cuteback

Monday, August 27, 2012

BERNAMA offer practical training, Alhamdulillah

10:27 am, 27 August 2012
BERNAMA  : hello, saya bercakap dengan cik Nurul ......?
aku              : ya saya, siapa ye saya bercakap?
BERNAMA  : saya dari agensi BERNAMA, saya terima surat tawaran practical dari pihak universiti awak,
aku              : aha..ok..
BERNAMA  : kalau saya offer awak ke BERNAMA branch di Shah Alam, boleh?
aku              : (dalam hati... lagi dekat ngn rumah sewa aku tuh!). boleh!
BERNAMA  : ok, saya nak tanya, awak ade transport?
aku              : -.-''  ade.
BERNAMA  : ok, boleh. kalau macam tu baguslah.
aku              : so, macam saya nak hubungi pihak sana untuk dapatkan info lanjut?
BERNAMA  : (Yunus) ok, nanti saya akan sediakan application ke biro (branch) Shah Alam untuk keluarkan surat rasmi.
ttetttt....
...................................................................................................................................................................
AAaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ko tak excited ke wey kalau pihak Msia National News Agency call korang untuk berkhidmat dengan dorang??
Letak je telefon, aku rasa nak menjerit satu office Pusat Mel Nasional, POS Malaysia ni. Fyi, aku tengah cuti semester second last sem. So, aku keje sementara kat sini dengan kawan2.
Lepas je letak fon, aku terus call UMI aku, Alhamdulillah aku respon. Doa mak aku tu. Sebab 2,3 hari sebelum dapat call ni, kitorang ade lalu Jln Tun Razak, ade BERNAMA building depan IJN tu, maybe la mak aku doa2 terus. Alhamdulillah. Then, aku terus mesej kwn2 rapat aku.
Yela! Share the Happiness everywhere! :D
I can feel the glory of happiness. yes!
ok, sebenarnya tu pilihan ke 2 aku selepas RTM, pilihan ke 3 baru TV3. Seumpama ambil risiko dengan tiga2 agensi ni, RTM tu pun rebutan, BERNAMA tu national news kot, TV3, persaingan sengit sangat. Apa pun, Alhamdulillah. syukur sangat2. Aku redha je dapat mana2. Walaupun rasanya susah nak buat kerja nanti. Seriau pun ade.
ok, guys! inshaAllah, bermulanya misi seorang anak muda usia jagung muda, haha! lepas ni, boleh berblog entah bila lagi.Yang pasti, post mungkin banyak pasal current issue. InshaAllah. doakan aku boleh buatlah. Amin
amin ya rabbal alamin.


Thursday, August 16, 2012

Sedangkan Iman Tak Diwarisi


Memang benar agaknya kan tanda kiamat semakin terasa, semakin jelas. Perang besar sana-sini, pendakwah wanita semakin senteng hijabnya, alim ulama' lelaki pula seakan kurang sudah aktiviti dakwahnya, malah mula mengeluarkan fatwa sendiri, sampai orang2 pun meragui ilmu agamanya entah ke mana. pangkat dan status tenggelamkan iman.

Itu tanda2 kecil kiamat kan? ok, dari apa yang aku dengarlah. dan aku lihat sendiri juga apa yang tengah jadi dalam dunia sekarang.

Btw,
Intro aku sebenarnya nak mengingatkan aku sendiri, mana tidaknya, sedang alim ulama juga tidak tahan dengan nafsu dunia, pengaruh syaitan menjadi-jadi.

Kadang2, kita terlupa sekejap.
Nak imbas kembali.
Imbas kembali apa yang kita dah belajar masa kat sekolah dulu, subjek Pendidikan Islam, dan juga waktu sekolah agama, subjek2 fardhu ain dan fardhu kifayah.

Seronok benar melayari kehidupan remaja, dewasa, dapat rasa bagaimana rasa jadi remaja, jadi dewasa. Hanyut dengan pengaruh dan trend. Tapi sikit pun rasa tak sempat nak ingat balik hal-hal fiqh, tauhid, sirah dan segala berkaitanlah.

Susah nak jadi sebaik2 Muslim/Muslimah, orang yang nak berubah jadi baik pun susah sedangkan iman setinggi langit pun boleh runtuh.Tapi, bukan susah untuk sentiasa kita beringat2 dalam kepala, tetapkan iman. Cakap memang pandai kan?

