cuteback

Monday, November 12, 2012

IKAT TALI ADIK BERADIK TU KUAT2.



baru tersedar dari lamunan realiti, tak ada mimpi pun.
sekarang pun rasa macam mimpi, sebab tak percaya dah masuk 24.

Aku,
Anak sulung, perempuan, tanpa papa.
adik ada lima, ada umi.

adehh!! -,-''
macam berat je rasa beban bawah2 tu.
well, kadang2 aku keanak-anakan depan orang luar,
depan adik2 aku, aku GARANG macam GHIMAAUU!! AUUMMMMM!!
hehehhee.. :D
tak adalah, aku kakak yang soprting hape..(puuii!)
betulla..semua adik2 aku dah besar2..dah boleh fikir sendiri
walaupun si kecil darjah empat tu.
mana taknya, macam dia plak pandai menasihat orang tua.
mungkin persekitaran yang mematangkan minda si kecik tu.

mungkin dah tak ada masa lagi nak mengada2, manja2, menggedik2, dengan semorang
dengan adik2 lelaki aku, kadang2 ade la jugak manja, minta itu ini, tak sedar aku ni yang paling tue.
dengan kwn2 semua.

sebenarnya, aku dah mula kena lalu fasa baru,
tapi yang tak best, aku dah kena fikir tanggungjawab sebagai anak paling tua,
hal keluarga paling important la.
soal hak harta, (loya aku mikir), soal nak cari kerja elok2, soal nak tanggung makan minum umi dan adik2,
Ya Allah, tak kuatlah wey.

*bila duduk berbincang sama2 dengan dua adik aku, fatah dan munir
alhamdulillah, aku rasa, aku tak perlu sokongan orang lain atau orang luar untuk aku bercerita lagi masalah aku. bukan dah tak percaya kat orang luar, tapi ada baiknya kita litupkan sahaja rahsia keluarga untuk kita2 jek. :)
sebab selama ni pun, aku bercerita kisah famili pada orang yang benar2 aku percaya,
tapi terkadang, ada khilafnya bercerita pada orang luar, bila ada yang pandai2 simpul sendiri, itu ini.paling tak, umi ku dah kawen lain. aku laknat.
memang aku buang jauh2.
sumpah, berat lepaskan papa pergi pun sakit, apatah lagi nak lepaskan umi macam tu,
memang betullah, kiranya satu keluarga duduk semeja membincang hal keluarga sama2, dan selesai sama2
bukan duduk sama2, tapi masing2 menuding jari padahal telunjuk pada sorang, yang lagi empat pada kita.
jadi, kena renung2 salah kita dahulu sebelum tuding orang lain.
mula2 nak bukak cerita hal dan isu keluarga dengan adik2 aku yang berumur 23 dan 21..
ya Allah, aku rasa bersyukur apabila yang 21 tu pandai berkata macam orang tua umur 28. wajahnya saja 21, tapi akal DA BOMB! aku salute dengan dia. macam tak percaya isu berat sampai naik mahkamah ini pun dia boleh fikir sejauh itu, walaupun dia sendiri mengakui pun tak cukup ilmu agama, tapi boleh fikir lagi selagi tak menyimpang agama. sekurang2nya, aku ada penguat jiwa selain adik2 yang lain. yang 23 tu, orang lain nampak dia tak boleh buat apa2, nampak macam taknak ambil kisah tentang hal famili, namun, aku bagitahu dia, aku percaya dia sebab dia adik aku. aku lebih kenal dia daripada orang lain. walaupun umi pun aku rasa kurang ambil tahu pekerjaan(apa perlakuan) yang dia buat selama ni.
mungkin sebab aku lah paling sulung, yang paling menjadi contoh pada adik2, dorang pun ambil yang baik sikit2.
aku sudah pandai berdikari sejak dari sekolah lagi, dan tak pernah mintak allowance macam orang lain boleh dapat, semua atas usaha sendiri. ptptn kalau hidup kat KL/Shah Alam, memang kau boleh sengsara. SERIOUS. inshaAllah, adik2 yang lain boleh follow benda yang elok dari adik2 yang tua yang lain.

pesan saya dari pengalaman saya,

bincanglah elok2 dengan ahli keluarga yang lain, ajaklah duduk semeja walaupun macam janggal atau pelik atau segan. selesaikan masalah. Kepala pun kurang serabut, beban dalam kepala pun ringan.
inshaAllah, benda baik Allah pasti tolong. yang penting, percaya dengan KUASA Allah.





No comments:

Post a Comment