HATI, tolonglah kuat...
jangan biarkan suara-suara luar lemahkan mu..
jangan biarkan anasir-anasir yang xberupaya memberi mu kekuatan menjatuhkan mu
kuatlah HATI...
Mana mampu kau bertahan..
Wahai HATI..
dengan kata-kata tajam semacam pisau, pedang, parang, atau apa jua bilahan tajam..
Mana juga kau mampu bertahan..
dengan kata-kata nista bagai membunuh mu..ibarat bagai dicincang-cincang..
malah,
sajak, syair, puisi seindah matahari terbit pun tak mampu beri yang terbaik, hanya berlapikkan dusta
syaitan juga sungguh benar mempengaruhi mu
khayalkan mu dengan baik sekali tutur kata si penipu tolol ini.
khayalkan mu dengan baik sekali tutur kata si penipu tolol ini.
aduh!!
sakitnya..
kuatkah wahai HATI??..
kenapa perasaan pula yang terasa?
kenapa jasad pula yang ngilu?
HATI...
kau menangis..tapi siapa yang mampu lihat tangisan paling luhur dan rapuh itu?
air mata manusia juga kadang palsu, pura, tipu, semu,
Wahai HATI,
sentiasalah ingatkan lidah menuturkan dzikir padaNya,
sentiasalah ingatkan perasaan imbangkan rasa supaya tiada siapa dapat mengagak, menjangka, atau mengamati aktualiti perasaan sebenar HATImu
sentiasalah ingatkan jasad akan had setiap laku..
hanya itu sahaja yang mampu buat kau KUAT.
HATI,
rayuku padamu,
tabahlah..
senyumlah,
tenanglah..
tiada siapa pun berani menafsir,
khilafnya tafsiran mungkin timbul fitnah wasangka,
KUATLAH wahai HATI,
No comments:
Post a Comment