cuteback

Sunday, January 23, 2011

13 paku dan sejibik plastisin jadi 1? Jom main game!!!

Jom main game!!!  

Entri kali ini, berbentuk mengasah minda. Tapi saya tak pasti sama ada anda pernah main permainan minda ini atau belum. Yang pasti, budak2 Modul 7, sesi Dis-Apr 2011 UiTM kali ini, memang sudah tahu dan boleh cuba lagi. Hheheheheh...

Pernah dengar atau main permainan 'PAKU'? Heheheheh.. kepada sesiapa yang belum pernah,  permainan ini mengasah setiap minda seseorang dalam kumpulan. Ianya menguji kreativiti dalaman dan kerjasama yang erat disamping bersikap toleransi antara satu sama lain. 

Carilah 13 paku yang sama dulu dan satu plastisin. Permainan PAKU ini, mempunyai 13 batang paku & satu papan plastisin. Satu kumpulan diberi setiap dua barang berupa 13 paku dan plastisin. Cara permainan ini adalah

" Jadikan satu paku di bawah 12 paku berdasarkan/ bertapakkan satu plastisin dibawah."
*amaran!
1. Jangan asingkan  plastisin menjadi ketulan2 kecil atau memotong sebahagian atau sebagainya. Jika diberi satu papan, maka satu papan itulah sahaja digunakan, tidak dipotong mana2 bahagian.
2. Paku2 tidak boleh dihubungkan dengan plastisin.

*Hint!
- Paku-paku itu saling bergantungan.

Kalau nak tahu jawapannya, tunggu entri seterusnya!

p/s : SELAMAT MENCUBA! :D

No comments:

Post a Comment