun.
Kau sahaja mampu mengubah segala sistem alam.
Aku mohon, kuatkan lah semangat aku, kuatkan. Aku tidak mampu berdiri lagi dengan kata2, dengan cara, dengan niat. Ubahlah pendirianku lebih beriman. Ubahlah sikapku lebih matang. Kuatkanlah aku.
p/s: saya mahu kuat.
sabar ye
ReplyDeletehuhmh.... tenkiu for concern za...
ReplyDelete