cuteback

Wednesday, August 29, 2012

 
 
 
Link blog AKUISLAM ni, dalam satu entri post, rasa macam lebih kurang sama je keadaan dan perasaan aku dengan penulisnya. Cinta Yang Tidak Mengecewakan, then,aku baca.
 
Memang benar apa yang penulis ini rasa, dia mungkin sudah penat dengan cinta manusia, dan dia lalai,dan Allah bukakan pintu hati dia untuk terus setia memburu cintaNya. Ya Allah, hebatnya kuasa Kau. Mencari cinta hakiki lebih indah dan cantik sebenarnya. Cinta Dia takkan pernah rosak, dari Cinta Dia lah, kita akan jumpa cinta manusia yang benar2 membawa ke syurga firdausi.
 
Apa2 pun, aku mengharapkan setiap hari akan datang adalah lebih baik, dan lebih takwa. InshaAllah.

Monday, August 27, 2012

BERNAMA offer practical training, Alhamdulillah

10:27 am, 27 August 2012
BERNAMA  : hello, saya bercakap dengan cik Nurul ......?
aku              : ya saya, siapa ye saya bercakap?
BERNAMA  : saya dari agensi BERNAMA, saya terima surat tawaran practical dari pihak universiti awak,
aku              : aha..ok..
BERNAMA  : kalau saya offer awak ke BERNAMA branch di Shah Alam, boleh?
aku              : (dalam hati... lagi dekat ngn rumah sewa aku tuh!). boleh!
BERNAMA  : ok, saya nak tanya, awak ade transport?
aku              : -.-''  ade.
BERNAMA  : ok, boleh. kalau macam tu baguslah.
aku              : so, macam saya nak hubungi pihak sana untuk dapatkan info lanjut?
BERNAMA  : (Yunus) ok, nanti saya akan sediakan application ke biro (branch) Shah Alam untuk keluarkan surat rasmi.
ttetttt....
...................................................................................................................................................................
AAaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ko tak excited ke wey kalau pihak Msia National News Agency call korang untuk berkhidmat dengan dorang??
Letak je telefon, aku rasa nak menjerit satu office Pusat Mel Nasional, POS Malaysia ni. Fyi, aku tengah cuti semester second last sem. So, aku keje sementara kat sini dengan kawan2.
Lepas je letak fon, aku terus call UMI aku, Alhamdulillah aku respon. Doa mak aku tu. Sebab 2,3 hari sebelum dapat call ni, kitorang ade lalu Jln Tun Razak, ade BERNAMA building depan IJN tu, maybe la mak aku doa2 terus. Alhamdulillah. Then, aku terus mesej kwn2 rapat aku.
Yela! Share the Happiness everywhere! :D
I can feel the glory of happiness. yes!
ok, sebenarnya tu pilihan ke 2 aku selepas RTM, pilihan ke 3 baru TV3. Seumpama ambil risiko dengan tiga2 agensi ni, RTM tu pun rebutan, BERNAMA tu national news kot, TV3, persaingan sengit sangat. Apa pun, Alhamdulillah. syukur sangat2. Aku redha je dapat mana2. Walaupun rasanya susah nak buat kerja nanti. Seriau pun ade.
ok, guys! inshaAllah, bermulanya misi seorang anak muda usia jagung muda, haha! lepas ni, boleh berblog entah bila lagi.Yang pasti, post mungkin banyak pasal current issue. InshaAllah. doakan aku boleh buatlah. Amin
amin ya rabbal alamin.


Thursday, August 16, 2012

Sedangkan Iman Tak Diwarisi


Memang benar agaknya kan tanda kiamat semakin terasa, semakin jelas. Perang besar sana-sini, pendakwah wanita semakin senteng hijabnya, alim ulama' lelaki pula seakan kurang sudah aktiviti dakwahnya, malah mula mengeluarkan fatwa sendiri, sampai orang2 pun meragui ilmu agamanya entah ke mana. pangkat dan status tenggelamkan iman.

Itu tanda2 kecil kiamat kan? ok, dari apa yang aku dengarlah. dan aku lihat sendiri juga apa yang tengah jadi dalam dunia sekarang.

Btw,
Intro aku sebenarnya nak mengingatkan aku sendiri, mana tidaknya, sedang alim ulama juga tidak tahan dengan nafsu dunia, pengaruh syaitan menjadi-jadi.

Kadang2, kita terlupa sekejap.
Nak imbas kembali.
Imbas kembali apa yang kita dah belajar masa kat sekolah dulu, subjek Pendidikan Islam, dan juga waktu sekolah agama, subjek2 fardhu ain dan fardhu kifayah.

