cuteback

Monday, March 14, 2011

Malang Nasib Kita, Malang Lagi si Tuan Badan


Suasana hingar bingar sahaja di tepi restoran tersebut. Tiba-tiba ternampak bomba penyelamat, dan sebuah kereta polis tersadai di tepi restoran tu. Semua orang dengan muka masing2 cemas, takut, ingin tahu apa sedang berlaku. Apa sedang terjadi?? Kelihatannya semua orang sedang terinjak-injak melihat ke atas sebuah rumah. Ehh!!  Ada perempuan! Berdiri di luar tingkap. Payah benar bomba penyelamat nak bentang hamparan demi keselamatan perempuan itu, demi menyelamatkan nyawa juga. Payah benar pula, nak kena alih sebuah kereta kancil yang sudah di'padlock' dari dalam. Nak tak nak, orang ramai terpaksa bekerjasama dengan pihak bomba penyelamat untuk mengangkat kancil tu.

Kenapa dengan perempuan tu??  Pasti dah dapat mengagak bukan? Mestilah kalau dah berdiri di luar tingkap dengan bomba penyelamat di bawah, MOTIF *untuk membunuh diri. Bodohnya perempuan tu!!! Bodoh yang dahsyat!!!!  Ni tak lain tak bukan mesti kes pakwe tinggal. Hhahah!! Adakah andaian kita itu betul, kalau betul tak salah, tapi kalau salah kita sudah dikira memfitnah. Selang beberapa minit selepas tu, bunyi jeritan.

 AAAAAAA!!!!!!! , suara dari perempuan tu.

Agak lama dengarnya pergelutan perempuan tu cuba melepaskan diri dan membuat sesuatu yang diluar jangkaan. Selepas setengah jam, perempuan tadi diusung bersama pegawai polis dan bomba penyelamat ke kereta polis untuk dihantar ke hospital bagi siasatan lanjut. Tangan perempuan itu digari. Kasihan...Adakah dia sudah melakukan kes jenayah? Bunuh orang? atau Merompak?  Perempuan itu diikat di penjuru katil setelah tiba di wad kecemasan. Lagi sekali seolah2 'digari'. Kasihan lagi. 

Menurut siasatan doktor, perempuan itu terpaksa di tahan di wad orang gila, tapi Allah Maha Mengasihani, dia berjaya dikeluarkan atas bantuan saudara mara yang berani tampil membantu walaupun kes masih di bawah siasatan polis.

Kesimpulan dari cerita ini:

  • Jangan cuba membuat CUBAAN MEMBUNUH DIRI, jika disabitkan kesalahan mungkin dipenjara 10 tahun.. Tolonglah jangan cari nahas pada diri sendiri. (kalau salah sila betulkan)
  • Jika perempuan itu pelajar, silap hari bulan dia akan DIGANTUNG dari institusi. Kasihan kan, kalau perempuan itu tiada masalah dalam pelajaran lagi kasihan.
  • Jangan cuba main2 dengan perbuatan ini, jika anda berdegil, anda akan terus digari tanpa banyak soal lagi.

Pengajaran dapat disimpulkan:
  1. Janganlah kita memandang hina pada mereka yang mempunyai masalah, semua orang mempunyai masalah, tapi Tuhan bagi setiap orang ada level masing2. Jangan pandang seseorang yang hati tenang gembira itu kurang beban dan masalah. Kesefahaman dalam hidup adalah paling utama untuk mencapai erti hidup.
  2. Janganlah kita memandai2 membuat andaian tanpa usul periksa. Kita sendiri apa kurangnya, masih merempat di atas bumi Tuhan.
  3. Jangan memandang rendah isu jenayah, masalah sekecil2 itu boleh mengundang bala akhir nanti.


lokasi: Restoran Kamal Corner
Jam: 10 a.m.
Hari Jumaat


sumber cerita: yang berkenaan. Terima Kasih!!!

Wednesday, March 9, 2011

Thanks BiskutMilos!

