cuteback

Friday, September 23, 2011

We Know What We did last Raya!



Macam lapuk sangat tajuk besar kat atas tu kan? Nak baca pun boleh jadi akan bosan. Naahh....! Did i tell you i care? Well, just read it and go left the blog. or else 'click' je kat 'X' hujung atas kanan window tu. Senang kan? heeeee....

So?! Apa macam cerita raya korang tahun 2011 ni? Ada cerita kawan2 banyak dah buat kenduri-kendara, jemput sana jemput sini makan nasi minyak dorang? Hhehehehh! Ada tak cerita raya tahun ni kurang best sebab susah nak kumpul duit raya? Ke, ada cerita yang sedih? Tak dapat beraya dengan kasih keluarga yang telah pergi? Mesti dah macam rumah korang ziarah kan? Raya pertama, kedua ketiga duk rumah lagi. Raya sebulan tak sah kalau tak g 'open house' kat rumah kengkawan2 lama. Reunion la, IFTAR la... Tiap2 minggu ada je plan kan? Sampai lupa sangat nak naik semester atau naik U. Lupa kan? Lupa kn? Malas kan? Taw dahh..:DD Hehhehe...

Bagi saya,

Raya tahun ni suram sangat. Tak balik kampong, rumah jauh dari kawan2 so dorang pun susah nak datang melawat. Tapi tak kisah, selagi air dicincang mengalir, takkan putus-putus2lah. Hhehehhehe, rosak bahasa. Untunglaa adik beradik ramai. Bersuka ria dengan keluarga sendiri. Lebih nikmat.Lebih pecah kepala jawabnya. Tapi seronok! Kalau anak tunggal? Beraya dengan orang luarlah. 

Pergi melawat kubur PAPA. Semua ada. rindu papa~~......
Hati masing2 sebenarnya tak kuat mana pun, bak laki, atau perempuan. Orang yang pergi masih sedih. Masih diselubungi kelam. Tapi ego. Ego apa tak tahulah. Moga Allah sentiasa memberi barakah kpd setiap apa yang kita lakukan dengan ikhlas kerana Dia. Amin~


Ternampak satu coretan tertulis dalam application notes Android yang UMI baru beli sehari sebelum raya hari tu. Semangat betul umi. Saya pun nak join sekali la 'usha2' dekat store Machine di Jusco Kelang. Tup! UMI saya beli Ipad paling terbaru tahun ni. Ingatkan mahal la sangat, rupanya lebih kurang harga Iphone jugak. Tapi beli paling murah la sebab tak mampu. Hakhak! Berbalik pada coretan tadi, entah hamba Allah mana satu dalam adik beradik saya meluah perasaan dalam Notes tu. Bunyi lebih kurang cenggini, 


"Tak sabar rasanya nak bersalam dengan umi dan adik beradik yang lain hari ni.(Hari raya I). Tak sabar sangat nak pergi lawat kubur PAPA. Lepas salam2 ni singgah rumah Mok (nenek belah arwah PAPA) kat Shah Alam. "
Terasa sayu bila membaca, tapi memang sampai sekarang tak tahu siapa yang tulis. Jadi saya anggap satu kesimpulan disitu, walaupun adik2 saya terutamanya yang laki2 semua2 tu, tersangatlah ego dan degil dan sangat pemalas. Nak kena ingat setiap saat kena buat apa dalam rumah tu.Memang jenis tak boleh buat kerja tanpa orang suruh sikit. Tapi, mereka2 ni masih mempunyai hati dan perasaan. Biarlah mereka belajar sendiri susah hati, yang 'guide' mereka tak lain tak bukan sayalah. Sebab saya yang sulung. Saya sendiri pun belum cukup matang nak nasihat2. Mereka punya jalan sendiri. Allah dah sediakan jalan untuk mereka. Sama ada mereka mahu ke kiri, ke kanan atau ke mana, tapi yang pasti, jalan itu takkan boleh berpatah balik melainkan mereka sendiri mengubah jalan mereka sendiri lebih baik atau sebaliknya.



Itu sahaja 'rushes' yang dapat di 'collect', Eh! dah macam 'term' jurnalisma pulak aihh.. Heheh! Macam2 tempat lagi kan dah melawat? Mana yang mampu kita pergi, mana yang tak mampu dan ada aral, minta ampun maaf dari jauh ku pohon...:D

Dah naik semester pun masih beraya. Maklumlah, raya di Kuala Lumpur ni tak cukup kalau 3 hari je. Sana sini open house. Bila dah naik semester, dah masuk kelas, tup! tup! dah ada assignment. adehh~

Apa pun, Bersyukurlah dengan apa yang ada. Syawal itu untuk menyambut kemerdekaan kita dari menahan nafsu, lapar dan dahaga. Bukan merdeka trus buat nafsu! Bukan...Maksud saya, renunglah2 kenapa kita diwajibkan berpuasa? kerana untuk memberi keinsafan pada kita, supaya banyak bersyukur. Bersyukur kerana kita hidup mewah berbanding negara Bosnia, Palestin, Somalia. Kan? Mewahlah kita. Makan roti pun, Roti Gardenia, Minum pun Milo anda jadi sihat & kuat! Kan? Memamng kita hidup serba lengkap tapi bersederhana. Jangan lupa bersedekah. Ya? Senyum pun sadaqah kan? :D


p/s: Salam Rayya 2011.

No comments:

Post a Comment