cuteback

Friday, November 16, 2012

hijrah tanpa mimpi


1 Muharram 1434 bersamaan 15 November 2012, jatuh pada hari Khamis, bersamaan hari jadi Adik saya yang keempat yang ke 15 tahun.
sigh~ kalau tak berubah jugak, aku taktau anak sape la ni. :)
actually, bru isnin lepas aku perasaan, awal muharam hari khamis. tapi deepavali aku alert plak. ish! ish! ape nak jadila orang Islam macam aku ni. dah hanyut sangat dah ni.

ramai yang persoalkan aku berhijab,
sesetengah bertanya;
- permanent ke?
- ke saje2 ke?
-dapat hidayah bila?
-dah dapat mimpi ke?
-dah ade orang ceramah ke?
-g kerja macam mane? aku jawab berselendang, terbatuk-batuk orang yang mendengar dalam corong telefon yang sorang bertanya ni, selendang nampak jambul ke? ceh! apekehey soalan kau ni naaa.... huh
- lagi satu, sebab kau nak kawen ke?

Tiada siapa yang pernah menyuruh
Tiada siapa yang ceramah membingit telinga
Tiada siapa yang mendorong
No one ever pushing me to change my attitude
It's  all happen in sudden,

Mengapa persoalkan siapa yang suruh?
Hanya Allah sahaja yang suruh, bukan manusia, kenapa nak kena dengar cakap 'SIAPA SURUH'?
SIAPA SURUH itu hanya penasihat, yang suruh itu Allah. yang menasihat, ambil yang jernih buang yang keruh through positive minded. jangan perlekehkan siapa2 yang bagi nasihat.jangan pula maki mereka. kita dengar sahaja, dua2 dapat pahala, kalau kita dengar dan kita maki, depa dapat pahala berganda, kita habuk dalam poket pun belum tentu ada.

Mengapa persoalkan siapa yang dah ceramah?
aku tidak pun berkawan dengan ustaz ustazah, paling tak pun aku jumpe ustazah waktu sekolah agama dulu. hehehehe.. sekolah agama beb, sekurang2nya ada jugak belajar agama, tak adalah jauh aku jatuh.
tak pun, aku jumpe ustazah masa mengaji alQuran dulu. aku pun tak dengar mana2 event ceramah.
beb, aku dah 24 tahun, tiada siapa yang CERAMAH aku, yang CERMAHA aku hanya berdasarkan keliling aku.Macam2 aku nampak. aku takut aku tak sempat bertaubat sebelum masa. Kejadian dalam Alquran dah terbukti dah ada depan mata. makin banyak. makin tak tenang. Kau tak akan tenang selagi kau belum menemui jalan Allah semula.

Mengapa persoalkan bila dapat hidayah?
bila masa dalam nas Islam, wanita Islam akan dapat hidayah dari free hair ke bertudung? cuba tunjuk bukti? aku rasa HIDAYAH tu wujud sejak azali, cuma didikan sekeliling merubah kehidupan kebaratan. cara pembawaan kita yang menyimpang sedikit terikut keseronokan. macam rasa tak bersalah je. aku pernah rasa semua tu. sebab tu aku berani cakap.

Lagi satu, haa, mengapa nak persoalkan aku dapat mimpi ape nak bertudung?
aku sangat pelik dengan mentaliti Melayu..errr..Islam liberal.. errr entah,.. siapa2lah.
mengapa nak tunggu MIMPI baru nak berubah? Aku kadang terfikir, sebelum terima mimpi yang menakutkan, lebih baik aku beranikan diri. DI ATAS DIRI SENDIRI. Mimpi datang sebab amaran. Aku tak mahu tunggu mimpi tu. Buat lagi tak tenang terfikir2 kalau-kalau mimpi itu terlalu menakutkan.
Alhamdulillah, dalam keadaan tidak kuat untuk beranikan diri mulakan hal ni, aku cuba dan cuba kuatkan diri,

Bila masa pulak aku nak kawen sebab tu aku kena pakai tudung?
nak kena tunggu kawen baru pakai tudung ke? kira masuk agama Islam yang sebenar bru pakai tudung ke?
macam tu ek?
aku calon pun tak nampak batang hidung inikan nak kawen tang mana.

