cuteback

Monday, December 24, 2012

BFF Engangement



Dia sudah jadi tunangan orang, 
Perlu pikul makin banyak tanggungjawab
Perlu melalui pelajaran sebagai bakal isteri
Perlu mahir serba serbi dalam hal rumahtangga

Aku KAGUM
kagum dengan ketulusan hati dia
kagum dengan ketabahan hati dia
kagum dengan kekuatan dalaman dia
Aku KAGUM

Dia tempat aku curah segala isi hati
Dia juga tempat aku pinjam bahu
Dia tempat aku kongsi susah dan senang

Dia yang terbaik
Kerana dia selalu memaculkan kata2 indah
Kata2 indah dari Alquran dan sunah
Kata2 kekuatan dan perangsang
Kerana itu Dia kuat, tabah dan bahagia
Walaupun pada luarnya cantik Dia senyum, kan? :)
Hanya Dia sahaja tahu beratnya beban yang dipikul

Aku,
Perlu cuba kuat lagi,
Kerana tak semua benda boleh bergantung pada Dia lagi, 
Kerana Dia juga punya tanggungjawab
Aku fahami tanggungjawab Dia
sebagai anak solehah, kakak yang baik hati, 
pelajar terbaik. pekerja yang berdedikasi,
Sahabat yang sejati dan bakal isteri yang mithali, inshaAllah
Banyak kan Dia perlu buat? itu dan ini.
itu belum jadi ibu lagi.


Aku berharap, semoga Allah sentiasa memberi keberkatan dan keredhaan kepada setiap pekerjaan Dia lakukan. Allah Maha Mengetahui segalanya.  Walaupun aku gembira melihat Dia bahagia, waktu yang sama, aku juga sedih, sedih kerana aku ditinggalkan lagi. :(

Tak, aku ada Allah. :) Aku percaya Allah ada senitasa lindungi hamba seperti aku. Terimakasih Ya Allah. 

p/s- Selamat Tunangan Orang, Sahabat. Aku sayang kau. 

2 comments: