cuteback

Thursday, August 16, 2012

Sedangkan Iman Tak Diwarisi


Memang benar agaknya kan tanda kiamat semakin terasa, semakin jelas. Perang besar sana-sini, pendakwah wanita semakin senteng hijabnya, alim ulama' lelaki pula seakan kurang sudah aktiviti dakwahnya, malah mula mengeluarkan fatwa sendiri, sampai orang2 pun meragui ilmu agamanya entah ke mana. pangkat dan status tenggelamkan iman.

Itu tanda2 kecil kiamat kan? ok, dari apa yang aku dengarlah. dan aku lihat sendiri juga apa yang tengah jadi dalam dunia sekarang.

Btw,
Intro aku sebenarnya nak mengingatkan aku sendiri, mana tidaknya, sedang alim ulama juga tidak tahan dengan nafsu dunia, pengaruh syaitan menjadi-jadi.

Kadang2, kita terlupa sekejap.
Nak imbas kembali.
Imbas kembali apa yang kita dah belajar masa kat sekolah dulu, subjek Pendidikan Islam, dan juga waktu sekolah agama, subjek2 fardhu ain dan fardhu kifayah.

Seronok benar melayari kehidupan remaja, dewasa, dapat rasa bagaimana rasa jadi remaja, jadi dewasa. Hanyut dengan pengaruh dan trend. Tapi sikit pun rasa tak sempat nak ingat balik hal-hal fiqh, tauhid, sirah dan segala berkaitanlah.

Susah nak jadi sebaik2 Muslim/Muslimah, orang yang nak berubah jadi baik pun susah sedangkan iman setinggi langit pun boleh runtuh.Tapi, bukan susah untuk sentiasa kita beringat2 dalam kepala, tetapkan iman. Cakap memang pandai kan?

Tapi, itulah yang aku tengah lalui. Aku masih berjinak2 dengan kebesaran Allah, namun ada sesekali juga aku khayal dan leka. Pernah aku berniat, berazam jugakla kira. Tahun 2012 ni dari awal tahun kalau boleh dalam sehari, mesti ada juga solat sekali. Tak kisah solat apa. Memang macam tak patut, sebab solat wajib kan. Tapi, aku tak boleh terus drastik, nanti aku cepat malas dan putus asa. Sebelum ni, memang MALAS tu meraja betul dalam diri. SANGAT2. Namun, aku cuba perlahan-lahan. "Biar lambat, asal selamat". Alhamdulillah, dah masuk bulan  Ogos, bulan Ramadhan 2012, aku dah boleh solat penuh.

Dalam Islam pun tiada paksaan. Jadi, perlahan-lahan aku lakukan. Bulan puasa ni penuh. Aku tanam niat lagi. Mencari keredhaan, dan paling aku nak, ketenangan jiwa. Setiap masa aku menangis dalam gelita, kerana rindukan Papa. Rindukan kasih sayang Umiku. Paling bahgia yang pernah aku rasa, aku pernah menangis rindu kerana Dia. Ya Allah, tak boleh gambar Ya Allah.

Mungkin luaran aku, seperti perempuan biasa. Yang sama seperti gadis2 di tepi jalan, di shopping complex, di tempat kerja, di mana-mana. Ya, aku tidak kisah pada luaran it lagi. Aku masih lumpuh iman. Cuba untuk menutup aurat, namun, bukan aku tak bersedia.

Tapi aku mencari cara dan matlamat, supaya aku benar2 menutup aurat. dan idola IDEAL aku adalah Wardina Safiyyah dan Irma Hasmie. Keduanya berhijrah, tanpa publisiti, tanpa war-war kepada semua. Dan, keduanya juga sibuk dengan aktiviti sendiri, memajukan diri dalam ilmu ad-Din ini. dan, keduanya benar2 menutup aurat tanpa pakaian ketat dan jarang langsung. Tanpa jeans, tanpa bonjolan di kepala.

sentiasa2 bermuhasabah diri supaya lebih banyak bersabar dengan dugaan Allah..


No comments:

Post a Comment