cuteback

Sunday, October 10, 2010

bahaya suka menanti saat menerjam


apa sudah jadi dengan tuan rumah yang suka sewakan rumah-rumah tapi tak ada moral dan tanggungjawab tentang kebajikan penyewa apatah lagi pelajar-pelajar yang ingin menyambung nyawa demi kejayaan.

sebelum ni, rumah sewa yang saya diam ni, tak ada masalah pun. Cuma kedengaran kurang enak selepas beberapa bulan berdiam, perabot semua bukan kepunyaan tuan rumah sendiri, tapi tuan rumah sebelah. Baiknya hati tuan rumah sebelah kan?

apa yang bahaya sangat?

dah dekat seminggu kami menginap di dalam bilik tanpa kibasan elektrik. WAH! sangat panas tak ingat. Setelah dibaiki, kami selesa kembali. Apa yang tak puas hati? kami sebagai penyewa minta kipas ini ditukar segera kerana keadaannya, sudah ditukar, minta duit rumah sewa pulak. Baru tukar sehari dua, dah mintak bayar rumah sewa cepat-cepat. Katanya," brg rumah nk cepat je, duit sewa lembab". Kami bukan sengaja mencari masalah dengan kerosakan, kami pun tak ingin nak menyewa dengan tuan rumah cerewet. Kami tak pernah bayar sewa rumah lewat-lewat setakat ni. Tak sampai 'dateline' lagi, duit nak cepat je. Ni padahnya,kemudian.



                                            masalah kali ke-2, bahaya tak?

Bahaya tau?! dah dua kali hampir menempah maut tanpa diminta. Silap haribulan, saya pun tak dapat sambung belajar lagi. Bilah kipas hampir terkena 'divider' siling. Tinggi sangat. Dah terkena wayar dan hampir terjatuh, nasiblah wayar tu menahan bilah kipas tu dari bergerak-gerak. 

Tuan rumah, kami penyewa-penyewa tegar sepanjang kami belajar ingin memohon supaya bukan sekadar terima 'gaji' buta setiap bulan, tolong jaga kebajikan penyewa-penyewa juga melainkan rumah berkeluarga. Adakah isu ini perlu dibangkitkan di Dewan Rakyat mengenai kelakuan tuan sewa atau benda semacam ini hanya dipandang sekerat bukan sebelah lagi mata.?

Agak remeh juga jika difikirkan semula, tetapi ini juga salah satu aduan rakyat. Demi keselamatan dan kebajikan penyewa-penyewa lain yang wujudnya sangat besar dalam negeri. 

kesimpulannya, diri sendiri perlu bertindaklah kalau nk selesa, apadahal!

No comments:

Post a Comment