cuteback

Friday, December 31, 2010

Tolong kuatkan aku!



Masing2 dengan isu bola. Masing2 sudah 'happy' dengan kemenangan negara. Tapi bila sedih, ada tak yang 'happy' lagi? Mesti balik maki hamun."Apalah pemain Malaysia ni, hampeh lah, itu la inila." Masing2 berdoa " tolonglah menang, tolonglah menang, tolonglah". Bagus tu. Tapi tak semua semangat berdoa untuk Dia. Dia yang merancang menang atau kalah. 


Saya di sini sama sahaja. Neutral. 'Happy' pun ada, sedih lagi ada. :)

Tolong kuatkan aku.
Tuhan tolong beri hidayah & nur kepada kami.
Tuhan tolong beri peluang untuk kami bertaubat.
Tolong jangan biarkan jasad itu pergi dulu.

Oh Tuhan,
Jangan biarkan kami seperti tubuh kaku tak bergerak.
Jangan biarkan kami bingung di tengah2 lautan manusia.
Jangan biarkan kami terus alpa.

Oh Tuhan,
Hati dan fikiran sentiasa aktif berdoa kepadamu.
Mungkin solatku tak sempurna, wudukku tak sesuci-sucinya.
Mungkin hati masih hitam dengan tompok2 dosa.

Tapi aku tahu,
Aku insan hina & dina,
Aku insan sejahil manusia,
Aku tahu,
Semua tahu

Kau Maha Pengasih,
Kau Maha Penyayang,
Kau Maha Pengampun.
Kau sahaja mampu mengubah segala sistem alam.

Aku mohon, kuatkan lah semangat aku, kuatkan. Aku tidak mampu berdiri lagi dengan kata2, dengan cara, dengan niat. Ubahlah pendirianku lebih beriman. Ubahlah sikapku lebih matang. Kuatkanlah aku.

p/s: saya mahu kuat.

Sunday, December 12, 2010

ATV Motor 4x4

Ooomygoodaamnit!!! I just saw one of my friend list's album. Inside? whoa! It's ATV. Cool!
Dari dulu lagi pernah nampak dalam 'role veetee' di saluran REMAJA TV3 suatu ketika dahulu. Pada masa tu, sesiapa yang telah menjadi ahli MyTV3, secara tidak langsung dapat merasai 'one of Adventure Park Kuala Lumpur' extreme activities and one of my dreamoouuhhmannncool!!!, it's ATV ride! They have packages & rates for you to choose depend on your budget. heheheheh.. Tapi kat Kl macam agak 'costing' jugakla. but if don't mind, just go and ride as to the fullest!




for more info on this extreme stuff, start surf on ATV ADVENTURE PARK Malaysia
WOOOHOOO!!

Not to late if i mention the ATV-ezzyride.
It was near here. If i'm not mistaken, it was located in Kota Kemuning, Shah Alam. Is it still in Shah Alam? korek mi if am rong, plis? This place i would say that it's affordable and even your 5 years old brother still can ride, dude! Tak! Saya yang terlebih 'excited' sebenarnya. Mana taknya, sudah lama tak buat aktiviti lasak sejak diploma ni. Pernah sekali, tapi tak habis, Horseride! I miss my Rainbow in SP, Kedah. My coach had told me, "Rainbow really loves me, you can see through the way everywhere you stand, he stares at you at the moment. When you start to ride on him, you can easily became a fast learner".  Hahhh! ok, lupakan sekejap pasal Rainbow. Ok, ATV-ezzyride ada menyediakan pakej murah dan berpatutan. Tambahan lagi, 'new learners' yang baru nak belajar, servis ciri keselamatan juga dititkberatkan. Selain kembara dengan moto empat roda ekstrim ini, pada masa yang sama juga, anda dapat menikmati keindahan flora & fauna dan terlepas dari suasana bingit bandar penuh sesak. Nampaknya, setiap tahun lah agaknya saya akan kerja lepak di situ. Hahahaha!!

