cuteback

Sunday, November 13, 2011

sem 04'2011.


Dah masuk mid-sem. 

Terasa macam gempa bumi. Tunggang-langgang dengan assignment sem ni. ke hulu ke hilir xtahu mana arah tuju nak cari rujuk. Dah macam2 jadi sem ni. Tak cukup cerita hanya dari tulisan dan gambar. 



Dapat je press tag terus macam bersemangat nak buat liputan. Ahaks! bukan saya sorang je, rakan sekelas pun sama. Masing2 dapat press tag ni, untuk buat assignment sem ni. Memang gagah la nak mencari maklumat.



Event pertama yang saya dapat buat liputan adalah aktiviti luar kampus. Adalah dengan kawan2 kelas yang terpilih untuk assignment ni. Baru sehari dah dilayan dengan baik dan mesra sangat. Tegoklah sampai posing peace, good sumelah. 


Yang ini event untuk Jepun Festival anjuran pelajar UiTM dil luar kampus. Saya dan Rosnana ni sempat la amik peluang cuba2 baju jepun ni. heee.. ^,^v


Ini Nurulhuda Abd Aziz, baru 3 tahun di bahagian penyiaran berita di TV3, tapi sudah boleh menewaskan wartawan senior yang lain di ASK 2011 yang telah berlangsung di Dewan PWTC pada 11 Nov baru2 ni. Saya apa lagi, bangga sangatlah! sebab dapat bersama dengan beliau membuat liputan di Kementah sebelum ini. Macam2 juga yang saya tahu tentang diri beliau. Beliau juga merupakan blogger part-time. :D. Dapat jugaklah berkat orang dah menang ni. heheh.


Di TV3, bersama wartawan Karam Singh Walia yang baru dinaikkan pangkat kepada Datuk. Semoga terus sukses.



Ramai2 ke Berita Harian pada 8 Nov baru-baru ni. Masing2 dapat assignment masing2 bersama wartawan yang dipilih. Berpeluang ikut wartawan Azizah Mokhtar yang sangat arif dalam 'crime desk'. Bukan senang nak dapat 'desk' sebegini tambah2 bila saya ni bukan nye kuat sgt. Ada hikmahla tu.


11 Nov malam baru2 ini, sempat ikut Pasukan Bomba dan Penyelamat melakukan rescuing di belakang PJ Hilton di bangunan lama yang akan diruntuhkan. Adela sikit2 rasa wartawan betul sebab kami datang sebagai official press selain RTM dan lain2.. :D




p/s:  Ini adalah sebahagian aktiviti yang telah berlaku sepanjang sebelum masuk mid-sem. Lps ni banyak lagi nak kene buat.. -.-'

No comments:

Post a Comment