Tapi, itulah yang aku tengah lalui. Aku masih berjinak2 dengan kebesaran Allah, namun ada sesekali juga aku khayal dan leka. Pernah aku berniat, berazam jugakla kira. Tahun 2012 ni dari awal tahun kalau boleh dalam sehari, mesti ada juga solat sekali. Tak kisah solat apa. Memang macam tak patut, sebab solat wajib kan. Tapi, aku tak boleh terus drastik, nanti aku cepat malas dan putus asa. Sebelum ni, memang MALAS tu meraja betul dalam diri. SANGAT2. Namun, aku cuba perlahan-lahan. "Biar lambat, asal selamat". Alhamdulillah, dah masuk bulan  Ogos, bulan Ramadhan 2012, aku dah boleh solat penuh.

Dalam Islam pun tiada paksaan. Jadi, perlahan-lahan aku lakukan. Bulan puasa ni penuh. Aku tanam niat lagi. Mencari keredhaan, dan paling aku nak, ketenangan jiwa. Setiap masa aku menangis dalam gelita, kerana rindukan Papa. Rindukan kasih sayang Umiku. Paling bahgia yang pernah aku rasa, aku pernah menangis rindu kerana Dia. Ya Allah, tak boleh gambar Ya Allah.

Mungkin luaran aku, seperti perempuan biasa. Yang sama seperti gadis2 di tepi jalan, di shopping complex, di tempat kerja, di mana-mana. Ya, aku tidak kisah pada luaran it lagi. Aku masih lumpuh iman. Cuba untuk menutup aurat, namun, bukan aku tak bersedia.

Tapi aku mencari cara dan matlamat, supaya aku benar2 menutup aurat. dan idola IDEAL aku adalah Wardina Safiyyah dan Irma Hasmie. Keduanya berhijrah, tanpa publisiti, tanpa war-war kepada semua. Dan, keduanya juga sibuk dengan aktiviti sendiri, memajukan diri dalam ilmu ad-Din ini. dan, keduanya benar2 menutup aurat tanpa pakaian ketat dan jarang langsung. Tanpa jeans, tanpa bonjolan di kepala.

sentiasa2 bermuhasabah diri supaya lebih banyak bersabar dengan dugaan Allah..


Tuesday, August 14, 2012

HATI, TOLONGLAH KUAT!


HATI, tolonglah kuat...
jangan biarkan suara-suara luar lemahkan mu..
jangan biarkan anasir-anasir yang xberupaya memberi mu kekuatan menjatuhkan mu
kuatlah HATI...

Mana mampu kau bertahan..
Wahai HATI..
dengan kata-kata tajam semacam pisau, pedang, parang, atau apa jua bilahan tajam..
Mana juga kau mampu bertahan..
dengan kata-kata nista bagai membunuh mu..ibarat bagai dicincang-cincang..
malah,
sajak, syair, puisi seindah matahari terbit pun tak mampu beri yang terbaik, hanya berlapikkan dusta
syaitan juga sungguh benar mempengaruhi mu
khayalkan mu dengan baik sekali tutur kata si penipu tolol ini.
aduh!!
sakitnya..
kuatkah wahai HATI??..
kenapa perasaan pula yang terasa?
kenapa jasad pula yang ngilu?

HATI...
kau menangis..tapi siapa yang mampu lihat tangisan paling luhur dan rapuh itu?
air mata manusia juga kadang palsu, pura, tipu, semu,

Wahai HATI,
sentiasalah ingatkan lidah menuturkan dzikir padaNya,
sentiasalah ingatkan perasaan imbangkan rasa supaya tiada siapa dapat mengagak, menjangka, atau mengamati aktualiti perasaan sebenar HATImu
sentiasalah ingatkan jasad akan had setiap laku..

hanya itu sahaja yang mampu buat kau KUAT.
HATI,
rayuku padamu,
tabahlah..
senyumlah,
tenanglah..

tiada siapa pun berani menafsir,
khilafnya tafsiran mungkin timbul fitnah wasangka,

KUATLAH wahai HATI,

 


Friday, July 27, 2012

Rasa MencintaiMu, Rasulku, dan Umi&Papaku


hamba Allah berkata,, kwn dia terdahulu, time puasa je, nampak sangat rajin solat, tak pernah tinggal, bila dah habis puasa, back to normal, tak seperti bulan puasa rajin sangat buat ibadah.
bagi aku.
apa yang aku dengarkan dari tazkirah perantara tarawah 8 rakaat hari ke 7 di Masjid Tuanku Mizan, UiTM, Shah Alam, penceramah menyarankan dengan "memaksimumkan ibadah di bulan Ramadan Mubarak ini dengan sentiasa dan banykkan berdoa, banyakkan tadarus AlQuran dan sebagainya, kerana bulan penuh rahmat ini inshaAllah akan Dia perkenankan".