Kebetulan dekat betul dengan rumah my aunt, so it will be easier for me, after taking hours for the ride, i can go back to my aunt house and take a nap there for awhile. Hhahahahha! kejam.
Tapi sukan seperti ini taklah selalu dijadikan aktiviti wajib, sukan ini memakan kos juga. Sesiapa yang mampu, pergilah. Kalau belum mampu, kumpul duit banyak-banyak ya! :D

p/s : dah makin menjadi2 nature lover saya ni.

Wednesday, December 8, 2010

Kisah Hidup Punca Kosong


Selalu sahaja aku berjalan...
Selalu sahaja aku melihat sambil berjalan..
Selalu sahaja aku terfikir ketika aku melihat sambil aku berjalan-jalan..
Selalu sahaja aku terdengar kiri kanan telinga ku sambil menghidu bau hidup..
Dan terus tiba-tiba aku kosong...
Fikiran aku jadi kosong.. 
Untuk apa lagi aku berjalan...
Untuk apa lagi aku melihat lagi..
Untuk apa aku mendengar dan menghidu apa-apa yang telah membuat fikiran aku kosong?

Sepanjang perjalanan,
Aku melihat hidup di hadapan, sempat menoleh ke kiri dan ke kanan..
Namun sesekali aku juga melihat di belakang, 
Melihat di belakang takut2, hidup yang serba menakutkan itu masih ada di belakang aku.
Hidup yang cukup telat, pekat dan hitam untuk dilihat kembali.
Untuk apa lagi aku menoleh ke belakang..
Seharusnya aku harus terus pandang ke hadapan..

Sepanjang perjalanan aku...
Jasad-jasad seolah-olah datang berlari menerpa aku...
Datang untuk memberi aku sesuatu
Seolah-olah ingin memberi sesuatu untuk membantu aku..
Jasad-jasad itu juga sempat menunjuk arah ke hadapan.. 
seperti di alam maya...
gerakan yang terlalu perlahan...
Tiada bunyi...
Jasad-jasad itu menyuruh aku maju terus ke hadapan..
Sambil berkata tiada bunyi...

Ohh, hidup, 
aku datang dari punca kosong..
Aku telah lari dari hidup yang serba hitam..
Punca aku kosong..
Punca untuk aku terus membentuk warna, huruf dan angka sekali lagi...
Aku tidak harus lagi sendiri..
sendirian berjalan sambil melihat dan mendengar juga menghidu bau hidup
Aku ada jasad-jasad itu..
Jasad-jasad yang suci, pergerakannya halus dan rapuh namun masih kuat untuk membantu.
Aku harus sedar, hidup dengan punca kosong tidak pernah ada.
Yang ada hanyalah punca dibelakang.
Punca yang telah menjadi hidup aku kosong..

Majulah ke hadapan..
Jangan cari lagi punca itu..
Punca yang kosong.
Tapi cari cara.
cara dan jaya.
Jasad-jasad itu telah membantu aku sedikit sebanyak..
Mereka tidak mampu memberi banyak, 
Kerana mereka juga seperti aku..

p/s: Ini bukan karya,tapi luahan rasa. bukan untuk mencari seni berpuitis. Minta maaf jika terdapat bahasa yang tak kena. Sila beri tunjuk ajar. Sila betulkan saya, ya? :D


Saturday, November 6, 2010

Siapa lebih MATANG?!


Terdengar bicara dari pancasuara yang sangat kurang enak di dengar..
Terus jari jemari berligar-ligar di papan kekunci 'notebook'..
Dua biji mata kurniaan ini mencari-cari sudut tajuk atau artikel berkaitan....
Bicara tentang MATANG

Tertarik sungguh dengan perbincangan dan pendapat di blog jumpaan...


Bicara MATANG
Apa sebenarnya matang?

Pada pendapat dan pengetahuan saya

Matang = Hasil pengalaman hidup sebelum ini yang telah dijadikan pengajaran berguna untuk masa depan dan menentukan kita kepada keputusan baik buruk sesuatu.

dan 
apa yang telah saya kaji sedikit

Manusia matang adalah manusia yang mampu mengaitkan kehidupannya, dengan akhiratnya.

Apa yang saya faham..

seolah2 sama dengan pemikiran saya... tapi tak dapat dirungkai sampai saya terjumpa ayat ini

Kenapa orang cakap kita tak matang?
atau belum matang?
tahukah dia apa itu matang?
hanya ahli psikologi yang mempunyai ijazah doktor falsafah sahaja yang tahu
Ya!! 
Orang2 seperti merka sahaja yang dapat menerangkannya...
Jadi, kenapa kita perlu menilai orang lain sama ada dia, atau siapa2 matang atau tidak
Hey! Siapa kau mahu kataku tidak matang?

Walaupun Pensyarah di universiti, Ketua di sebuah negeri : petikan dari LihatIlahi.
Belum tentu kau matang.

Saya pernah berdepan dengan seorang jurutera...
di dalam kereta beliau, penuh dengan 'CD games cartoon'.
Hey, ingat anak2 dia punya??
Anak2 buah dia punya??
Itu dia punya lah!
Jurutera punya.
Wajarkah seorang Jurutera digelar tidak matang?
atau
belum matang?
Lawaklah!


Orang kata, kalau tak habis belajar, tak boleh kahwin. Kenapa? Sebab umur kecil lagi, belajar tak habis lagi, tak matang.

Jadi, kalau kahwin kira sudah matanglah?
hahahhaha!!!
Yalah. sudah berkahwin matanglah.
Jadi, siapa2 rasa nak matang, Kahwinlah!
HAHHAHHAHAHH



Seperti ayat ini tadi, 
Orang yang mengaitkan kehidupannya dengan akhirat, dia akan serius, berhat-hati, berfikir panjang, dan amat menjaga diri. Dia akan belajar membuat perancangan, dan berusaha untuk melakukan kalkulasi dirinya dengan tepat. Dia akan berkira dengan kehidupannya, kerana dia tahu bahawa kehidupannya akan dikira oleh Allah SWT di akhirat sana.

Ada tepatnya.
Seakan sama perilakunya dengan kekasih saya..
Ya, sama. 
tapi kenapa kekasih masih dipanggil tidak matang?

Barulah saya sedar....
Hanya yang terdekat, yang kenal rapat sahaja yang boleh menilai matang atau tidak seseorang itu.
Jika hanya luaran nampak tidak matang, 
usah sesedap menilai sebelum dalaman belum diintai...
"Manakan jauhari mengenal manikam."

p/s : Kepada sang kekasih, fahamilah isi hati saya. Saya tidak suka dinilai tanpa usul periksa jiwa dan raga sebelum dikenali. Tapi mulut orang kita tak boleh tutup dengan tangan kita sendiri. Biarlah penilaian itu atas dasar pengalaman dan fakta. Bukan dari sudut pandangan luaran sahaja. 

Thursday, November 4, 2010

Ochs Widdle dgn baby baru...yeayyy!!



Di musim peperiksaan pun saya  masih mempunyai 'presentation'...
Orang lain bergelumang dengan pensil dan kertas dan juga 'highlighter'....
saya dan 'classmates' pula dengan 'printing material' dan baju seragamnya.
hehheheheh... dah habis dah pun...

Semalam, tepat jam 2300, 031110
si Ochs Widdle katanya nak 'share' berita gembira dengan saya...
hehheeeheheh....
tak tahulah apakah....

Saya menunggu di stesen bas Dataran Cendekia, UiTM.
KESEORANGAN....~
hehehhhee... macam menunggu pelanggan malam pula
Minta simpanglah....