Heheheh.. Tutti Frutti just get my attention tonight! Alaaa...semua orang dah rasa dah benda alah tu.. Saya kan orang kampung, Tutti Frutti tu, mahal, tak mampu nak ratah macam makan nasi ayam. Tak kenyang, tapi berbaloi kalau rasa nak kurus. Err..boleh buat kurus ke?? 


Rasa meleleh tak tengok semangkuk aiskrim yogurt ni? Aaa, lupa, aiskrim yogurt ya! bukan aiskrim biasa. Sebab tu mungkinlah boleh kurus..(-.-') fakta yang tak berapa nak pasti dari sumber yang tak berapa pasti.hehhehehe.. Boleh tahan sedap la, macam2 perisa pilihan dengan 'topping' yang menarikk mengikut pilihan jugak. Craving kat sek 13 je. Orang belanja, mana tak sedap! Hheheheh.. Thanks BiskutMilo! :D

Cerita Penat di siang hari.....

Lepas kelas 2 jam di fakulti, pergi makan dengan cik adik manis bijak Farahin di sek 2, Shah Alam. Ajak kemain lagi, belanja siap. Ikhlas tau. Terima kasih tak terhingga lah! Terharu sangatlah. Bukan apa, rezeki jangan ditolak, orang kata "ada rezeki sedekah2kan, tak ada rezeki, bersyukur dengan apa yang ada".  Dah penat lepak makan, balik hostel lepak sambil tunggu Kekasih datang ambil. Dia tolong bawa saya ke tempat interviu hari ini. Ouh! Lupa nak 'mention' awal cerita, saya ada interviu pagi tadi hari ini sepatutnya.

Janji jumpa pukul 3, tapi datang ofis pkul 3.30. Yang datang teman sekali bukan Kekasih je, Nana & Mus. Saja ajak jalan2 jauh sikit. :)  Gementar juga nak pergi interviu, tapi itu kan perasaan normal. Kan? Interviu tu 'require' untuk jadi PA. tuttttt! faham sendiri. Dah tengok 'resume', tapi nampaknya dia aka En Izam tu terangkan saya, lebih selesa kalau saya boleh bekerja sebagai ejen insurans, yang secara langsungnya memang syarikat tersebut adalah ' syarikat Prudential. Sebab 'resume' saya telah menyatakan saya menjadi 'freelance promoter' sudah lama. Jadi, pengalaman yang sedikit sebanyak itu, mungkin saya sesuai diterapkan untuk jadi ejen, namun begitu, Encik Izam tetap memberi peluang untuk 'training' saya jadi PA dia. Nasib memang tak menyebelahi saya, banyak kekangan yang saya hadapi sekarang sehingga tidak dapat memenuhi syarat2 PA sebenarnya. Apa yang PA sepatutnya ada, saya tidak ada, bukan tidak ada, nasib memang tidak menyebelahi saya buat masa ini. Jadi saya terpaksa mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari mendapatkan jawatan tersebut. Tetapi, saya tidak akan berputus asa, mungkin ini rezeki orang lain. Saya tak nak mengganggu periuk nasi orang lain yang lebih memerlukan. 

Saya tidak menyesal dengan keputusan ini, kerana mungkin masih terlalu awal dan saya masih terlalu muda untuk bekerja komited yang saya sememangnya kurang mampu lagi untuk bertindak matang dalam dunia pekerjaan. Jadi, biarlah pengalaman interviu pagi tadi ini menjadi satu inspirasi bagi saya untuk saya bekerja masa depan. Sekurang2nya, saya sudah tahu bagaimana susahnya dunia pekerjaan ini. UMI pernah jadi PA juga, UMI nasihat kepada saya, " kalau kita tak kuat semangat, susah nak jadi PA". Jadi saya tak nak ambil risiko yang saya mungkin tahu akibatnya nanti. Terima kasih kepada yang banyak membantu saya dalam meneruskan hidup dan membimbing saya menjadi kuat terutamanya UMI, adik2, Kekasih dan juga yang terlibat dalam perjuangan hidup saya. Mereka sahaja yang mampu tegur kesilapan dan kekhilafan saya. 


p/s : Terima kasih dan minta maaf tapi belum sampai masa yang sesuai. 



