cuteback

Wednesday, December 26, 2012

BUKAN TAK RELA



Bukan ku tak sudi
Bukan aku tak rela,
Bukan jua aku berkeras hati
semua ini kerana keterpaksaan

Aku tak mahu hilang harta DUNIA AKHIRAT yang paling bernilai yang aku ada
PAPA dan UMI
Papa dah pergi, tapi pergi sebab Allah dah ambil
Umi, aku tak boleh bagi manusia ambil
TAKBOLEH#~

Ya,
aku faham situasi umi.
aku faham perasaan umi,
aku faham derita umi,
aku faham kehendak diri umi
aku faham walaupun aku bukan berada dalam diri dia
aku faham, dia MANUSIA
punya naluri dan nafsu, perasaan dan mahu

orang tidak berada di tempat aku,
orang tidak nampak apa yang berlaku di dalam keluarga aku
begitu juga orang lain,
aku pun boleh menilai masalah orang lain,
tapi aku tidak berani menyimpulkan kerana
Allah Maha Berkuasa bagi apa yang Dia mahukan
Allah Maha Tahu apa yang Dia kerjakan untuk setiap keluarga
jadi, aku dengar, diam dan cuba ambil pengalaman orang untuk pengajaran sendiri

jadi,
melepaskan umi pergi dalam tangan manusia di usia senja,
aku rasa belum cukup sedia
kerana, aku lihat kepayahan Papa,
walaupun dulu aku tak baik sangka terhadap Papa,
kini aku menyesal,
Umi, bukan aku mahu buruk sangka,
tapi aku tak mahu usaha papa menjaga Umi, terlepas ke tangan oranglain,
perit rasanya.
Mungkin orang akan berkata, Umi perlukan seorang teman, ya, tapi kenapa tidak cerita pada aku
aku anaknya, aku sudah dewasa, sudah mahu ke alam dewasa,
jika Umi terus fkir aku berfikiran anak2 kecil, sampai bila dia mahu buka cerita pada aku
tapi cerita pada adik2 kecil aku yang lain
kadang2 rasa tidak adil,
sedang adik2 aku pun belum boleh terima keadaan ini,
keluarga adik2 Umi pun berpendapat sama,
keluarga Papa pun berpendapat sama

SEE?
nampak tak kenapa?
sebab dia hanya kami sahaja yang tahu
Allah sahaja Maha Mengetahui
aku hanya bermohon agar aku dapat berbakti sebaik mungkin walaupun sampai mati,
rela aku untuk tidak dikahwini hanya untuk kasih Umi dan Papa.
amin~


No comments:

Post a Comment