Si Ochsh Widdle sudah sampai!!
Hhhehhhhe... apakah benar apa yang ku lihat?
Dia bawa 'baby' baru...
Masya Allah....
Tapi hati saya sangat riang dan senang sekali...
Ouhhh, sebab dia sudah boleh membawa 'baby' dia berjalan2 dengan saya....
kemana sahaja....
'Baby' dia nama BLA. Siap ada nombor surat beranak lagi.  Lebih kurang sama dengan tarikh lahir dia. 1201


Baby baru...


Si Ochs Widdle, saya sangat gembira sekali. Sangat bahagia melihat dia bahagia dengan 'baby' nya.
Yang paling haru,
sayalah orang pertama diantara kawan2 rapat yang merasmikan dulu selepas famili dia.
Hehehehehhe... Inilah tanda persahabatan benar.
Cik Erma Hanim pun masih sempat merasa sebelum kami pulang dari Hakim's selepas kami ber'supper' di sana.

Apa2 pun, yang penting persahabatan itu lebih penting dari nilai material.

p/s : Terharu kerana masih ada yang menghargai...


Thursday, October 21, 2010

Hot Can Chocolate! :D






Hot-Can was developed in Malaysia by Dato’ Kenneth Kolb, CEO of Hot-Can Malaysia Sdn Bhd, and is manufactured in Kuala Lumpur. Hot-Can Sdn Bhd has spent RM20 million and 5 years developing the hottest product on the planet. Hot-Can Sdn Bhd has chosen to launch its revolutionary product with only Halal ingredients. This demonstrates the huge influence of the Halal market on emerging technologies. Hot-Can is not only the first Halal self-heating container, it is the only Halal self-heating container in the world. 

Product manufacturing by Myfirst Enterprise. 

SYARIKAT MINUMAN PANAS SENDIRI / SELFHEATING DRINKS HOTCAN



    It is safe for environmental. Not only is the container recyclable, it also complies with beverage container recycling laws, or “Bottle Bills”, that provide financial incentive to consumers for recycling.

      Hot-Can has developed a special double chambered aluminum can which contains the beverage in the outer chamber and holds water and calcium oxide (quick lime) 


For more info, log on to http://www.hot-can.com/



'Hot Can Chocolate packaging' yang sebenar.


Pandangan dari bahagian permukaan atas



Bahagian dari pandangan permukaan bawah



Di bawah permukaan tin tersebut haruslah di tekan dahulu sebelum digoncang untuk  mengaktifkan 'chemical reaction' di dalam tin. 


'Indicator' yang merupakan salah satu 'intelligent packaging' yang akan menentukan warna sama ada air di dalam tin panas atau sangat panas.



Lihatlah perbezaan antara dua warna tersebut selepas digoncang. 
Sudah boleh diminum!!! Selamat menjamu Hot Can Chocolate anda!

Perfect = akan bertukar ke warna hijau sama ada tin tersebut sudah panas atau belum
Caution very hot = akan bertukar ke warna merah menandakan cokelat di dalam betul2 panas.


p/s: Sedap sangat bila minum panas, di waktu hidangan makan pagi atau malam.

Saturday, October 16, 2010

Virus: tolong bersikap rasional, jgn terus berdendam.



Macam ni lah agaknya halusinasi pembuat virus komputer sampai boleh buat duit berjuta-juta million lah! Tak ada perasaan belas langsung. Cuma $$$ sahaja main dalam kepala otak. Konon boleh hidup senang dengan kerja hina macam ni. Memang benar, virus dicipta untuk kebaikan. tapi kebaikan apa?

Kebaikan untuk memadam dokumen2 & fail2 penting yang terlalu bernilai bagi mereka yang memerlukan?

Kebaikan kah itu, wahai pembuat virus? Memang benar juga, virus dicipta untuk meletakkan jangka hayat sesebuah komputer peribadi. Jika komputer akan terus kekal, sampai bila benda tu akan bertahan? dan ia akan merosakkan infrastruktur semulajadi. Makin banyak komputer atas muka bumi ni, makin kuranglah manusia yang dapat meneruskan hidup. Komputer akan dikitar semula. Ya! 