Thursday, March 3, 2011

Peragut! Kau Jawab dengan Tuhan


Tahu tak, 25 Feb lepas, ada kejadian ragut di depan 7e, Pusat Komersial, Sek 7 Shah Alam??? Perempuan. Berumur lebih kurang awal 20an.

Dekat dengan rumah saya tu! Alhamdulillah, dia selamat. Cepat2 dia call laki dia, kawan2 dia. Last2, kawan2 dia datang ambil pergi buat report polis terus yang kebetulan balai polis dekat belakang sekali dalam Pusat Komersial tu. Laki dia datang kemudian. SampaI di balai polis, rupanya ada orang lain kena ragut dekat tempat yang sama, tapi bukan ragut beg, tapi kena ragut motor. Jahat tak peragut pencuri zaman sekarang. 

Saya pun ada pengalaman kena ragut juga. Di tempat yang sama. Hanya Tuhan sahaja yang boleh mendengar keluhan hati dan sakit jiwa raga masa tu. Mungkin saya cuai sebab bawa beg perempuan bak kata Kekasih saya. Dah nama pun perempuan. Takkan nak bawa beg lelaki kut. Waktu itu, saya terkejut sangat, ingatkan kawan2 dari belakang nak tepuk saya, nak main sergah dengan saya. Tak sampai beberapa saat, saya rasa beg saya ditarik kuat. Sakitnya Ya Allah, hampir rasa nak terkoyak je kulit tangan. SAKIT. Tak sempat nak menjerit, umpama terlihat bayangan hantu, lidah kelu nak menjerit. Barang dalam beg laptop, mp3, hp brand lama, purse. Senua itu saya beli dengan duit sendiri. Bukan senang saya nak kumpul duit semata-mata untuk benda yang penting macam tu tambah2 bila saya ni seorang pelajar. Nak cari duit makan pun susah. Tapi saya redha walaupun hilang banyak barang, lebih baik dari hilang nyawa.

Bukan apa, masalah bertimpa-timpa. Datang dari masalah peribadi, tiba2 datang masalah yang sebegini. Banyak dugaan yang datang. Tapi, makin lama saya rasa makin kuat. Biar tangisan mengalir tapi hati tetap kuat, dan masih mampu bertahan dari rosaknya iman saya. Orang tidak tahu, mungkin saya nampak tenag dan bahagia tapi sebenarnya? begitu juga orang2 yang mungkin mengalami masalah seperti saya atau lebih teruk lagi. Hakikatnya, kita semua ada masalah. Makin banyak dugaan datang, makin banyak pahala kita dapat kalau kita kuat hadapinya. Itulah nikmat dugaan yang Tuhan bagi sebenarnya.

Pengalaman kena ragut umpama memberi saya kesedaran lebih terhadap bahaya nya dunia luar tambah2 bila sudah semakin meningkat dewasa. Walaupun duduk di rumah sekali[pun tetap ada bahayanya juga. Cuma takdir saja yang menetukan qada & qadar hidup kita. Makin banyak ragam hidup kita kenal. Tidak seperti waktu kanak2, hanya tahu menerima dan melihat.
Peragut tak kenal usia tua muda tempat semua. Biarlah apa dah jadi, Sumpah seranah dan solat hajat orang yang lemah adalah kaedah terbaik untuk kita berdoa agar Tuhan memberi balasan terbaik pada dia. 