Ya, itu yang ku sedang lakukan, namun, bukan dengan niat tidak baik, it's comes naturally.
Apa yang aku ingin buat, secara tidak sengaja lahir sendiri dari hati, bukan planning2, bukan disuruh, bukan ikut2 orang,BUKAN.
Sungguh,
Setelah masuk 7 hari, aku tersedar, apa yang aku telah lakukan, inshaAllah, dengan ikhlas hati aku.
tentang menunjuk ke, semangat buat ibadah ke, itu urusan dengan Tuhan, asalkan buat, daripada tak buat dan pandai cakap, tak untung apa. rasanya ada rugi pape tak? :P

Ramadhan tahun ni, macam lain sikit bagi aku. perjalanan hidup buat aku jadi lebih ke arah mencari ketenangan jiwa, dengan berpaksikan iman kepadaNya. Sumpah, sakit rasanya duga payah ini, tapi hanya Allah sahaja yang mampu menolong hambaNya.

Rasa kecintaan padaNya tumbuh sikit2, manakan tidak, doaku Dia makbulkan. Alhamdulillah..
aku lihat penambahbaikan pada umi dan adik2ku, dari segala sudut segi. :) Sekecil mana pun perubahan tersebut, besar hatiku memanjatkan kesyukuran padaNya.
Cuma,
Ingin sekali aku merasa nikmat cintakan Allah itu. bagaimana ye?
Namun,
Dengan Doa sahaja aku mampu lakukan, "Aku ingin menhambakan diri kepada Allah" ya, menjadi hambaNya, bukan lain.

Mencintai ibubapaku dengan berbakti kepada mereka, bukan abaikan mereka, bukan sakiti hati mereka,
Mencintai Rasul dengan mengikuti amalan dan sunnah baginda, kerana baginda utusanNya, menyampaikan apa yang Allah suruh,
Mencintai Allah.... hmmh.. aku ingin rasa kecintaan Dia, bagaimana...


Wednesday, May 9, 2012

karena wanita terlalu ingin dimengerti


Imbau kembali lagu lama...

Lekuk indah hadirkan pesona
Kemuliaan bagi yang memandang
Setiamu simbol keanggunan
Khas perawan yang kau miliki
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Aku lah pengagum ragamu
Tak ingin ku menyakitimu
Lindungi dari sengat dunia yang mengancam
Nodai sucinya lahirmu

Reff:
Karena wanita ingin di mengerti
Lewat tutur lembut dan laku agung
Karena wanita ingin di mengerti
Manjakan dia dengan kasih sayang
Inginku ajak engkau menari
Mandi hangat cahaya bulan
Sebagai tanda kebahagiaan
Bagi semesta cinta kita

Kembali ke reff
Bintang terang itulah dirimu
Janganlah redup dan mati
Aku dibelakangmu memeluk
Dan menjagamu

Monday, April 9, 2012

Fynn Jamal's piece.

Shared from a true friend. 




kasihan seorang perempuan.

diam-- dia lemah.
lantang-- nampak salah.
mesra-- dia sundal.
pasif-- suami gatal.

kahwin-- "bila beranak?"
tak kahwin-- pasti digelak.
berzuriat-- xcukup sempurna.
tak berisi-- lagi dikata.

berhijab-- tak cukup labuh.
tanpa tutup-- lagilah heboh.
setia-- dimadu sana sini.
curang-- dicanang keji.

terlalu cinta-- dimain2kan.
terlalu berjaga-- dimarah2kan.
sering nangis-- rimas selalu.
mata kering-- dipanggil batu.

orang mendosa-- yang salah perempuan.
bila pahala-- lelaki diagungkan.
buat betul-- pelbagai dipersoal.
buat silap-- sekampung berbual.

aduhai--
betapa kasihan;
betapa kasihan.

*pause*

kadang2 bila aku baca status2 chauvinist di fesbuk, aku rasa macam hendak komen dan maki selalu. aku tidaklah seorang anti lelaki, jauh sekali seorang feminis. aku cuma keadilan dalam pertimbangan.

baca status2 'jantan konon2' ini buat aku hendak muntah. beri nasihat itu ini pada wanita tapi dia sendiri melakukan perkara2 yang menjadikan perbuatan wanita yang dikata itu suatu fenomena.

contoh:
bersinis tentang perempuan bergambar tidak sopan.
SENDIRI ada gambar dalam kelab malam sama perempuan.
bertegas tentang aurat perempuan dan berkeras tentangnya.
SENDIRI cuma bergaul dengan mereka2 berkain atas peha.

apa cerita?

apa yang aku nampakkan,
zaman ini--
untuk menjadi perempuan yang diterima--
seorang perempuan perlu bertanya.

"abang hendak saya jadi apa?"

hakikatnya;
kalau tanya pada singa,
mestilah laparnya pada daging.
kalau tanya pada serama,
mertilah laparnya pada emping.

soalnya wahai perempuan--
"adik hendak jadi apa?"

kalau hendak jadi lauk,
masaklah tubuh sampai semerbak.
kalau hendak jadi ilmu,
lakarlah tubuh bertulisan berselerak.

kita yang pilih kita siapa.

