cuteback

Saturday, October 16, 2010

Virus: tolong bersikap rasional, jgn terus berdendam.



Macam ni lah agaknya halusinasi pembuat virus komputer sampai boleh buat duit berjuta-juta million lah! Tak ada perasaan belas langsung. Cuma $$$ sahaja main dalam kepala otak. Konon boleh hidup senang dengan kerja hina macam ni. Memang benar, virus dicipta untuk kebaikan. tapi kebaikan apa?

Kebaikan untuk memadam dokumen2 & fail2 penting yang terlalu bernilai bagi mereka yang memerlukan?

Kebaikan kah itu, wahai pembuat virus? Memang benar juga, virus dicipta untuk meletakkan jangka hayat sesebuah komputer peribadi. Jika komputer akan terus kekal, sampai bila benda tu akan bertahan? dan ia akan merosakkan infrastruktur semulajadi. Makin banyak komputer atas muka bumi ni, makin kuranglah manusia yang dapat meneruskan hidup. Komputer akan dikitar semula. Ya! 

Itulah sebabnya, saya bertanya, kenapa virus perlu dicipta? Kenapa tak teknologi sendiri yang berkembang mencipta? mencipta tapi bukan memusnahkan? 



(a)



(b)

Ini adalah 'external hard disk' saya,(a). Yang asalnya dari 'hard disk' Acer lama saya yang kini 'body'nya dah tak berfungsi. Terima kasih kawan baik, Bob a.k.a. Luqmanulhakim, (b) kerana menyelamatkan sebahagian aksesori komputer saya. 


'Hard disk inilah yang tersimpan beribu juta kenangan selama saya mula-mula menerima komputer riba dari Papa saya. Bertahan hampir lebih 3 tahun. Namun, ;hard disk'nya masih mampu berfungsi. Saya begitu kecewa kerana kehilangan kenangan2 tersebut. Sesekali akan timbul rasa lucu, hiba, tawa dan tangis. Cukup sempurna untuk sebuah memori. Saya juga tahu perasaan yang pernah mengalami situasi ini. Bagi yang belum merasai, bersedialah anda dengan kelengkapan yang ada. Jikalau boleh, berhati-hatilah ketika menyambung 'usb modem' anda ke komputer org lain. Sesungguhnya walaupun menjengkelkan, tapi kita yang akan merasa, bukan mereka.



Karpesky antivirus terbaik setakat ini

Belilah yang original dan berkualiti. Kalau setakat Levi's, Gucci, dan Adidas boleh beli. Apa salahnya anda berikan kebaikan komputer anda yang seksi dan 'handsome' tu hadiah. Supaya anda lebih tertarik lagi untuk bermanja dengan dia.

Tolonglah jangan berdendam lagi. Pergilah jauh2. Biar teknologi yang semakin 'advance' ini sahaja yang menjalankan tugasnya.


p/s: Mahu beli antivirus ni, tapi belum cukup modal. Siapa nak kongsi dengan saya?


No comments:

Post a Comment