Disini, saya ingin berkongsi tips untuk mengelak dari dicuri dan diragut, sekurang2nya ada cara dari pengalaman lepas.
  • Kalau boleh bawalah beg sempang bahu. 
  • Semasa melintas, tolong jangan lupa pegang beg tangan dengan kemas dan sentiasa beringat bahaya ada dimana. Mungkin bahaya sedang perhati kita
  • Sebaiknya jika nasib tidak baik anda kena ragut, JERITLAH! TOLONG!!!!!!!!!!!!!!
  • Barang yang dibawa haruslah minima dan jangan bawa beg terlalu berat dan besar. Berkemungkinan bahaya yang sedang perhati itu dapat mengagak kita membawa barang berharga di dalam beg.
  • Akhir sekali, jangan lupa baca bismillah semasa melangkah keluar dari rumah supaya tidak ada kejadian tidak diingini berlaku semasa kita melangkah keluar dari rumah. 

p/s : semoga Tuhan makbulkan doa orang yang teraniaya tambah2 doa anak yatim perempuan. Amin.

Wednesday, February 16, 2011

Pergilah.. Tuhan Lebih sayang Papa.


Dah hampir 6 hari berlalu. Rasa macam PAPA masih berada di rumah. Setiap pagi pukul 7, PAPA dah gerak pergi kerja. Kalau dulu PAPA pergi dengan motosikal 125z yang dah bertukar wajah sekarang oleh adik, Faiz. Dulu, dengarlah bunyi ketak-ketak nak hidupkan motosikal pagi2. Selalu teringat beberapa hari ini. Kalau balik, PAPA balik pukul 6 petang. Sampai bawah rumah, Anis dah bunyi sorak gembira dia sambut PAPA balik. Kakyuyu rindu momen2 itu PA. 

Kakyu tahu PAPA dah lama sakit. Sakit jantung. Sakit yang makin menjadi2 dengan semakin banyak organ penting turut rosak. Kakyu tengok PAPA dari jauh. Kakyu tahu, pagi2 buta pukul 3, 4 pagi, mesti PAPA terbangun. Terbangun sebab tengah tahan sakit PAPA. Hari2 terakhir PAPA ada kat rumah, kakyu tengok PAPA jalan berdikit-dikit. Perlahan-lahan. Sayu hati Kakyu. Bukan tak nak tolong, tapi rasa sebak, PAPA semacam kuat. Taknak siapa2 tolong PAPA. PAPA tak pernah susahkan anak2 PAPA mintak tolong ambik itu ini. PAPA tak nak ganggu tidur nyenyak anak2 PAPA yang mungkin tengah bermimpi indah. 


PA...
Kakyu masih terkenang masa PAPA minta Kakyu bacakan Yasin untuk PAPA sebelum PAPA kene bedah potong kaki. Padahal, PAPA potong kaki je. Tapi PAPA pinta Kakyu bacakan Yasin untuk PAPA. Lepas Kakyu keluar dari bilik PAPA sebelum PAPA dibedah kaki, Kakyu ada terbaca, PAPA tulis pada PokWa, "Aku rasa tenang dengar Kakyu boleh baca Alquran"...
Kakyu baca Yasin untuk PAPA, depan PAPA sambil menangis. Sudah habis baca Kakyu baca doa untuk PAPA, PAPA pun berdoa sekali. Rupanya PA, tak sangka itu adalah Yasin terakhir dari Kakyu untuk PAPA. PAPA dah lama tak dengar Kakyu mengaji kat rumah kan? sebab Kakyu sibuk kat U. Seminggu sebelum PAPA pergi itulah Yasin mungkin paling berhagra dari Kakyu untuk PAPA. Mesti PAPA rasa lega, dalam hidup PAPA dah didik anak PAPA sampai anak perempuan PAPA yang sulung ini boleh mengaji Alquran dengan baik. 

Kaki PAPA yang dah dipotong sebelah seminggu sebelum PAPA pergi, kaki itulah juga yang banyak sangat berjasa. Kaki itu lah yang menghidupkan enjin motosikal dari jauh Sg Buloh ke SMK Jalan 3 Bangi, semata2 nak ambil Kakyu balik Kajang. Kaki itulah yang menekan pedal minyak dan clutch kereta dari Rawang <> Sg Petani beratus2 kilometer untuk ambil dan hantar Kakyu. PAPA sanggup. PAPA tahu PAPA tak larat nak ambil Kakyu, tapi PAPA ambil juga. PAPA dingin dengan Kakyu tapi sanggup belikan DELL speaker untuk ambil hati Kakyu. Macam2 lagi PAPA buat untuk anak sulung PAPA.