*pause*

wahai perempuan.
semua jenis perempuan telah pernah aku jadi.
semua jenis perempuan--
DEMI diterima lelaki.

apa untungnya?
hati yang mati.
jiwa yang lari.

sudah2lah tu, wahai perempuan.
kasihankan diri kita.
sayangkan diri kita.

simpankan--
setiap kasih setiap cinta setiap rasa setiap manja--
pada seseorang bernama suami.

kerana--
selagi KITA tak terima diri ini;
selamanya kita saham yang rugi.
berhenti.

berhenti puaskan satu dunia.
berhenti--
dan buat APA yang kita SENDIRI rasa kita bahagia.

*pause*

kasihan.
kasihan seorang perempuan.
tapi menguntungkan.

kerana--
dibilang lemah, salah, sundal, gatal.
digelak, dimain, dimarah, ditujal.

kalau cuma dia senyum dan redha sabarkan--
berkecai semua--
berjemput ke syurga.

Wednesday, March 21, 2012

Ada cahaya celah daun malam


Tuhan dah bawa aku sampai dunia sini. Dunia yang terlalu misteri buat aku untuk menggali erti kehidupan yang tinggal. Lama ku ambil masa bersendirian, sampai ke mana sahaja aku seperti disorongkan jalan. Rasa seperti terhuyung hanyang di dalam dunia sendiri. di dalam kalut, ribut, celaru, dan terbantut untuk berfikir lebih rasional dalam meneruskan hidup. Membenarkan sesuatu seperti syaitanirojim memperlakukan pada aku apa sahaja yang ia suruh. Ke sana, ke sini. Tapi aku sedar, umpama hamba abdi pada tuannya. Mengikut tanpa rasa apa, tapi masih mempunyai hati dan perasaan bahawa aku terlalu terseksa dan keseorangan. Siapa lagi manusia, binatang atau tumbuhan, yang perlu aku adu. Sedangkan batu pun tidak boleh berbuat apa. 

Maka disampaikan pada mereka orang yang baik-baik sekiranya hati kita berniat baik dan ikhlas. Alhamdulillah. Ajakan dan semangat terkadang menyuntik dalam diri. Namun, tuan punya badan, tiada siapa yang dapat rasa. Dalam hambar, ada lirik cahaya menyuluh ke sini. Di mana sinarnya?? Dari mana datangnya?? Siapa yang bawakan sinar itu??


Bila masa, di mana dan bagaimana, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui ceritaNya. Bagaimana harus aku percaya lagi. Aku hanya percaya pada diri sendiri. Hanya Allah Maha Besar yang berhak ke atas setiap perlakuan hambaNya, dan aku salah seorang dari barangNya yang tak terkira 7 petala langit dan bumi. Jadi hanya Dia sahaja aku percaya, kerana Dia tak pernah mungkir janji. 

Sampai ku ketemu sesuatu yang tak bisa aku halang. Sukarnya menjadi teman atau sahabat manusia itu sendiri. Sedangkan tidak banyak lagi waktu. Aku pernah mendengar sesuatu hadis, doa seorang sahabat untuk sahabat akan termakbul. Begitu juga aku. Bukan sekadar doa kepada kedua Papa dan Umi ku. Bukan sahaja untuk adik2ku, bukan sahaja untuk masa depan diriku. Tapi orang2 sekelilingku. Aku tidak sebijak mana, tapi aku mampu beza baik dan buruk. Pada pokok pangkal pandangan manusia, aku hanya kecil dan naif. Ya! Tapi aku mampu berfikir secara logikanya mana letaknya fitrah alam. Jadi aku tidak salahkan mereka. 

Mohon aku pada setiap satu doa, setiap seorang yang ku kenali, aku sudah bersedia memaafkan segalanya. Berkali2 mana pun silap dan khilaf, aku bukan Tuhan untuk menentukan hukuman. Sentiasa sahaja mohon ku agar mereka teruskan hidup dengan lebih baik dan sempurna. Ikhlas ku bukan dari lubuk hati, tapi lebih dari lubuk hati sendiri. Aku bukan terlalu baik untuk menjadi yang baik, dan aku juga tidak mahu jahat sehingga timbul kebencian dari mereka terhadap aku. Aku mahu yang terbaik dunia dan akhirat bersama.


Papa selalu dirindui, Umi selalu dikasihi... 

p/s: Ketika kita membuka mata, kita tersedardari tidur bahawasanya kita bernafas dengan nyawa Allah. Untuk kita terus menikmati hidup dan mencari ibadat. Terutamanya, mereka yang tahu tak punya masa lagi.