Setelah aku semakin sedar dari ilusi, rupanya aku telah bermimpi di alam nyata. Alam yang sangat perit, pedih dan kejam nya yang amat.
Selama ini aku hanya merintih, merintih kepada perkara yang belum aku sedar dan belum juga aku kenali sebenar apa itu yang aku cari. Aku menyumpah seranah kepada dia.Sumpah kerana mengapa aku di bawah lindungan dia, kenapa aku di bawah telunjuk dia, kenapa aku lahir dari situ. Aku kecewa dengan dia. Aku kecewa amat. Sangat. Aku pedih dengar isterinya mengata-ngata. Mengata kerana rintihan. Aku kecewa amat. Sangat. Terlalu. Kenapa? Kenapa dia? Kenapa dia? dan kenapa dia. ya Tuhan?
Aku lemah. Apatah lagi isterinya. Apatah lagi isterinya yang ku dengar cerita dari mulutnya tidak pernah bahagia dari kecil. Aku menangis. Aku terus menangis. Aku terus menerus menangis sampai air mata bukan tak mampu lagi keluar, tapi air mata itu sendiri sudah tidak larat, jemu untuk melihat dunia gila ini. Air mata itu sendiri sudah jemu untuk di keringkan dengan usap sapu tangan itu. Air mata itu sudah cukup benci untuk keluar lagi. Aku sudah tidak sanggup dengar lagi rintihan si isteri bahkan juga seorang ibu itu. Isteri itu cukup lelah, ya Allah. Isteri itu cukup terseksa jiwa batinnya ya Allah. Hidup si isteri itu tidak pernah bahagia ya Allah. Sampai ke zuriat kandung sendiri pun Kau uji si isteri ini ya Allah. Mengapa kau uji sebegitu kali ya Allah? Mengapa dia tidak pernah diberi nikmat untuk bahagia ya Allah? Kau turunkan rezeki dugaan apa ya Allah? Aku hanya mampu berharap ya Allah, sesusah hidup dia dari kecil hingga saat hembus nya nafas terakhir, kau berilah Syurga Firdausi yang paling layak dengan orang2 beriman di atas sana ya Allah. Mungkin doaku hanya sejemput untuk meminta permintaan yang paling besarnya sebesar2 ciptaan alam Mu, tapi nikmat yang Kau bakal beri pada si isteri harap setimpal dengan dugaan telah Kau beri.
Aku bertanya kenapa?
Sampai sekarang baru aku sedar kenapa aku bertanya Kenapa? Dia tak sempurna. Hidup dia tak sempurna sebagai manusia beriman. Walau aku sendiri jahil. Aku tahu, kerana aku memahami cara hidup isteri dan si dia itu. Dia memang tidak sempurna. Bukan menghina. Si isteri tidak pernah meminta Ya Allah, wang harta tidak pernah ya Allah. Tapi Kau beri si isteri itu penyakit kepada dia ya Allah. Penyakit dia yang hanya si isteri itu sahaja yang paling lelah memikulnya ya Allah. Sedangkan sepanjang hayat si dia ya Allah, si isteri sakit si dia tidak pernah menatang sekali. Tidak pernah dibelai seperti orang sakit sekali. Apakah makna keadilan yang Kau cipta ya Allah. Ya, mungkin adil itu ada selepas alam barzakh itu nanti.
Dia itu tidak sempurna. Walau macam mana cara sekalipun aku memaksa untuk nasihat, untuk merubah walau sekelumit cara, dia ego. Aku faham benar dengan sifatnya. Walaupun aku merasa sakitnya hati kenapa aku perlu berada di sini. Disaat dia sihat, aku senang hati. Aku juga senang hati melihat si isteri itu senang hati. Aku senang hati sangat. Namun, sakitnya kini bertambah-tambah. Bertambah buruk dan hanya Tuhan sahaja tahu ajal maut itu di mana. Aku takut. Aku takut si isteri itu tidak mampu lagi menanggung derita seorang diri. Aku faham benar hilangnya seorang suami. Inikan seorang kekasih. Aku tak mahu lihat dia seorang diri tanpa si suami. Si suami itulah yang pernah beri nafkah zahir batin baginya. Hilangnya suami itu, hilanglah separuh nyawa bagi si isteri. Biar dia tak sempurna, tapi doa anak-anak yang satu itu inshaAllah menjadi penghubung dia ke jalan syurga. Amin. Aku melihat si dia terbaring di katil wad. Hati mana yang tak luluh bila melihat lihat keadaan si dia yang umpama nyawa-nyawa ikan. Menyedut dan melepas seperti tak cukup oksigen. Sekejap hati rasa marah. Sekejap hati rasa sayu. Marah kerana perkara dulu. Marah kerana egonya sendiri. Marah kerana syaitan. Namun sayu kerana dia sakit. Sayu kerana hanya berharap kuasa dan keajaiban Tuhan. Jika Tuhan kata pergi, maka pergilah dia.
p/s: Sempurna manusia itu adalah bangsat bagi aku. Kerana Allah yang Maha Sempurna.