Lagipun, dah lama terfikir hal ni, sejak2 kecewa dengan cinta awal tahun ni. rasa kosong. tak tenang. cuba mencari ketenangan. Ramadhan dilalui dengan penuh makna. Awal Muharram yang meyakinkan lagi aku untuk terus berubah ke arah kebaikan ke arah mencari jalan syurga. dah nak akhir tahun, 2012 tahun paling bererti dalam hidup aku. aku pasti akan rindu momen 2012 ini..
Banyak benar perkara yang jadi, dugaan bertimpa-timpa. Allah sayangkan kita, itu sebab Dia bagi ujian. Redha dengan ketentuan Dia, bukan redha dengan perubahan yang bukan di bawah suruhan Dia, di dalam Ad-Din yang sedia indah. :)
Memang benarlah, nak jadi baik, macam2 dugaan besar atau kecil kita dapat. tapi yang susah itulah yang nampak manis bila dah senang.

dari dahulu aku percaya, doa itu senjata paling kuat bagi orang Islam. jangan terus putus doa, sekalipun tidak atau lambat termakbul. Allah akan berikan yang paling baik dalam hidup dan mati kita dunia akhirat. :)
kalau penat berdoa, itu tanda orang putus asa. yakin dengan kuasa DOA. yakin kita boleh berubah arah lebih baik.

doakan semoga kita semua ni sentiasa terima berkat dan rahmat lebih baik dari hari dan semalam. inshaAllah.
amin~ doakan kesejahteraan ke atas rakyat Palestin, doa terbisik kepada Allah dengan ikhlas dan redha, inshaAllah makbul. amin ya rabbal alamin



Monday, November 12, 2012

IKAT TALI ADIK BERADIK TU KUAT2.



baru tersedar dari lamunan realiti, tak ada mimpi pun.
sekarang pun rasa macam mimpi, sebab tak percaya dah masuk 24.

Aku,
Anak sulung, perempuan, tanpa papa.
adik ada lima, ada umi.

adehh!! -,-''
macam berat je rasa beban bawah2 tu.
well, kadang2 aku keanak-anakan depan orang luar,
depan adik2 aku, aku GARANG macam GHIMAAUU!! AUUMMMMM!!
hehehhee.. :D
tak adalah, aku kakak yang soprting hape..(puuii!)
betulla..semua adik2 aku dah besar2..dah boleh fikir sendiri
walaupun si kecil darjah empat tu.
mana taknya, macam dia plak pandai menasihat orang tua.
mungkin persekitaran yang mematangkan minda si kecik tu.

mungkin dah tak ada masa lagi nak mengada2, manja2, menggedik2, dengan semorang
dengan adik2 lelaki aku, kadang2 ade la jugak manja, minta itu ini, tak sedar aku ni yang paling tue.
dengan kwn2 semua.

sebenarnya, aku dah mula kena lalu fasa baru,
tapi yang tak best, aku dah kena fikir tanggungjawab sebagai anak paling tua,
hal keluarga paling important la.
soal hak harta, (loya aku mikir), soal nak cari kerja elok2, soal nak tanggung makan minum umi dan adik2,
Ya Allah, tak kuatlah wey.

*bila duduk berbincang sama2 dengan dua adik aku, fatah dan munir
alhamdulillah, aku rasa, aku tak perlu sokongan orang lain atau orang luar untuk aku bercerita lagi masalah aku. bukan dah tak percaya kat orang luar, tapi ada baiknya kita litupkan sahaja rahsia keluarga untuk kita2 jek. :)
sebab selama ni pun, aku bercerita kisah famili pada orang yang benar2 aku percaya,
tapi terkadang, ada khilafnya bercerita pada orang luar, bila ada yang pandai2 simpul sendiri, itu ini.paling tak, umi ku dah kawen lain. aku laknat.
memang aku buang jauh2.
sumpah, berat lepaskan papa pergi pun sakit, apatah lagi nak lepaskan umi macam tu,
memang betullah, kiranya satu keluarga duduk semeja membincang hal keluarga sama2, dan selesai sama2
bukan duduk sama2, tapi masing2 menuding jari padahal telunjuk pada sorang, yang lagi empat pada kita.
jadi, kena renung2 salah kita dahulu sebelum tuding orang lain.
mula2 nak bukak cerita hal dan isu keluarga dengan adik2 aku yang berumur 23 dan 21..
ya Allah, aku rasa bersyukur apabila yang 21 tu pandai berkata macam orang tua umur 28. wajahnya saja 21, tapi akal DA BOMB! aku salute dengan dia. macam tak percaya isu berat sampai naik mahkamah ini pun dia boleh fikir sejauh itu, walaupun dia sendiri mengakui pun tak cukup ilmu agama, tapi boleh fikir lagi selagi tak menyimpang agama. sekurang2nya, aku ada penguat jiwa selain adik2 yang lain. yang 23 tu, orang lain nampak dia tak boleh buat apa2, nampak macam taknak ambil kisah tentang hal famili, namun, aku bagitahu dia, aku percaya dia sebab dia adik aku. aku lebih kenal dia daripada orang lain. walaupun umi pun aku rasa kurang ambil tahu pekerjaan(apa perlakuan) yang dia buat selama ni.
mungkin sebab aku lah paling sulung, yang paling menjadi contoh pada adik2, dorang pun ambil yang baik sikit2.
aku sudah pandai berdikari sejak dari sekolah lagi, dan tak pernah mintak allowance macam orang lain boleh dapat, semua atas usaha sendiri. ptptn kalau hidup kat KL/Shah Alam, memang kau boleh sengsara. SERIOUS. inshaAllah, adik2 yang lain boleh follow benda yang elok dari adik2 yang tua yang lain.