PAPA....
Kakyu teringin nak bercakap dengan PAPA lagi..Sebab Kakyu tak banyak luang masa berborak dengan PAPA masa hidup PAPA. PAPA nak tahu, 11.02.2011 itu tarikh cantik, PA. Hari Jumaat, PA. PA nak tahu, PAPA punya liang lahad PokWa cakap cantik. Indah. Itulah liang lahad yang sebenar. PAPA nak tahu, tempat semayam PAPA bawah pokok rendang, PA. Tanah pun cantik PA. PAPA pergi, ramai nak tolong keluarga PAPA. Hayat hidup PAPA, baru Kakyu tahu, PAPA pergi dengan 3 perkara penting sebagai seorang manusia. Pertama, ilmu yang PAPA turunkan semasa PAPA mengajar anak2 murid PAPA, kedua amal jariah yang PAPA selalu tak ambil wang kalau PAPA ikhlas nak tolong orang macam tolong selesaikan kad kahwin yang banyak. PAPA tak ambil kesempatan tapi PAPA bagi lagi pinjam. Akhir sekali, doa anak2 yang soleh. PA, Kakyu dan adik2 belum cukup sempurna untuk dipanggil anak soleh untuk UMI dan PAPA. Tapi, sekurang2nya, kami adik beradik selalu berdoa untuk kebahagiaan dan ketenangan jiwa dan rohani untuk UMI dan PAPA.  Walaupun Kakyu tak redha pada mulanya kalau PAPA pergi, sekarang Kakyu bersyukur. Kakyu dah lepaskan PAPA pergi. Pergila PAPA. PAPA dah terlalu lama sakit, menderita dari dalam. PAPA pergi dengan senyum dan tenang. Alhamdulillah, semua anak2 PAPA dan UMI ada di sisi PAPA semasa PAPA hembus nafas terakhir. Kakyu tak nak bagi PAPA sakit seksa lagi. Kakyu dah tak nak PAPA seksa lagi. UMI pun dah cukup penat. Kesian UMI. Kehilangan PAPA sudah UMI redha, seolah-olah UMI sudah tahu, UMI pun sudah 2 kali rasa kepergian orang tersayang iaitu MEK(nenek) dan PakCik Suri (adik UMI). UMI cukup tabah sepanjang hidup dia, PA. PAPA mesti tak nak UMI susah lagi kan? PAPA nak Kakyu dan adik2 jaga UMI, kan?

PAPA, 

Kakyu dan adik2 tak sempat nak buat PAPA bangga dengan harapan PAPA dari anak2. Walaupun PAPA sempat lihat Kakyu graduasi, tapi Munir sedih, PAPA tak sempat tengok dia grad. 

PAPA, terima kasih kerana menjaga Kakyu dan adik2 dan UMI sepanjang hayat PAPA. Moga PAPA tenang ya. Amin ya Rabbal alamin.

p/s: Terima kasih, PA. :.)


Friday, February 4, 2011

IJN, rumah ketiga.


Sudah hampir sebulan lebih. IJN aka Institut Jantung Negara, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Buat apa kat sini? Sebulan? Siapa sakit? Lamanya...

Ya, sebulan. Masakan tidak, penyakit tak habis-habis. Bukan merungut, tapi kalau dah sebulan terlantar, takkan bercuti 'heaven' dalam hospital. Kesian UMI, kena jaga PAPA. Waktu melawat sahaja boleh jumpa PAPA. Wad di CCU, tak kiralah CCU ke, ICU ke memang kawalan ketat. Eh, bukan semua hospital macam tu ke? Kalau duit banyak, boleh la 'stay' lama lagi kalau nak sembuh tu ambil masa. 


