cuteback

Tuesday, October 12, 2010

silat gayung : waaa, gua tgk parang terbang2 di tangan pesilat


        Assalamualaikum w.b.t

Macam formal je bunyinya kan?
tak, tadi saya baru lepas tonton pertunjukkan seni silat gayong ke gayung entah.
Di Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam. Tempat yang selalu menjadi tumpuan pelajar2 di sini membuang masa sambil2 makan. Kalau ada aktiviti berfaedah salah satu macam pertunjukkan tadi, tak lah dipanggil buang masa.Heheh.

Bunyi macam wahh, HEBAT! 

Wahhhh!! macam tak percaya, tengok sampai habis tu.
Satu2 mereka 'perform' dalam setiap 'tool'. errrr..sebenarnya tak tahu apa nama benda tu.
tapi tahu bukak 'bunga' la, 'kunci' la...ape entah lagi.




Seni Silat Gayong dibawa ke Tanah Melayu (Malaysia) oleh seorang putera Bugis dari Kepulauan Sulawesi bernama Daeng Kuning atau digelar Panglima Hitam. Beliau bersama-sama dengan enam saudaranya bermastautin di Tanah Melayu di mana segala ilmu persilatan diturunkan kepada keturunannya. Pada masa ini pecahan ilmu tersebut boleh dilihat dengan wujudnya pelbagai perguruan gayong di Malaysia seperti Gayong Patani dan Gayong Pesaka. Tapi yang paling utama ialah Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia(PSSGM) yang diasaskan oleh Dato' Meor Rahman, cucu kepada Daeng Kuning yang digelar 'Mahaguru' oleh penuntut silat gayong. Antara mereka yang pernah mengamalkan silat gayong ialah Allahyarham Mat Kilau, Dato' Bahaman dan Dato' Maharaja Lela.






Masa ni lah! 'part' paling menakutkan dan menggerunkan dan boleh trauma kalau silap langkah.
Mula-mula, pisau, rotan, keris dan akhir sekali bagi benda2 tajam dan berbahaya adalah PARANG. 

Masa mereka melakonkan demonstrasi menggunakan parang, parang tu kelihatan berkilau, berkilat, dan berbunyi besi berlaga. Yang paling 'best'!, boleh keluar api. Tapi masa mereka berlawan lah perkara yang paling trauma, kalau ikutkan, memang tak nak langsung bagi keturunan masuk silat berasaskan benda-benda tajam ni. Mana tak nya, walaupun demo, pesilat2 yang berlawan ti, macam orang hilang akal. Macam nak membunuh penyerang pun ada. Mereka sangat tangkas dan sangat berani mengambil risiko dengan benda2 tajam tu.

Itulah sebabnya, hanya yang terlatih sahaja mampu membuat pertunjukkan bahaya seperti itu. Semoga mereka terus perjuangkan salah satu seni silat negara dan terus mewarisi turun temurun. 

'SALUTE' !!


p/s: menjerit sekejap sebab tak tahan tengok pesilat macam nak membunuh .'Don't try this at home', bak kata nasihat pelatih profesional seni sila gayung tadi.

No comments:

Post a Comment