Itulah sebabnya, saya bertanya, kenapa virus perlu dicipta? Kenapa tak teknologi sendiri yang berkembang mencipta? mencipta tapi bukan memusnahkan? 



(a)



(b)

Ini adalah 'external hard disk' saya,(a). Yang asalnya dari 'hard disk' Acer lama saya yang kini 'body'nya dah tak berfungsi. Terima kasih kawan baik, Bob a.k.a. Luqmanulhakim, (b) kerana menyelamatkan sebahagian aksesori komputer saya. 


'Hard disk inilah yang tersimpan beribu juta kenangan selama saya mula-mula menerima komputer riba dari Papa saya. Bertahan hampir lebih 3 tahun. Namun, ;hard disk'nya masih mampu berfungsi. Saya begitu kecewa kerana kehilangan kenangan2 tersebut. Sesekali akan timbul rasa lucu, hiba, tawa dan tangis. Cukup sempurna untuk sebuah memori. Saya juga tahu perasaan yang pernah mengalami situasi ini. Bagi yang belum merasai, bersedialah anda dengan kelengkapan yang ada. Jikalau boleh, berhati-hatilah ketika menyambung 'usb modem' anda ke komputer org lain. Sesungguhnya walaupun menjengkelkan, tapi kita yang akan merasa, bukan mereka.



Karpesky antivirus terbaik setakat ini

Belilah yang original dan berkualiti. Kalau setakat Levi's, Gucci, dan Adidas boleh beli. Apa salahnya anda berikan kebaikan komputer anda yang seksi dan 'handsome' tu hadiah. Supaya anda lebih tertarik lagi untuk bermanja dengan dia.

Tolonglah jangan berdendam lagi. Pergilah jauh2. Biar teknologi yang semakin 'advance' ini sahaja yang menjalankan tugasnya.


p/s: Mahu beli antivirus ni, tapi belum cukup modal. Siapa nak kongsi dengan saya?


Tuesday, October 12, 2010

silat gayung : waaa, gua tgk parang terbang2 di tangan pesilat


        Assalamualaikum w.b.t

Macam formal je bunyinya kan?
tak, tadi saya baru lepas tonton pertunjukkan seni silat gayong ke gayung entah.
Di Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam. Tempat yang selalu menjadi tumpuan pelajar2 di sini membuang masa sambil2 makan. Kalau ada aktiviti berfaedah salah satu macam pertunjukkan tadi, tak lah dipanggil buang masa.Heheh.

Bunyi macam wahh, HEBAT! 

Wahhhh!! macam tak percaya, tengok sampai habis tu.
Satu2 mereka 'perform' dalam setiap 'tool'. errrr..sebenarnya tak tahu apa nama benda tu.
tapi tahu bukak 'bunga' la, 'kunci' la...ape entah lagi.




Seni Silat Gayong dibawa ke Tanah Melayu (Malaysia) oleh seorang putera Bugis dari Kepulauan Sulawesi bernama Daeng Kuning atau digelar Panglima Hitam. Beliau bersama-sama dengan enam saudaranya bermastautin di Tanah Melayu di mana segala ilmu persilatan diturunkan kepada keturunannya. Pada masa ini pecahan ilmu tersebut boleh dilihat dengan wujudnya pelbagai perguruan gayong di Malaysia seperti Gayong Patani dan Gayong Pesaka. Tapi yang paling utama ialah Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia(PSSGM) yang diasaskan oleh Dato' Meor Rahman, cucu kepada Daeng Kuning yang digelar 'Mahaguru' oleh penuntut silat gayong. Antara mereka yang pernah mengamalkan silat gayong ialah Allahyarham Mat Kilau, Dato' Bahaman dan Dato' Maharaja Lela.