Seronok benar melayari kehidupan remaja, dewasa, dapat rasa bagaimana rasa jadi remaja, jadi dewasa. Hanyut dengan pengaruh dan trend. Tapi sikit pun rasa tak sempat nak ingat balik hal-hal fiqh, tauhid, sirah dan segala berkaitanlah.

Susah nak jadi sebaik2 Muslim/Muslimah, orang yang nak berubah jadi baik pun susah sedangkan iman setinggi langit pun boleh runtuh.Tapi, bukan susah untuk sentiasa kita beringat2 dalam kepala, tetapkan iman. Cakap memang pandai kan?

Tapi, itulah yang aku tengah lalui. Aku masih berjinak2 dengan kebesaran Allah, namun ada sesekali juga aku khayal dan leka. Pernah aku berniat, berazam jugakla kira. Tahun 2012 ni dari awal tahun kalau boleh dalam sehari, mesti ada juga solat sekali. Tak kisah solat apa. Memang macam tak patut, sebab solat wajib kan. Tapi, aku tak boleh terus drastik, nanti aku cepat malas dan putus asa. Sebelum ni, memang MALAS tu meraja betul dalam diri. SANGAT2. Namun, aku cuba perlahan-lahan. "Biar lambat, asal selamat". Alhamdulillah, dah masuk bulan  Ogos, bulan Ramadhan 2012, aku dah boleh solat penuh.

Dalam Islam pun tiada paksaan. Jadi, perlahan-lahan aku lakukan. Bulan puasa ni penuh. Aku tanam niat lagi. Mencari keredhaan, dan paling aku nak, ketenangan jiwa. Setiap masa aku menangis dalam gelita, kerana rindukan Papa. Rindukan kasih sayang Umiku. Paling bahgia yang pernah aku rasa, aku pernah menangis rindu kerana Dia. Ya Allah, tak boleh gambar Ya Allah.

Mungkin luaran aku, seperti perempuan biasa. Yang sama seperti gadis2 di tepi jalan, di shopping complex, di tempat kerja, di mana-mana. Ya, aku tidak kisah pada luaran it lagi. Aku masih lumpuh iman. Cuba untuk menutup aurat, namun, bukan aku tak bersedia.

Tapi aku mencari cara dan matlamat, supaya aku benar2 menutup aurat. dan idola IDEAL aku adalah Wardina Safiyyah dan Irma Hasmie. Keduanya berhijrah, tanpa publisiti, tanpa war-war kepada semua. Dan, keduanya juga sibuk dengan aktiviti sendiri, memajukan diri dalam ilmu ad-Din ini. dan, keduanya benar2 menutup aurat tanpa pakaian ketat dan jarang langsung. Tanpa jeans, tanpa bonjolan di kepala.

sentiasa2 bermuhasabah diri supaya lebih banyak bersabar dengan dugaan Allah..


Tuesday, August 14, 2012

HATI, TOLONGLAH KUAT!


HATI, tolonglah kuat...
jangan biarkan suara-suara luar lemahkan mu..
jangan biarkan anasir-anasir yang xberupaya memberi mu kekuatan menjatuhkan mu
kuatlah HATI...

Mana mampu kau bertahan..
Wahai HATI..
dengan kata-kata tajam semacam pisau, pedang, parang, atau apa jua bilahan tajam..
Mana juga kau mampu bertahan..
dengan kata-kata nista bagai membunuh mu..ibarat bagai dicincang-cincang..
malah,
sajak, syair, puisi seindah matahari terbit pun tak mampu beri yang terbaik, hanya berlapikkan dusta
syaitan juga sungguh benar mempengaruhi mu
khayalkan mu dengan baik sekali tutur kata si penipu tolol ini.
aduh!!
sakitnya..
kuatkah wahai HATI??..
kenapa perasaan pula yang terasa?
kenapa jasad pula yang ngilu?

HATI...
kau menangis..tapi siapa yang mampu lihat tangisan paling luhur dan rapuh itu?
air mata manusia juga kadang palsu, pura, tipu, semu,

Wahai HATI,
sentiasalah ingatkan lidah menuturkan dzikir padaNya,
sentiasalah ingatkan perasaan imbangkan rasa supaya tiada siapa dapat mengagak, menjangka, atau mengamati aktualiti perasaan sebenar HATImu
sentiasalah ingatkan jasad akan had setiap laku..

hanya itu sahaja yang mampu buat kau KUAT.
HATI,
rayuku padamu,
tabahlah..
senyumlah,
tenanglah..

tiada siapa pun berani menafsir,
khilafnya tafsiran mungkin timbul fitnah wasangka,

KUATLAH wahai HATI,