pesan saya dari pengalaman saya,

bincanglah elok2 dengan ahli keluarga yang lain, ajaklah duduk semeja walaupun macam janggal atau pelik atau segan. selesaikan masalah. Kepala pun kurang serabut, beban dalam kepala pun ringan.
inshaAllah, benda baik Allah pasti tolong. yang penting, percaya dengan KUASA Allah.





Monday, November 5, 2012

DUGAAN ALLAH untuk setiap perkara yang baik bagiNya.


Hari pertama..err, tak ada hari pertama bagi seorang Muslimah untuk mengenakan hijab melainkan keluarga telah dididik dari kecil untuk tidak pernah melitupi sebahagian kepala  dan anggota badan yang tertentu...

Aku bukan kali pertama bertudung menutup kepala
di sekolah rendah dan menengah, aku pakai tudung
aku di luar sekolah pun ada pakai tudung
sampai satu masa aku buka,

cerita buka tudung##

aku mula buka tudung sejurus lepas habis sekolah,
tapi sebelum tu dah on off on off... maknanya kat luar sekolah pun sekejap pakai, sekejap tak pakai.
lepas je habis sekolah, naik diploma di UiTM Merbok dulu, aku terus off.
Kejadian macam tu, ada yang melihat perubahan aku, termasuk sanak-saudara.hehehhe...
keluarga ku bukan dari kalangan alim ulama', malah bukan dari kalangan taraf hidup sosial yang terlalu bebas..
tapi, sekadar memenuhi tuntutan sebagai seorang Muslim dan Muslimah.
Sedang masa diperhatikan gerak laku aku, ada yang berkata, mereka nampak aku yang sebenar.
Bermakna, aku bukan pura-pura jadi diri sendiri..
Ada diantara mereka tak lekang bagi nasihat, tutup kepala tu, tambah2 mereka2 semua tu sanak-saudara dari belah Pantai Timur, yang kalau balik belah sana, kalau tak tutup kepala, nampak macam perempuan sumbang. hehehhehe..
Apa-pun, aku tak ambil kisah. Aku jadi diri aku. dan aku tidak jauh dari simpang jalan aku. :)
Aku fahami maksud mereka, jadi aku sentiasa berpegang pada iman, Allah itu Esa, buat untuk Dia, bukan untuk manusia.
Lama jugak aku berperangai macam ni. banyak jugakla dosa beranak-pinak bebillion-billion berketurunan kat belakang aku tinggal. -.-''
------
Hari ini, aku dah bertekad,
tiada siapa yang suruh, tiada siapa yang bersuara sebelum aku mulakan ini.
dah sebulan dua aku memikirkan hal ini..
Laman media Islamik benar-benar mengusik akal dan perasaan aku..
Ada yang cuba terus menasihati golongan wanita untuk terus menutup aurat.
memberikan keindahan dan keistimewaan bertudung.
bukan tak istimewa yang itdak bertudung
tapi ada betulnya apa yang mereka2 katakan itu.
sedang aku merasa hal ini, free hair--> bertudung

Ada yang dah bertanya,
1. Ni permanent ke yuyu?
2. Awak betulke pakai tudung dah ni? ke saje2? -,-''


*TAPI
Aku mohon jangan perlekehkan perubahan ini,
Aku pun tak kuat nak berhijab, SERIOUS.
Tapi aku belajar untuk cuba kuatkan diri,
READY?
Bagi aku, dalam Islam tidak pernah ada nas yang mengatakan, nak pakai tudung kena READY. NO!
HIDAYAH?
Aku rasa, hidayah dah ada, cuma RASA NAK and TAK NAK je kan? :)
So, aku mulakan juga tak kira bila masa aku nak mula. tak ada catatan masa terpantas pun nak pakai tudung kecuali sampai masa DOOM DAY..kecut otak plak rasanya.... :P
 aku harap, permulaan aku berhijab akan menjadikan hari esok lebih baik dari hari ini, dan hari ini lebih baik dari semalam...amin~


Thursday, October 25, 2012

Just need someone to talk and hug to.