Sebulan itu lama bagi orang-orang yang kurang mampu. Mana taknya, terpaksa ulang alik. Kalau 'stay' IJN hari2, mati kejang jawabnya. Tahap kesejukkan melampau sangat, sampai nak mandi pun rasanya macam hidup luar negara je. (Fhm2 jele.. (-.-') ). Adik-adik lagi nak bersekolah. Kalau ada orang gaji, mesti senang hati je lepak di IJN ni. Memang mimpilah semua tu.


Sayu lihat UMI menyapu air zam-zam di muka PAPA. Setahu saya, walau teruk mana seseorang itu sakit tak kiralah ada pertalian atau tidak, UMI tetap layan dengan sepenuh jiwa dia. Memang nampak sangat air muka yang tak pernah meminta balasan. Sayu.~ Kadang-kadang UMI keseorangan. Dia mengukir senyuman bila ada datang melawat atau tegur menegur dengan keluarga pesakit yang senasib. Bila dia seorang, saya sendiri tak mampu bergurau dengannya. Saya akui, silap saya kerana biarkan dia sepi seorang diri menjaga PAPA. Namun, banyak kesulitan yang tak dapat saya elak. Saya lihat sendiri, UMI berdiri di hujung tangga, merenung jauh di luar pintu masuk utama IJN. Mahu bercakap dengannya, mahu bergurau dengannya, mahu menghilangkan bimbang di hatinya. Tapi, saya sendiri lemah. Dikala saya sedang berhilai tawa dengan rakan2 dan teman tersayang, sebesar mana pun nampaknya gigi yang dilihat terbuka dengan senyuman, sebesar mana lautan bergelora, seperti itulah hati ini tidak tenang. 


Bagi saya, mungkin rumah ketiga, Bagi UMI dan PAPA, ianya rumah kedua. 
Tapi, saya mengharapkan tiada lagi rumah kedua atau ketiga selain rumah kami. Papa baru lepasi pembedahan membuang kaki kiri. Nak ikutkan, doktor sendiri pelik kerana PAPA tak pernah ada kencing manis. Tapi terpaksa dipotong kerana sudah terlalu buruk. Jari-jari kaki di kaki rosak itu masih berfungsi, masih ada 'nyawa'nya. Tapi sayang, hidupnya tak panjang. 


p/s: Walaupun seburuk mana seseorang manusia di mata kasar kita, janganlah kita sesekali memandang prasangka buruk walaupun sampai ke liang lahad. Sedangkan kita sendiri sudah buruk dengan adanya prasangka buruk. Banyaknya dosa dan pahala hanya Allah sahaja yang tahu.

Monday, January 31, 2011

Dia Tak Sempurna.


Setelah aku semakin sedar dari ilusi, rupanya aku telah bermimpi di alam nyata. Alam yang sangat perit, pedih dan kejam nya yang amat. 

Selama ini aku hanya merintih, merintih kepada perkara yang belum aku sedar dan belum juga aku kenali sebenar apa itu yang aku cari. Aku menyumpah seranah kepada dia.Sumpah kerana mengapa aku di bawah lindungan dia, kenapa aku di bawah telunjuk dia, kenapa aku lahir dari situ. Aku kecewa dengan dia. Aku kecewa amat. Sangat. Aku pedih dengar isterinya mengata-ngata. Mengata kerana rintihan. Aku kecewa amat. Sangat. Terlalu. Kenapa? Kenapa dia? Kenapa dia? dan kenapa dia. ya Tuhan? 