Masa ni lah! 'part' paling menakutkan dan menggerunkan dan boleh trauma kalau silap langkah.
Mula-mula, pisau, rotan, keris dan akhir sekali bagi benda2 tajam dan berbahaya adalah PARANG. 

Masa mereka melakonkan demonstrasi menggunakan parang, parang tu kelihatan berkilau, berkilat, dan berbunyi besi berlaga. Yang paling 'best'!, boleh keluar api. Tapi masa mereka berlawan lah perkara yang paling trauma, kalau ikutkan, memang tak nak langsung bagi keturunan masuk silat berasaskan benda-benda tajam ni. Mana tak nya, walaupun demo, pesilat2 yang berlawan ti, macam orang hilang akal. Macam nak membunuh penyerang pun ada. Mereka sangat tangkas dan sangat berani mengambil risiko dengan benda2 tajam tu.

Itulah sebabnya, hanya yang terlatih sahaja mampu membuat pertunjukkan bahaya seperti itu. Semoga mereka terus perjuangkan salah satu seni silat negara dan terus mewarisi turun temurun. 

'SALUTE' !!


p/s: menjerit sekejap sebab tak tahan tengok pesilat macam nak membunuh .'Don't try this at home', bak kata nasihat pelatih profesional seni sila gayung tadi.

Sunday, October 10, 2010

bahaya suka menanti saat menerjam


apa sudah jadi dengan tuan rumah yang suka sewakan rumah-rumah tapi tak ada moral dan tanggungjawab tentang kebajikan penyewa apatah lagi pelajar-pelajar yang ingin menyambung nyawa demi kejayaan.

sebelum ni, rumah sewa yang saya diam ni, tak ada masalah pun. Cuma kedengaran kurang enak selepas beberapa bulan berdiam, perabot semua bukan kepunyaan tuan rumah sendiri, tapi tuan rumah sebelah. Baiknya hati tuan rumah sebelah kan?

apa yang bahaya sangat?

dah dekat seminggu kami menginap di dalam bilik tanpa kibasan elektrik. WAH! sangat panas tak ingat. Setelah dibaiki, kami selesa kembali. Apa yang tak puas hati? kami sebagai penyewa minta kipas ini ditukar segera kerana keadaannya, sudah ditukar, minta duit rumah sewa pulak. Baru tukar sehari dua, dah mintak bayar rumah sewa cepat-cepat. Katanya," brg rumah nk cepat je, duit sewa lembab". Kami bukan sengaja mencari masalah dengan kerosakan, kami pun tak ingin nak menyewa dengan tuan rumah cerewet. Kami tak pernah bayar sewa rumah lewat-lewat setakat ni. Tak sampai 'dateline' lagi, duit nak cepat je. Ni padahnya,kemudian.



                                            masalah kali ke-2, bahaya tak?

Bahaya tau?! dah dua kali hampir menempah maut tanpa diminta. Silap haribulan, saya pun tak dapat sambung belajar lagi. Bilah kipas hampir terkena 'divider' siling. Tinggi sangat. Dah terkena wayar dan hampir terjatuh, nasiblah wayar tu menahan bilah kipas tu dari bergerak-gerak. 

Tuan rumah, kami penyewa-penyewa tegar sepanjang kami belajar ingin memohon supaya bukan sekadar terima 'gaji' buta setiap bulan, tolong jaga kebajikan penyewa-penyewa juga melainkan rumah berkeluarga. Adakah isu ini perlu dibangkitkan di Dewan Rakyat mengenai kelakuan tuan sewa atau benda semacam ini hanya dipandang sekerat bukan sebelah lagi mata.?

Agak remeh juga jika difikirkan semula, tetapi ini juga salah satu aduan rakyat. Demi keselamatan dan kebajikan penyewa-penyewa lain yang wujudnya sangat besar dalam negeri. 

kesimpulannya, diri sendiri perlu bertindaklah kalau nk selesa, apadahal!