Buat beberapa ketika dan waktu berlalu
Alhamdulillah, urusan hidup seakan dipermudahkan
benarlah, solat itu paling sempurna , buat jalan hidup sempurna, walaupun ada payah duga,
tapi keadaan susah itu, semacam perencah, sedapkan lagi lauk kehidupan

Namun, beberapa hari ini,
jiwa dilanda gelora
hati kurang tenang
dah bermacam cara dicuba,
sujud di tengah malam, zikr, membuka lembaran kalamullah,
apa yang aku rasa seperti betul2 hilang sesuatu sekarang
 bukan kosong
 ya, bukan kosong
 sebab aku pernah merasai kekosongan itu sebelum ini

mana hilangnya sesuatu tu?
dari mana ia hilang?
apa yang hilang sebenarnya?
Ya Allah....

Sungguh aku tiada tempat mengadu lagi.. bulan bintang, daun batu, sudah aku adu
macam orang gila la wei!
:.(
kawan2, keluarga atau sedara sedara?
ahh! mereka pun punya masalah
walaupun cuba membantu, aku masih di sini
aku dah bertekad untuk terus kuat, terus tabah..
kebelakangan ini aku rasa seperti benar2 kehilangan

Aku terlalu berat hati dengan situasi ini..
Aku terlalu bermohon pada Allah agar kuatkan dan tabahkan hati aku
bukakan pintu jalan syurga untuk aku, UMI dan adik2 aku
sumpah, mungkin tak seberat rasa yang UMI pernah lalui
bukan perbandingn yang aku letakkan
Cuma ikut akal logik sebaga seorang hamba-Nya,
tiada apa lagi yang dicari atas bumi selain redhaNya
terutama pabila usia dah cecah senja,
bukan hawa nafsu dunia lagi..

menangis? huh! PAPA tak pernah benar anak perempuannya menangis.
nampak bodoh.
(-,-'')
dalam gelap jauh di dalam sana,
di sana di mana hati terletak..
hati hanya mampu mengalirkan 'air mata' tanpa dilihat sesiapa
just need someone to talk and hug to: mungkin perempuan ini jalang!
Arrgh! persetan semua tu.

Monday, October 1, 2012

Beza Kau, Dia & Aku


Aku selalu bertemu, berjumpa, dengan setiap jenis manusia setiap hari
dari kecil hingga dewasa, aku di didik secara natural tentang kedewasaan dan pengalaman
bukan dari buku sekolah atau dari ujian dan kertas periksa
tapi dari penampakkan ragam dan tindak manusia

aku bukan fasih mentafsir hati dan naluri manusia,
sedangkan mimik muka disebalik topeng pun kita tak mampu mengagak
namun, aku ada perasaan, ada akal dan ada fikiran sebagai seorang manusia
begitu juga kau dan orang lain

Kau,
aku jumpa kau
Allah tuliskan dalam diari hidup masing2, aku dan kau bertemu
dalam diari masing2 tu, kisah2 dulu penuh corak, bukan sekadar pelangi, malah hitam putih sekali
kau aku kenal setelah beberapa waktu bertemu,
masih rapuh hati dengan kesan hidup seseorang dalam hidupmu sebelum ini
masih belum cukup kuat
diari, nota hati yang tiada siapa boleh baca.
aku mungkin hanya dapat mengagak kau hanya punya masalah paling berat dalam hidup kau
dengan hanya seorang insan
yang benar2 paling penting dalam hidup kau
tapi,
kau terlupa, kau terlalu serahkan hati kau pada cinta manusia
kau lupa serahkan 100% cinta kau pada Allah
kau alpa sekejap
kau patut sudah boleh mula kisah baru kau,
maksud aku, BUKU BARU.
BUKU LAMA kau sudah boleh simpan, dan boleh buat rujukan untuk dijadikan pengajaran
atau kalau kau perlu buang, buanglah pada Yang Maha Esa.

