cuteback

Monday, November 26, 2012

Ummi..ummi...ummi...







Papa, Ayah, Abah, Baba, Daddy, Walid,
Pun belum mampu menggalas tanggungan seorang ibu atau umi, atau mama, atau mak, mummy..

Aku terkesan dengan seorang hamba Allah, aka seorang ibu yang sudah punya cucu.. nenek la kan? Umur dah 50. Huhhmh. Apabila melihat kesungguhan beliau yang sanggup bergadai nyawa semata nak langsaikan hutang anak2 dia, sampai sanggup jumpe ahlong. Dia bekerja, tapi tak semestinya kena bagi duit pada anak2. Mana balasan anak2 kepada orang tua ini????!! Bangsat! Aku rasa ini kejam.
Aku lihat, aku sakit hati, tapi apakan daya, kesungguhan dan kasih sayang seorang ibu TAK BERBELAH BAGI wahai anak2. :.(
Janganlah terkejar senang dunia nak pakai kereta best2, nak jugak pakai Astro, nak jugak Ipad, nak jugak PSP, kalau kau tak mampu, BUAT CARA TAK MAMPU, kau buat untuk oranglain tengok kemewahan dunia kau. Caranya salah satu, kau pinta si ibu ini bayarkan ansuran kereta kau, ansuran astro bulanan yang sebenarnya kau je yang tengok, mak bapak kau tak tengok pun, TAK RETI,
Kenapa tak buat apa yang Allah nak tengok? siapa manusia2 atau kawan2 kau, yang nak bagi tunjuk sangat kemewahan kau tu? Dorang Tuhan kau ke nak dewakan apa yang kemewahan kau ada pada manusia sama warna tahi macam kau?
Kenapa tak suke besederhana? Sebab kau rasa tak cukup?? Huh! Memang tak cukup pun. Rasa tak puas la kan. Orang lain boleh, kenapa aku tak boleh pakai?

Tapi, Kenapa masih meminta dari ibu? kau sudah punya suami/isteri dan anak sendiri.. kenapa tak jadi seperti dia, carikan punca duit utk anak2 engkau pula?!
Kau buka lagi kanak2 hingusan, ada kemaluan sudah berbulu. Maaf! Kesat sekali kata aku, tapi aku marah!.
Mungkin ada yang akan kata,
" Kau apa peduli dengan kami, suke hatilah nak minta apa2 dengan mak bapak kami, dorang yg lahirkan kami",Bukan kau. Argh!
Habis tu, kau beranak nanti, paksa lah anak2 engkau mintak apa yang mereka mahu pulak ok?! :)
Itu bagus kan? Aku pun takkan peduli kau sanggup mati dikejar peminjam wang hanya kerana anak2 engkau. Nanti kau boleh rasa apa yang mak kau rasa dulu. Sebab kau kata kau tak peduli. Aku menyokong apa yang kau kata itu. Aku lagi suka, Biar mampos dek kerana anak2 kau sahaja. errr, anak2 kau dah besar panjang kan? takpe..dah kerja kecik besar pun boleh minta pada kau lagi, itu semua kau yang tanggung. Kau kan tak peduli. Apa aku peduli.

kenapa kau tak fikir mak kau tu yang bancuh susu, goncang2 susu sampai sebati, suap kat mulut kau, bagi kau kembang besar macam sekarang? Heyyy! baik kau mati daripada membazir tenaga mak kau. Mak kau boleh hidup buat ibadah mengadap Tuhan sepanjang hayat pun tak apa. Tak ada dosa. Jangan sesekali pijak kepala mak ayah kau. Dorang bukan kuat SASA macam korang, angkat baldi pun patah urat, kau angkat lesung tumbuk pun bising macam hanjing berkeliaran.

Seronok2 lah ye :)  Buat syaitan goyang kaki atas mangkuk tandas bilik air kau, buat syaitan tu macam maharaja sebab dah berjaya tawan manusia bodoh macam ni, berlaku kejam ke atas ibu kau,
Urggh! Fullstop.

No comments:

Post a Comment