Aku lemah. Apatah lagi isterinya. Apatah lagi isterinya yang ku dengar cerita dari mulutnya tidak pernah bahagia dari kecil. Aku menangis. Aku terus menangis. Aku terus menerus menangis sampai air mata bukan tak mampu lagi keluar, tapi air mata itu sendiri sudah tidak larat, jemu untuk melihat dunia gila ini. Air mata itu sendiri sudah jemu untuk di keringkan dengan usap sapu tangan itu. Air mata itu sudah cukup benci untuk keluar lagi. Aku sudah tidak sanggup dengar lagi rintihan si isteri bahkan juga seorang ibu itu. Isteri itu cukup lelah, ya Allah. Isteri itu cukup terseksa jiwa batinnya ya Allah. Hidup si isteri itu tidak pernah bahagia ya Allah. Sampai ke zuriat kandung sendiri pun Kau uji si isteri ini ya Allah. Mengapa kau uji sebegitu kali ya Allah? Mengapa dia tidak pernah diberi nikmat untuk bahagia ya Allah? Kau turunkan rezeki dugaan apa ya Allah? Aku hanya mampu berharap ya Allah, sesusah hidup dia dari kecil hingga saat hembus nya nafas terakhir, kau berilah Syurga Firdausi yang paling layak dengan orang2 beriman di atas sana ya Allah. Mungkin doaku hanya sejemput untuk meminta permintaan yang paling besarnya sebesar2 ciptaan alam Mu, tapi nikmat yang Kau bakal beri pada si isteri harap setimpal dengan dugaan telah Kau beri.

Aku bertanya kenapa?
Sampai sekarang baru aku sedar kenapa aku bertanya Kenapa? Dia tak sempurna. Hidup dia tak sempurna sebagai manusia beriman. Walau aku sendiri jahil. Aku tahu, kerana aku memahami cara hidup isteri dan si dia itu. Dia memang tidak sempurna. Bukan menghina. Si isteri tidak pernah meminta Ya Allah, wang harta tidak pernah ya Allah. Tapi Kau beri si isteri itu penyakit kepada dia ya Allah. Penyakit dia yang hanya si isteri itu sahaja yang paling lelah memikulnya ya Allah. Sedangkan sepanjang hayat si dia ya Allah, si isteri sakit si dia tidak pernah menatang sekali. Tidak pernah dibelai seperti orang sakit sekali. Apakah makna keadilan yang Kau cipta ya Allah. Ya, mungkin adil itu ada selepas alam barzakh itu nanti. 

Dia itu tidak sempurna. Walau macam mana cara sekalipun aku memaksa untuk nasihat, untuk merubah walau sekelumit cara, dia ego. Aku faham benar dengan sifatnya. Walaupun aku merasa sakitnya hati kenapa aku perlu berada di sini. Disaat dia sihat, aku senang hati. Aku juga senang hati melihat si isteri itu senang hati. Aku senang hati sangat. Namun, sakitnya kini bertambah-tambah. Bertambah buruk dan hanya Tuhan sahaja tahu ajal maut itu di mana. Aku takut. Aku takut si isteri itu tidak mampu lagi menanggung derita seorang diri. Aku faham benar hilangnya seorang suami. Inikan seorang kekasih. Aku tak mahu lihat dia seorang diri tanpa si suami. Si suami itulah yang pernah beri nafkah zahir batin baginya. Hilangnya suami itu, hilanglah separuh nyawa bagi si isteri. Biar dia tak sempurna, tapi doa anak-anak yang satu itu inshaAllah menjadi penghubung dia ke jalan syurga. Amin. Aku melihat si dia terbaring di katil wad. Hati mana yang tak luluh bila melihat lihat keadaan si dia yang umpama nyawa-nyawa ikan. Menyedut dan melepas seperti tak cukup oksigen. Sekejap hati rasa marah. Sekejap hati rasa sayu. Marah kerana perkara dulu. Marah kerana egonya sendiri. Marah kerana syaitan. Namun sayu kerana dia sakit. Sayu kerana hanya berharap kuasa dan keajaiban Tuhan. Jika Tuhan kata pergi, maka pergilah dia. 

p/s: Sempurna manusia itu adalah bangsat bagi aku. Kerana Allah yang Maha Sempurna.

Wednesday, January 26, 2011

Game over!



Dah cuba game dalam entri sebelum ini:? Kalau belum, tak apa, cubalah! Kalau dah cuba tapi tak dapat, inilah permainan yang sebenar. Boleh buat??

p/s: cara permainan boleh dirujuk dalam entri sebelum ini. Minta maaf jika terdapat kekurangan dan kecacatan dalam entri. harap maklum.