Dia,
aku tidak pernah bertemu dengannya
namun aku mengenalinya kerana dia punya NAMA
Dia hebat.
Ya, Dia memang hebat,
tapi pada pandangan dan komen aku, Dia hanya hebat dalam kerjaya
Dia tidak hebat dalam menangani permasalahan hati
Dia tidak punya rasionaliti
Mungkin ada, tapi Dia kejam
Kerana membiarkan hatinya menjadi keras seperti batu
Aku punya pandangan lagi,
Dia tidak perlu lagi kau rujuk,
Jika dia tidak mampu berterus terang tentang hal dewasa
apatah lagi pada hubungan seterusnya
Kau hanya memperbodohkan diri dengan Dia yang berhati kejam
Kau terlalu fikir kau punya hati terlalu sukar melepaskan
Tapi Kau janganlah lupa,
Bagaimana pernah Aku kisahkan tentang ceritatera Aku
Bukan berlagak, tapi Kau harus bersyukur pada Allah
Allah telah tunjukkan Kau siapa Dia sebenarnya sebelum kau sempat melafaz akad pada Dia
Allah Maha Mengetahui tentang setiap diari hambaNya

Aku,
tak perlu lagi Aku cerita tentang diri Aku
Aku tetap Aku yang sama, dulu, kini dan selamanya
Siapa yang kenal aku, pasti tiada kata seperti "Kau dah berubah, Yuyu/Fatiha/Nurul"
melainkan berubah penampilan sajala..
Belum,
Aku belum mendengar itu semua
DAN
Aku tak mahu dengar itu semua
Aku masih diri Aku
rapuh, lemah, hina dina, dan jahil
Sesiapapun mampu ambil kesempatan atas diri Aku,
walaupun Aku sedar tindakan itu patut aku elak
namun, aku hanya insan biasa, sebatang kara atas dunia
tiada harta benda kecuali umi dan adik2ku

*syukurlah dengan apa yang Allah beri sama ada bentuk ujian dan nikmat. Itu semua hanya untuk menguji iman, IMAN.....

Tuesday, September 11, 2012

My First News Release




BERNAMA news

I suppose to start working at Bernama on 10th, but i start even a week earlier. They said, it's better to run earlier because there are too many things you have to catch up!. Ok, and then aku sepatutnya lagi lapor diri 3hb, tp xpergi sebab tunggu surat sampai. On 4th baru aku pergi kat Bernama biro (branch) Shah Alam kat syeksyen 11 ni ha. sesuke hati jek an. nak wat cena. iktu prosedur jugakla an.

Everything goes well, even more than i expected. I love the surrounding, i love the people here, i love and enjoy the work.

I started to go here and there and mingling with new people, which is with the superduper senior journalists. but the weakness part that I always bring in myself everywhere is the shyness. Urrggghh!  I need to talk a lot, but my style, i first have to see then talk then laugh. that is the process where i know person better. it is not easy okkay. i may look shy, but in the end of the world, i'll be the most talkative and bubble balalalblabalba person u've ever know. Friends know me better.

Okay!
takpelah. benda normal. lame2 ok la kan.
Ni ha, nak kongsi.
I punye news story keluar kat Bernama. happy dalam hati tak leh launglah katanya. lebih happy daripada dapat berita, kena practical kat Bernama hari tu.
Bukan senanglah for me, sebab this is BERNAMA, Malaysian National News Agency.
So, link BERNAMA news kat atas tu lah story aku lepas. ingatkan dah kena maki dengan HQ. Alhamdulillah.

Thanks alot to abgwan, kak ila, kak azi, abg syafiq and Bos! even asik kena marah sebab berat mulut, tapi sebenarnya dorang sangat2, paling2, sungguh2 membantu. So helping team!

Belajar lagi, means, RINGANKAN MULUT BERTANYA, AWARE OF THE HOUSESTYLE! AND BE FRIENDLY. :)

Wednesday, August 29, 2012

 
 
 
Link blog AKUISLAM ni, dalam satu entri post, rasa macam lebih kurang sama je keadaan dan perasaan aku dengan penulisnya. Cinta Yang Tidak Mengecewakan, then,aku baca.
 
Memang benar apa yang penulis ini rasa, dia mungkin sudah penat dengan cinta manusia, dan dia lalai,dan Allah bukakan pintu hati dia untuk terus setia memburu cintaNya. Ya Allah, hebatnya kuasa Kau. Mencari cinta hakiki lebih indah dan cantik sebenarnya. Cinta Dia takkan pernah rosak, dari Cinta Dia lah, kita akan jumpa cinta manusia yang benar2 membawa ke syurga firdausi.
 
Apa2 pun, aku mengharapkan setiap hari akan datang adalah lebih baik, dan lebih takwa. InshaAllah.